Followers

Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Sunday, June 23, 2013

Majlis makan-makan...

Assalamulaikum...
Tak tahu nak buat N3 apa, saya buka PD, kot-kot ada gambar-gambar lama yang boleh dimasukkan kat sini..terjumpalah gambar ni...sambutan hari lahir saya dan kawan satu ofis, Puan Aishah, Kak Salmah dan Cik Zuraihan. Kami kumpul duit dan buat jamuan kecik-kecik...

 Antara hidangan kami hari tu. Kuih Cara bakar, Cheese tart dan Cheese "apa tah" yang begitu sedap hasil air tangan Adik kami kat ofis ni, Cik Zuraihan.
Puding Buah-buahan permintaan Kak Salmah yang begitu suka makan puding buah-buahan ni...puding campak-campak aja..he..he..
Selain tu , kami tempah jugak mee kari ni. rasanya memang sedapppp... 

Tapi ini semua hanya tinggal kenangan, Kak Salmah pun dah bertukar tempat bertugas.
Jamuan makan-makan macam ni pun dah jarang kami buat....

Sekian. Semoga berjumpa lagi.
Wassalam.

Monday, February 25, 2013

Tahi lalat kat perut...kuat makan?

Assalamualaikum.
Betul ka orang kata, kalau ada tahi lalat kat perut..orang tu kuat makan...? tapi saya rasa-rasa tu, memang betul la sebab saya dan Cik Abang saya memang mempunyai 2 tahi lalat kat perut.  Besaq pulak tu...kalau satu tak pa la jugakkan he..he....ini masing-masing ada dua dan kedua-dua kami memang sukaaaaa makannnnn...:)

Hari Jumaat baru ni Cik Abang bawa saya dan keluarga makan malam kat Asama,Tingkat satu, Central Square. Dalam 15 minit aja perjalanan dari rumah saya. Asama ni restoran makanan siam . Taukenya pun orang sana (orang Pattani)
Selalu saya pi sana untuk beli barangan keperluan diri, saya tak perasan langsung restoran ni. Mungkin sebab terletak dihujung tingkat satu tu. Sekali saya rasa masakannya, saya terus jatuh cinta. Memang sedap dan menepati selera saya. Anak-anak dan emak saya pun suka. Malam tu kami makan set nasi macam Tomyam campur, kerabu pelam, ikan kerapu stem masak lemon, "fish" kek goreng (bukan macam fishcake kita), ayam masak masam manis ,sayur campur  dan pulut mempelam ..rasa dia memang betul-betul sedapp..punya la syok makan sampai saya terlupa nak ambik gambaq...kalau tak, boleh saya masukkan kat sini buat panduan kawan-kawan yang nak datang makan-makan kat SP ni...:)

Kesedapannya buat saya teringat2...sampailah semalam , Isnin, bila Cik Abang saya jemput saya balik keja (dia kalau bercuti memang hantaq dan ambik saya keja), saya ajak dia pi lagi. kebetulan tengahari memang saya tak makan nasipun.
Cik Abang saya ni, ajaklah pi manapun...tambah2 bab makan ni, dia ni ok aja, tak pernah berkira...tu yang buat saya bertambah sayang tu...:)
 Petang semalam ramai pelanggan, jadi sayapun tangkap gambaq kawasan tak ada orang ajalah. Itupun guna hphone cap ayam aja.
Ada pilihan nak bersila atau duduk kat kerusi. Malam dengan keluarga Jumaat tu, kami makan dalam tu la.
Semalam sebab berdua, duduk aja kat kerusi luar tu.
 Ini air pilihan saya semalam. Air longan. Satu set dengan Nasi goreng "Seafood" dan pulut mempelam kat bawah tu. Harga set dia cuma RM 12.00 aja. Murahkannn...
 Inilah nasi goreng "seafood" yang sedap sangattt..memang sedappp sangat
Pulut mempelam dia, Ya Allahh!! memang sedap. lembut aja pulut dia. Buahnya pun manis.
masa saya makan malam tu, buah dia tak semanis semalam. Kami bungkus jugak buat emak dan Adik Aishaa kat rumah 1 set.
 Ini air pilihan Cik Abang saya.Air teh lemon
 Bihun Tomyam ni Cik Abang punya, tapi saya pun makan sama...he..he..memang sedap. Kena dengan selera kami. Cuma RM5.00 saja semangkuk tapi rasanya...fuhhh
Bihun tomyam ni kami bungkuskan buat Along dan kakak Ainaa jugak. Saya minta 3 bungkus tapi yang dapat cuma 2 aja, dalam kereta baru perasaa kurang satu,masa bayar tadi, dia kira 3, .....tak apalah, kira halal aja..:)
 Ini nasi goreng Cik Abang saya . Sama rasa dengan Nasi goreng seafood saya punya cuma digantikan dengan isi ayam.

