Followers

Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Monday, February 21, 2011

Salam...

untuk makluman, "Cerita Aku Seorang Sofia" akan disambung ....tapi tak tahu bila...kalau mood rajin datang....habis cepat le cerita tu..he..he..

Monday, February 7, 2011

Cerita Aku Seorang Sofia...

Sambungan.... Ya..Allah...Puan Nurlisa, isteri Encik Saif.....ahhh...aku masih tidak dapat mempercayai apa yang ku lihat dengan dua mataku ini.... Darah dibadanku kurasakan bagaikan berhenti mengalir, kakiku seolah-olah melekat dilantai aku berdiri. Kaku.... Perasaanku pula tidak tahu bagaimana nak digambarkan. Semuanya bercampur aduk. Ingin saja aku berlari pulang....Bagaimana aku harus hadapai insan di depanku ini....... Tapi...." dia " ku lihat begitu tenang dan melemparkan senyuman yang amat manis padaku. "Sofia, apa khabar?, sihat" dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku. " Sihattt..." hanya sepatah kata itu saja yang mampu ku tuturkan. " Jomlah masuk " Puan Nurlisa menarik tanganku untuk bergandingan dengannya masuk ke dalam Restoran. Encik Saif hanya memandang perlakuan isterinya itu dengan senyuman kecil. Dia begitu tenang....aku pun tak sangka dia akan setenang itu. Tak takutkah dia dengan isterinya...dan mengapa perlu diaturkan pertemuan ini....untuk apa? . Persoalan itu hanya bermain di kotak fikiranku. Dia akhirnya mengambil tempat disebelah isterinya yang duduk berhadapan denganku. " Saif...I rasa elok U order makanan...biarlah I dengan Sofia....," Puan Nurlisa berkata sambil merenung wajahku. " Ok......" Encik Saif lalu bangun meninggalkan kami berdua...yang pasti aku rasa seperti meninggalkan aku keseorangan menanti apa yang akan aku terima. Aku tundukkan kepalaku. Mencari kekuatan... " Sofia, terima kasih kerana sudi datang...I memang nak sangat jumpa dengan U. U jangan takut.... sebenarnya perhubungan U dan Saif dah lama I tahu.. Saif yang beritahu I...dan I restuinya , " kata-kata Puan Nurlisa membuatkan aku begitu terperanjat...sungguhhhh...Aku merenung ke wajahnya..dan ku lihat wajah itu memang ihklas..tiada langsung rasa marah ... " U mesti hairankan....mana ada wanita yang tak marah bila suaminya ada kekasih baru...tapi ....sebenarnya semua ini berpunca dari I sendiri...I yang memulakan...jadi I patut menerima akibatnya..", aku terdengar keluhan dihujung kata-kata Puan Nurlisa . Dia terdiam...aku seperti tadi juga...hilang kata-kata...namun aku tertanya2 mengapa Puan Nurlisa yang patut merasa bersalah. " U bertuah Sofia...selepas I, U berjaya membuka hatinya untuk menyintai semula...Dia benar2 sayangkan U....I harap U akan akan terima dia....dan takkan mensia-siakan kasih sayangnya itu , Sofia..biarlah I berterus terang...walaupun akan memalukan I sendiri. Sebenarnya dalam hal ini...I yang memulakan dulu..I..I curang Sofia...I jalinkan perhubungan dengan sahabat baiknya sendiri...bila dia dapat tahu...dia amat kecewa...dan kecurangan itu telah menghilangkan kepercayaan dia pada I ..." Puan Nurlisa menuturkan kata-katanya dengan suara yang tersekat-sekat. Ya..Allah..aku sungguh terkejut dengan pergakuan itu....betulkah apa yang aku dengar ini...sungguhkah..? kalau betul..kesian Encik Saif..dia begitu baik...patutlah sepanjang perhubungan kami, dia seperti kehilangan sesuatu di dalam dirinya.. Bersambung...

Friday, February 4, 2011

Cerita Aku Bernama Sofia...

