Followers

Showing posts with label Cerita biasa. Show all posts
Showing posts with label Cerita biasa. Show all posts

Tuesday, September 29, 2015

Seribu Satu Cerita......

Assalamualaikum..
Lama  sungguh saya tak update blog ni....tapi sesekali berjalan juga kat "rumah" kawan-kawan tengok cerita terkini diorang..cuma nam mulakan menulis tu, malasssss sikit...he..he.. 
dah tua tua ni..makin menjadi-jadi malas saya..
Baru-baru ni bila saya tengok banyak gambar yang saya ambil tapi tak dimasukkan kat sini..rasa sayang jugak sebab nanti gambar yang dalam hphone tu lama-lama saya selalunya saya akan delete...jadi kenangan masa tu akan hilang macam tu saja...
lagipun selalunya kat blog inilah tempat saya menyimpan gambar-gambar kenangan...jadi hari ni saya nak buat rangkuman cerita....

 Ini menu pada pagi Aidil Adha yang lalu. Pagi raya beraya kat Sungai Petani sahaja.
Saya masak menu yang simple saja untuk hidangan jiran-jiran dan adik beradik saya.





Ini pulak masa saya ke Sarawak bulan Ogos 2015 lalu. Bersama-sama rakan satu pejabat.














Kenangan bersama kakak angkat saya, Kak Norsiah bulan Syawal yang lalu. 





  Masa Kak Norsiah bagitau nak datang beraya, saya dah bekerja, Hanya sempat masak yang senang-senang aja.



Puding Karamel air tangan Kakak Ainaa, anak dara saya





Ini pulak masa kawan-kawan Abang Long, Kakak Ainaa dan Adik Sha datang beraya kat Rumah sebelum saya mula bekerja. kalau tak silap, raya keempat






 Kenangan berdua bersama Cik Abang saya.




Kenduri Perkahwinan adik ipar , Siti Khalijah  Bulan Mei 2015





Sekian, semoga perjalanan hidup kita semua dipermudahkan Allah S.W.T selalu. 
Wassalam.

Saturday, September 7, 2013

Bertemu sahabat yang disayangggg...

Assalamualaikum.
Bertemu kembali lagi kita disini. Dah makan tengahari ke?. Bagi semua yang bercuti hari ni, mesti juadah makan tengahari hari ni yang specialkan, yelah, hari cuti selalunya baru kita ada peluang nak masak lebih sikit, hari-hari biasa masak yang ringkas dan cepat dimakan saja...Bagi kami kat Kedah ni, hari ni , hari bekerja.

Sepatutnya hari ini saya menghadiri jemputan perkahwinan dari kakak sepejabat lama saya  , Kak Kiah. Anak sulung kak Kiah dah nak kawin dah. Dulu masa depa semua kecik lagi, kami selalu pi jalan-jalan bersama. Seronok tengok anak-anak kak Kiah sekarang, semuanya berjaya. Yang nombor dua dan tiga, sedang melanjutkan pelajaran kat Mesir. Bila habis belajar nanti, dapatlah gelaran doktor. Yang nak kawin ni, kerja jururawat, Yang bongsu pulak, sebaya dengan Along.

Disebabkan hari Ahad saya bekerja, nak ambik cutipun rasanya tak boleh sebab hari selasa dan rabu ni, saya akan bercuti. Jadi saya ajak Cik abang saya pi rumah Kak Kiah semalam (Sabtu)
Pi lah untuk tunjuk muka, kata orang...kami pegi bertiga, Along dan Kakak Ainaa tak mau ikut. 
Depa baru balik sekolah...penattt kot..(Kedah sekolah semalam) Emak pulak temankan kakak Illah saya berubat. 