Kiranya kami makan tu dua dalam satulah. Tengahari dan makan malam sekali, malam nanti tak payah makan dahkan....he..he..tapi balik rumah, saya kacau jugak bila Adik Aishaa makan...ha..ha..nampaknya misi saya untuk menurunkan berat saya ni akan jadi sejarah aja...:)

Oklah ya, cukuplah buat hari ni...Ada masa, kita berjumpa lagi.
Sekian.
wassalam.

Monday, February 4, 2013

Dietku musnah.....ha..ha...

Assalamualaikum
Hari Ahad yang lalu, Cik Abang saya belikan saya susu Alpha Lipid SD II untuk saya.
Memang saya akui yang badan saya ni makin mengambang. Lemak banyak sangat terkumpul pada perut, tangan dan peha. Cik Abang saya cakap yang dia tidak kisah saya makin gemuk.. betul ke?....: )
he..he..cuma dia takut lemak-lemak tu akan terkumpul kat jantung. Arwah walid saya kan meninggal sebab sakit jantung.

Bermula Isnin (semalam) saya pun mulalah minum susu tu dan tak boleh ambik nasi.......
 Kiranya diet sayapun bermula...:)

Malam tadi , dalam pukul 10.00 , Cik Abang nak pi ambik Along yang pegi tuition (Along habis pukul 10.00 malam). Adik Aishaa yang kebetulan tak tidur lagi nak ikut jugak dan diajaknya saya sekali. Kakak Ainaa tak mau ikut dan tinggal dengan emak saya kat rumah.

Along bila masuk kereta saja terus bagitau si Ayah yang dia lapar. Ayah pun apa lagi, terus aja belokkan kereta masuk ke restoran yang dia selalu makan dengan kawan-kawannya bila balik dari main badminton.
Mulanya saya melarang sebab saya cuma pakai baju basahan kat rumah aja, Adik Aishaapun cuma berbaju tidur...tapi Cik  Abang saya kata, tak pa..malam dah tak ramai orang.....

Saya ni bila dah ada kat situ..tak kan tak makankan..he..he.....Cik Abang saya kata, orderlah apa yang saya nak...esok diet balik...boleh ka macam tu?...he..he..kalau Cik Abang dah bagi lampu hijau....saya apalagi.........:)
 Adik Aishaa yang ambik gambar ni
 Along tengah pilih menu
 Tengoklah Adik Aishaa pakai baju tidur saja.
Dah tak ramai orang masa ni. 
kami duduk kat luar saja.
 Tengoklah minuman yang diorder tu....
 Pilihan Along dan Adik Aishaa tapi Adik Aishaa punya, saya yang habiskan....he..he..
 Pilihan Cik Abang dan dikongsi dengan saya

 Nasi goreng ni pun Along yang punya. Memang dia lapar sangat tu. Sebelah Petang sekarang ni Along sibuk dengan latihan sukan dan bola sepak. Along akan mewakili daerah untuk acara olahraga. Dia ni jarang sangat nak makan nasi kecuali kalau betul-betul lapar dan menetapi selera dia. 
2 mangkuk jugak saya habiskan ini...he..he.. 
Untuk kakak Ainaa dan emak saya, kami bungkuskan mereka bihun Tomyam dan chicken chop.

Sebenarnya saya dari muda lagi memang suka makan...makanan yang lemak dan berkrim memang kegemaran saya. Cuma mungkin masa muda , metabolisme saya sangat tinggi. Lemak cepat terbakar. Memang Kurus kering betul. Masa tu memang saya teringin sangat nak gemuk....he..he..