Sambungan.... Hari itu, di pejabat, kurasakan serba tak kena. Mamat, budak pejabatku yang selalu mengusikku pun hairan dengan sikapku yang banyak mendiamkan diri. Selalu kalau dia mengusikku, aku akan membalas dgn. mengusiknya kembali. " Kenapa dengan orang tu Mamat, kena tinggal kekasih ke, akak tengok monyok aje hari ni,?" Kak Hanim akhirnya bersuara dengan sebuah senyuman yang sukar dimengertikan. Kak Ros pula kulihat bersikap biasa walaupun aku tahu dia pun pelik dengan sikapku . " Tak ada apa-apalah akak, saya cuma rasa kurang sihat aje, tu yang malas bercakap tu" kataku dengan senyuman yang sengaja kubuat-buat. " kalau kurang sihat, mengapa tak pergi klinik, ambik MC, rehat aje kat rumah" kata Kak Ros. " Sikit saja kak, saya masih boleh tahan lagi, tadi dah makan Panadol" balasku sambil menyesal didalam hati kerana berbohong dengannya. Tengahari itu, waktu rehat, aku tak keluar makan. Walaupun puas Kak Hanim dan Kak Ros mengajakku, aku katakan yang aku masih kenyang lagi. Sebenarnya aku masih buntu mencari jawapan....samaada aku menerima lamaran itu, dan mengecewakan banyak hati ataupun menolak dan membiarkan aku sorang yang merana. Telefon dimejaku tiba-tiba berdering. "sapa pulak yang telefon waktu rehat ni",aku merungut di dalam hati sambil mengangkat telefon. "Hello, Sofia. U tak keluar makan ke?" suara Encik Saif kedengaran di corong telefon. " tak, I masih kenyang lagi, ada apa Encik Saif?" kataku dengan suara yang perlahan. " Petang nanti, kalau I nak jumpa U boleh?, ada orang yang nak sangat kenal dengan U, harap U tak menolak " Encik Saif bersuara . Aku terperanjat. Sapa pulak yang nak sangat jumpa aku ni. Entah2 isteri dia..eh..takanlah..isteri dia kalau tak silap aku bekerja kat Johor Bharu. Kalau dia balik ke Kuala Lumpur , dia selalu juga datang ke Ofis ni. " Siapa En. Saif" aku bertanya dengan wajah penuh tandatanya. " U akan tahu nanti...I pasti bila U jumpa dia nanti, keputusan U tentang lamaran I, akan jadi mudah....pukul 5.30 petang, kita jumpa dekat Restoran Cili Padi, The Mall......" katanya muktamad sebelum melangkah masuk ke biliknya kembali. Aku menelefon Ibu memamlumkan yang aku akan balik lambat sedikit kerana akan berjumpa dengan kawan lamaku. Hingga tiba saat yang dinanti, perasaanku sukar digambarkan..... Pukul 5.30 petang....aku sudah didepan Restoran yang dimaksudkan....kakiku terasa berat nak ku langkahkan...tiba-tiba... " Sofia...kenapa tak masuk..." Encik saif mengejutkan aku dari perasaanku. Bila aku berpaling memandang ke arah Encik Saif.....aku sangat terperanjat melihat "insan" disisinya.... Bersambung.....

x sempat...

Saya ingat nak sambung le cerita "Kisah Aku Seorang Sofia" tapi..masa x mengizinkan...ha..ha...nanti saya akan sambung balik ye....tungguuuuu....

Tuesday, February 1, 2011

Cerita Aku Bernama Sofia...

