Assalamualaikum dan Selamat malam semua.
Hari Rabu hingga Jumaat minggu lalu (4-6.07.2012) saya temankan kakak saya, Sharifah Noor Azillah , 43 tahun menjalani rawatan Kemoterapi di Hospital Besar Pulau Pinang. Kiranya kitaoang bermalam disana dalam 2 malam jugak. Alhamdullilah, walaupun dimasukkan ubat, kakak tetap kuat. Dari tingkat 3 wad tempat dia menjalani rawatan hingga ke tempat parking, kakak masih boleh berjalan. Sampaikan ada yang bertanya pada kakak" datang melawat siapa?"...memang kalau dilihat pada mata kasar, kakak macam tiada penyakit, tetapi hakikatnya ada "sesuatu" dalam badannya....yang syoknya, semua orang kat wad tu ingatkan kakak saya tu adik saya, saya cuma iakan aja....memang dari dulu lagi kakak saya ni nampak muda , mungkin sebab saiz badannya yang lebih kecil ...saya pulak semakin hari semakin tembam ni...ha..ha... memang jaga badan betul ni....:)
Balik saja dari hospital hari tu, saya lihat pokok bunga ros saya sudah berkembang. Suka sungguh saya melihat kuntuman bunga-bunga ros tu . Seumur hidup saya, 2 pasu itu sajalah pokok ros yang saya pernah tanam. Harap-harap lepas ni, pokok tu akan terus mengeluarkan bunga. kalau ada sesiapa yang sudi berikan petua untuk banyakkan bunga , saya sungguh-sungguh berbesar hati....maklumlah, saya tak ada pengalaman langsung dan harap-harap pokok tu tak mati...
Sampai jumpa lagi ye..
Wassalam