 Bila dah tua-tua ni, proses pembakaran tu dah semakin lambat...senaman pun malas, jadi lemak makin bermaharajalelalah...
Apapun, saya gembira dengan kehidupan saya kini. 
terima kasih ya Allah kerana kesihatan yang berikan kepada saya dan keluarga.

Oklah ye,cukuplah sampai disini. 
Wassalam.

Sunday, December 16, 2012

Along punya cerita...

Assalamualaikum.
Semalam 16.12.12. saya , Cik Abang dan Adik Aishaa menghadiri majlis perkahwinan anak saudara sepupu kat Sp ni jugak. Memang kenyang dah makan nasi kenduri tapi Along dengan Kakak Ainaa tak ikut sekali. Along dia ada aktiviti kat sekolah dia, kakak Ainaa pulak ada latihan karate...
Ingatkan malam tak mahu dah le makan yang berat-berat..tapi Along ajak si Ayah keluar jugak makan... nak makan  makanan kegemarannya katanya.... selepas solat maghrib, Saya, Cik Abang , Along dan  kakak Ainaa pun pergilah ke HoT MasRestoran yang satu-satunya bagi saya tempat yang menyediakan makanan barat yang sedap kat SP ni, ....Adik Aishaa pula balik kenduri tadi  ikut mamanya ke Kedai.
Bila sampai saja, memang bukan rezeki Along...orang punyalah ramai sampai terpaksa berdiri menunggu pelanggan lain habis makan...Cik abang bila tengok macam tu, terus ajak pegi tempat lain...bila tanya Along kemana dia nak pegi, terus dia cakap, nak makan Mee Udang Banjir Special. D King..eeee...buang masa betul ...rugi dalam 40 minit sebab D King dekat aja dengan rumah saya. Dalam 10 minit aja perjalanan..terpaksa la pusing balik.

Kat sini pun orang memang ramai, tapi tempat dia luas dan banyak tempat duduk.
Tapi tempat yang kebelakang ajelah yang kami dapat..
Ni bumbung pondok yang kami duduk...kalau hujan turun menang basah punya le kami semua...he..he..

Umi dengan ayah berposing..he..he.. hanya gunakan kamera hphone aja..
 Kakak ainaa memang susah betul nak diajak bergambar sekarang ni...tengoklah tu..
Along yang juga jadi pemalu sekarang ni. Sibuk buat rambut macam penyanyi Korea sampai tak bersikat....masa Ainnoraini datang hari tu, memang pemalu habis dia, nak bersalam pun malu dengan Suami Ain...maklumlah anak-anak dara Ain kan ada..cantik-cantik semuanya pulak tu...:)
Sotong goreng tepung untuk Kakak Ainaa dan Along. Memang segar sotongnya.



Ini udang laut yang segar untuk mee udang tu. Saya dan Cik Abang cuma makan mee ni saja. Tapi Along dengan kakak ainaa ada tambahan nasi lagi.


Along dengan Kakak ainaa makan ni jugak. Nasi putih, tomyam ketam dan telur dadar. 

D King ni memang terkenal dengan Mee udang yang sedap. Kalau sapa-sapa yang singgah Sp bolehlah cuba makan mee udang ni. Ada pilihan samaada nak udang sangkar yang lebih murah ataupun udang laut. Buka mulai pukul 5.00 petang sampai ke tengahmalam. Kitaorang selalu makan kat sini sebab Along penggemar Mee Udang.

Itulah cerita saya untuk kali ni. 
Sekian, wassalam. 

Friday, November 23, 2012

Salam....

Assalamualaikum.
Semalam khamis, Cik Abang call bagitau kursus dia dipercepatkan....petangnya dah habis. sepatutnya hari Sabtu baru balik. Cik Abang pesan suruh ambik dia kat airport Bayan Lepas pukul 11.00 malam.. masa pegi Ahad haritu, kawan dia tolong hantarkan. ...jadi saya pun ajaklah Kakak ilah saya dengan suaminya temankan saya sebab saya takut nak memandu malam-malam, jauh pulak tu...sampai saja, Cik Abang terus ajak pegi makan kat tempat kesukaan dia, Restoran Idaman kat Teluk Tempoyak yang kebetulan memang dah dekat dengan airport...Masa kami sampai, orang dah tak ramai.., jadi proses memasak cepatlah sikit..
 Gambat tak jelas , saya gunakan kamera hphone saja.Masa sambutan ulangtahun saya hari tu, kat sinilah kitaorang makan. Saya paling suka Tomyamnya yang masam-masam manis.
Ini ketam masak masam manis + telur
Udang Masak Pedas
Sotong Goreng Kunyit

Ikan Siakap Bakar

Kami tak ambik banyak sangat lauk sebab kecuali Cik Abang, kami semua dah makan malam kat rumah tadi. Untuk Kakak Ilah, saya order nasi goreng tanpa bahan perasa tapi banyakkan sayur-sayuran dan Jus Appel...habis jugak dia makan....sesekali berubah selerakan.