Sambungan.. Usai sarapan dan mengucup tangan Ibu, aku terus ke pejabat. Selepas menyimpan begtangan di dalam laci, aku mengemaskan meja. Kak Ros dan Kak Hanim , rakan sepejabatku, masih belum sampai. Pandanganku terus mengarah ke bilik Encik Saif. Kulihat biliknya terang benderang. " Awalnya dia sampai hari ni" bisikku di dalam hati. Agaknya dia pun tak boleh tidur seperti aku..tanpa ku sedar, aku mengeluh. Encik Saif, ketua pejabatku. Orangnya kacak, masih muda, baik hati, tegas dan sudah berkeluarga.. tetapi perhubungan kami lebih dari hubungan bos dan pekerja. Dalam pejabatku, hanya aku sorang yang belum berumahtangga menyebabkan diriku selalu menjadi usikan namun tidak aku menyangka yang Encik Saif mempunyai perasaan kepadaku. Walaupun aku tahu, tindakanku ini salah tetapi aku tidak mampu menolak perasaan ini yang menyayanginya setelah dia tidak jemu-jemu menghulurkan kasihnya. Perhatian dan kasih sayang yang diberikan kepadaku membuatkan aku berasa diri seperti dilindungi. Seumur hidupku, aku tidak pernah merasai kasih sayang seorang lelaki..apatah lagi daripada seorg. yg bergelar Ayah..lantas apabila dia menghulurkan kasih sayang seperti yang aku dambakan, hati ini sungguh tidak mampu untuk menolak. Bukan pangkat atau gelarannya yang menarik hatiku, tapi sikapnyalah yang membuatkan aku tertawan. Aku tahu, perhubungan kami ini sudah dapat dihidu oleh Kak Ros dan Kak Hanim, namun bersungguh-sungguh aku menafikannya..dan semalam..ya..semalam... Dia melamarku..membuatkan aku menjadi bingung hingga sekarang...antara kasih dan kasihan...antara perasaan dan kehidupan. Aku juga tidak pasti bagaimana penerimaan Ibu andai kukhabarkan lamaran ini... Dan yang pastinya aku tidak sanggup untuk menghancurkan hati seorang wanita bergelar isteri walaupun itu yang aku lakukan selama perhubungan kami. Lamunanku tiba-tiba dikejutkan oleh bunyi mendeham. Aku lantas mendongak.. dadaku berdegup kencang apabila Encik Saif berada di depanku. Pandangan matanya menusuk terus ke mataku dan sebuah senyuman yang manis diberikan. Terserlah dikedua-dua pipinya lesung pipit yang amat dalam dan senyuman itulah yang membuai aku sehingga aku lupa diri. " Pagi, Sofia...U dah sarapan?, kalau belum jomlah temankan I" katanya. Entah mengapa aku menggelengkan kepalaku dan terus mendiamkan diri. Aku tunduk, tidak mahu memandang wajahnya. Dia pun mendiamkan dirinya. Suasana menjadi begitu sunyi kurasakan. Akhirnya dia bersuara. " Sofia, I harap U dah fikirkan tentang lamaran I pada U semalam..dan I hendakkan jawapannya dari U", katanya sebelum melangkah pergi. Bersambung....

Sunday, January 30, 2011

Cerita seorang Aku...

Salam... Entah mengapa tiba-tiba terasa nak tulis cerpen. rasanya dah lama aku tak mengarang cerita ni..pagi tadi masa mandi, keinginan itu begitu kuat mencengkam jiawaku ini. Tapi apa cerita yer nak aku tuliskan...akhirnya kuputuskan begini... CERITA AKU BERNAMA SOFIA... Aku terjaga dari tidur disubuh yang hening dikejutkan oleh laungan azan dari surau yang berdekatan rumah. Aku bangun....mengalamun sebentar...cuba melupakan peristiwa semalam...Dari bilikku aku terdengar suara ibu yang bercakap-cakap dengan kucing kesayangannya, Manja. Di rumah ini selain aku ,hanya manjalah tempat ibu mencurah kasih.Tiada insan lain termasuk yang bergelar ayah ....ah...ayah!..hanya mampu kusebut perkataan itu....rasa rindu belaian ayah begitu mengcengkam perasaan ini. Saat-saat "seperti" ini aku amat memerlukan kehadirannya.....aku lantas bangun untuk melihat ibu. "Ibu, masak apa tu,?" tanyaku pada ibu. "Ibu masak nasi goreng saja pagi ini Sofia., ibu rasa kurang sihat la," ibu berkata dengan suara yang perlahan. Aku lantas berpaling pada ibu. "Ibu, demam ke?..tanyaku sambil meletakkan tanganku pada dahi ibu. "Taklah...cuma ibu rasa letih aje,"kata ibuku. "itulah ibu,sofea dah suruh ibu jangan tidur lambat,ibu degil..nak juga menjahit walaupun lewat malam....ibu hanya tersenyum apabila mendengar omelanku..... "sudahlah..pergi mandi cepat..nanti lambat pulak nak ke pejabat"kata ibu sambil memelukku. Aku tahu, ibu begitu sayangkan aku...dan sebab itulah aku masih buntu mencari keputusan untuk "itu"... Sedari kecil, aku hanya ada ibu, nenek dan dua orang bapa saudara tempat aku menumpang kasih. Mujurlah Ibu dari kalangan keluarga yang berada, jadi hidupku tidaklah melarat walaupun ketiadaan ayah. Sebelum datukku meninggal, dia telah membelikan rumah yang kami duduki sekarang kepada ibu serta sejumlah wang bagi menampung kehidupan kamiSselain dari itu ibu mengambil tempahan menjahit....Ah...aku ni...mengalamun lagi.....di bilik mandi pun mengelamun..aku akhirnya tertawa sendiri. Bersambung......