Kalau tak pipun saya rasa tak boleh sangat sebab kak Kiah ni memang baik sangat dengan saya, dia pun sanggup datang ziarah Kakak Illah saya bila dapat tahu Kakak illah saya sakit tahun lepas. Bila Kakak Illah saya buat rawatan kemoterapi di Hospital Pulau Pinang, dia sanggup hantarkan makanan untuk kakak saya.Memang tak pernah berkira tenaga mahupun wang ringgit.
Budi baik Kak Kiah Allah balas dengan kejayaan pelajaran anak-anaknya. 
Syukur, alhamdulillah.

 Pelamin kat rumah masa akad nikah hari Jumaat lalu. kenduri perkahwinan depa langsungkan kat Dewan Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang.
 Inilah Kak Rokiah binti Sulaiman.
 Bilik pengantin yang ringkas tetapi menarik
Saya suka gabungan warna dalam bilik ni..nampak sejuk saja..

 Setahun tak jumpa Kak Kiah terkejut tengok saya yang makin "sihat" he..he...
Dia cakap pandai Cik Abang saya jaga saya...yelah tu...he..he..:)
Gambar kami berdua ni Adik Aishaa tolong ambikkan ..guna hphone saja.
 Semoga persahabatan kami akan berkekalan hingga hujung nyawa kami.

 Bunga ros segar kat bilik tidur pengantin
Wangi bunga  dan wangi bunga rampai buatkan saya teringat masa hari knduri kawin dulu..:)
 Bunga pahar dari bunga lawang dan kulit kayu manis.
Memang kreatif dan cantik.
 Cik Abang saya dengan suami Kak Kiah, Abang Hamid.
 Seronok tengok depa dua bersembang.
Selepas pi rumah Kak Kiah, saya terus pergi rumah Kak Norsiah yang datang beraya kat rumah hari tu.
Rumah Kak Kiah dengan Kak Norsiah memang dekat sangat..
Saya memang dah maklumkan pada Kak Norsiah yang saya akan singgah rumah dia.
 Cantik rumah Kak Norsiah. Dengan dia saya tak segan-segan....dia sibuk di dapur, saya sibuk tangkap gambaq rumah dia.
Buat santapan mata saya nanti 
Saya cukup suka tengok hiasan rumah orang. 
Pandai Kak Norsiah hias rumah dia.






 Macam-macam dia jamu kami. Saya yang memang dok lapaq kuih raya, memang pulun habiss...memang tak segan-segan dengan kak Norsiah..nasib Cik Abang saya tak menjeling...ha..ha..
 Aiskrim yang sedap. Yana , anak Kak Norsiah yang buat. Saya dah minta resepi dah..nanti bolehlah buat untuk anak-anak..
Adik Aishaa makan sampai 2 mangkuk kecil tu.
 Spegetti yang sungguh sedappp, juga Yana yang masak.
Cik Abang saya sampai bertambah 
Pencuci mulut pulak buah anggur yang sungguh maniss..manis macam tuan rumah
he..he..tapi gambaq tak dak kat sini..

 Tak cukup dengan makan kat situ, popia , kuih raya dan spegetti Kak Norsiah bungkus bawa balik buat anak-anak kat rumah.
Yana yang cepat-cepat siapkan popia ni untuk saya bawa pulang.
terima kasih ye Yana ..nanti Aunty pi lagi, masak lagi sedap2 tau..:)


 Adik Aishaa tudung melayang..merajuk atas keta sebab saya pakaikan tudung yang dia tak suka.
Dia tak mau tudung yang berlapis-lapis tu. Saya hangin sungguhhh..last2 tak payah pakai.
Cik Abang saya sampai tertidur dok tunggu saya bersembang.
Dia tau, saya ni kalau jumpa kawannn..memang ambik masa yang lama punya.
Macam-macam yang kami cerita. 
Tidurlah Abanggg...taklah rasa boring menungguuu...:)

Cukuplah ye catatan saya untuk hari kali. Harap tak menjemukan sesiapa yang sudi membaca ya...:)
Semoga berjumpa lagi
Wassalam.