Sekarang ni, saya baru saja habis siapkan minum petang untuk anak-anak. Saya cuma buat lempeng tepung tapi digoreng dengan mentega (Kesukaan adik Aishaa), gorengkan kuih segera dan keropok terengganu serta buatkan satu jag milo ais yang memang ummmp... 

Cik Abang saya lepas Jumaat tadi, terus tidur sampai sekarang.....kejab lagi dia bangun, kita orang nak keluar beli barangan sikit....jadi cukuplah sampai kat sini ye.
Ada masa, kita jumpa lagi.
wassalam.

Thursday, June 28, 2012

Salam..

Assalamualaikum...
Sedang buat apa tu...sebenarnya saya sedang memasak ni..he..he..tapi sempat juga  berjalan-jalan kat sini.. Nanti saya kongsikan apa yang saya masak hari ni ye. Hari ni saya masak yang ringkas-ringkas sahaja.
Kat kat bawah tu, gambar malam tadi. Guna kamera HP Along saja...gambar tak berapa clear...sebab tu saya jarang nak buat N3 keluar makan-makan kecuali saya bawa kamera Nikon saya tu...nak usung kamera tu bila keluar makan...rasa malu le pulak kalau orang tengok..he..he.. Hp saya ada kamera, tapi tak berapa cantik gambarnya....selalu gambarnya tak berapa clear..maklumlah HP saya tu cap ayam saja...ha..ha..

nanti kita jumpa lagi ye..

Wassalam.

Saturday, June 16, 2012

Ska makan buah tak..?

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Dimalam hujung minggu ni mesti semuanya sedang berehat bersama keluargakan....dan esok mungkin merancang hendak berjalan kemana-mana atapun nak menghadiri jemputan Majlis Perkahwinan macam kawan kita Ainnoraini dari Sekadar Satu Coretan tu...bagi saya, hari cuti sebenarnya hari yang bercuti, saya ni kerja tetap berjalan macam biasa. Kadang-kadang terfikir  kalau pegi kerja tu, ada juga masa nak berehat-rehatkan..kalau duduk kat rumah ni, ada-ada kerja saja yang menanti... Pagi ni kat rumah saya cuma sediakan sarapan bihun goreng dan roti telur saja dan petang tadi saya buat Puding Gula Hangus untuk Adik Aishaa...tapi maaf ye, gambarnya tak ade..sebab bila si Umi masukkan dalam peti sejuk untuk sejukkannya sebentar, buka aje peti sejuk tu, pudingnya dah tinggal suku aje...esok insyaallah, saya akan buat lagi sebab saya sendiri pun tak puas nak makan..memang sedap puding tu dimakan waktu cuaca panas-panas macam ni...

Anak -anak saya termasuk Cik Abang saya memang suka makan buah - bahan. Percaya tak kalau saya cakap semua buah-buahan kat atas tu cuma bertahan 2 hari saja tambahan pulak time cuti macam ni. Gambar buah tu saya ambil selepas dicuci untuk dimasukkan dalam peti sejuk.
Sehari diorang boleh habiskan dalam 3 ke 4 biji seorang...kalau dah habis tu, masing-masing merungut dekat si ayah.cakap buah dah habis dan suruh belikan .

Buah lemon, karot dan ubi bit tu pulak, jus untuk Cik Abang saya. Setiap pagi saya akan sediakan jus tu untuknya. Masukkan 2 ketul ubi bit yang dipotong, sebelah buah epal, sedikit carot dan sedikit perahan buah lemon. mesin sampai hancur. Jus tu bagus untuk kesihatan.

Oklah ye..cukup sampai disini.
Ubi bit, carot, epal dan lemon
untuk Jus
Wsalam