Assalamualaikum..
Selamat petang semua. Saya hari ni bercuti. Ke sekolah Adik Aishaa...dia hari ni kena kesekolah untuk Ujian Penilaian penentuan kelas tahun satu sementara ibubapa pulak ada taklimat oleh Guru besar. Sekejap saja dah besar dah anak dara saya sorang ni....Adik Aishaa pun seronok sangat nak kesekolah ...tak sabar nak jumpa kawan-kawan lama dia...
Adik Aishaa dengan pakaian sekolah. Ayahnya yang ambik gambar ni..saya masa ni sibuk dok bersiap..:)
Adik Aishaa (No 24) ditempatkan di kelas Arked (A) sebelum Ujian dan alhamdulillah..terus kekal dalam kelas tu.
Satu kelas dengan kawan tadikanya dulu
Saya tak pakaikan lagi dia tudung..tunggulah darjah 2 atau 3...baju sekolah tu pun sekejab saja dah kotor..
Guru besar sedang berikan taklimat
Taklimat selesai dalam pukul 12.30. Saya cepat-cepat balik kerumah sebab Cik Abang bagitau kawan lama dia yang tinggal kat Penang nak datang kerumah pukul 3.00 nanti. Sampai saja kat rumah saya cepat-cepat masak nasi untuk makan tengahari. Saya masak daging masak kicap, sambal sardin, sayur sawi, ulam dan sambal belacan saja. Memang masak sikit sajalah...nasi pun saya cuma masak 2 tin susu saja...sambil masak tu, saya siap-siapkanlah bahan-bahan yang nak digunakan masak untuk jamu tetamu nanti. Saya ni kalau masak mesti dapur bersepah punya. sebab tu kalau ada tetamu nak datang ke rumah, saya suka siapkan awal-awal, kiranya bila tetamu sampai, semua dah dihidang atas meja...tapiiiiii..nak dijadikan cerita, kawan Cik abang saya sampai awal. dalam pukul 1.40 macam tu. Saya ni dahlah muka dan baju comot dengan minyak masakan...dapur bersepah lagi...aduhai!!!malunya. Nasib baik tetamu ni memang dah kenal lama, kira macam adik beradik la...bila dah sampai awai tu, Cik abang saya ajaklah makan tengahari bersama....diorangpun makanlah dengan lauk yang ada tu...saya cuma tambahkan telur dadar saja... sambil diorang makan nasi, saya pun mula memasak menu yang bahan-bahannya ada dalam peti sejuk...(hari ni Cik Abang saya tak ke pasar pun) Pulut cempedak dengan spegheti udang.....(rumah saya memang banyak simpan stok pasta)..Buah cempedak tu pulak, beli kat Penang semalam masa pi kenduri kawin...memang cantik dan manis isinya.
Ini kuah untuk pasta saya. kali ni saya rasa, kuahnya sedap sikit....he..he..naik lif tekan sendiri ni...:)
Ini pulut cempedak. Mesti ada yang tak pernah makan cempedak dengan pulut lemak ya. Cubalah..macam makan pulut dengan buah mangga dan durian jugak...Nasib baik tetamu saya suka...depa suka buah cempedak yang sangat manis isinya tu.
Gambar ni saya ambik selepas tetamu saya pulang dan salinkan makanan dalam pinggan lain.
masa depa mai tadi, memang tak sempat nak ambik gambaq pun..gambaq depa pun tak ada...
punyalah ralit dok bersembang..
Oklah ya..cukup sampai disini.
saya nak pi cuci pinggan mangkuk yang penuh sinki kat dapur tu.
Wassalam.