Followers

Showing posts with label Percutian/family. Show all posts
Showing posts with label Percutian/family. Show all posts

Tuesday, September 29, 2015

Seribu Satu Cerita......

Assalamualaikum..
Lama  sungguh saya tak update blog ni....tapi sesekali berjalan juga kat "rumah" kawan-kawan tengok cerita terkini diorang..cuma nam mulakan menulis tu, malasssss sikit...he..he.. 
dah tua tua ni..makin menjadi-jadi malas saya..
Baru-baru ni bila saya tengok banyak gambar yang saya ambil tapi tak dimasukkan kat sini..rasa sayang jugak sebab nanti gambar yang dalam hphone tu lama-lama saya selalunya saya akan delete...jadi kenangan masa tu akan hilang macam tu saja...
lagipun selalunya kat blog inilah tempat saya menyimpan gambar-gambar kenangan...jadi hari ni saya nak buat rangkuman cerita....

 Ini menu pada pagi Aidil Adha yang lalu. Pagi raya beraya kat Sungai Petani sahaja.
Saya masak menu yang simple saja untuk hidangan jiran-jiran dan adik beradik saya.





Ini pulak masa saya ke Sarawak bulan Ogos 2015 lalu. Bersama-sama rakan satu pejabat.














Kenangan bersama kakak angkat saya, Kak Norsiah bulan Syawal yang lalu. 





  Masa Kak Norsiah bagitau nak datang beraya, saya dah bekerja, Hanya sempat masak yang senang-senang aja.



Puding Karamel air tangan Kakak Ainaa, anak dara saya





Ini pulak masa kawan-kawan Abang Long, Kakak Ainaa dan Adik Sha datang beraya kat Rumah sebelum saya mula bekerja. kalau tak silap, raya keempat






 Kenangan berdua bersama Cik Abang saya.




Kenduri Perkahwinan adik ipar , Siti Khalijah  Bulan Mei 2015





Sekian, semoga perjalanan hidup kita semua dipermudahkan Allah S.W.T selalu. 
Wassalam.

Monday, June 10, 2013

Durian Balik Pulau, Penang


Assalamualaikum.

Kalau sesiapa pernah makan durian Balik Pulau, mesti semua kata sedapkan. Kat utara ni, durian Balik Pulau memang popular . Isinya yang cantik dan manis berkrim memang memikat semua peminat durian. Tak terkecuali Cik Abang saya yang memang hantu durian.
Masa pi penang baru ni, kami sempat lagi jalan-jalan kat Teluk Bahang untuk cari durian. Nasib baik jumpa sorang Apek tua ni.

Yang ni sebiji RM 20.00. 
Kat dalam raga motosikal dia tu, sebiji RM30.00.
Cik Abang saya beli 4 biji. 
 Suruh apek tu belah siap-siap buah tu, yelah nanti nak kopek macamana pulakkan...
Tengoklah isinya yang kuning ni. Hanya ini yang tinggal.
Kami makan buah ni kat tepi pantai ..dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, memang umppppp...:)


Sekian, untuk kali ini . Semoga berjumpa lagi
Wassalam.

Thursday, June 6, 2013

Salam Jumaat..

Assalamualaikum.
Bertemu lagi kita di hari Jumaat yang indah ini...

Cuti persekolah pun dah nak habiskan. Sekejab saja dua minggu  berlalu.Bagi kami kat Kedah , hari Ahad ni, sekolah dah nak dibuka semula. Hari ni, saya dah ingatkan anak-anak supaya basuh kasut sekolah yang dah dua minggu ditinggalkan tu..kalau tak diingatkan, alamat masing-masing pi sekolah dengan kasut yang "berwarna-warni" le...

Cuti sekolah ni, hanya hari Rabu (5hb)  baru saya berkesempatan bawa anak-anak jalan-jalan sempena cuti Israk-Mikraj pada 06 Jun..tak jauh pun kami pergi, hanya kat Penang saja . Nasib baik ada bilik kosong lagi untuk disewa walaupun musim cuti sekolah ni. Kat Penang, memang sesak dengan orang ramai yang bercuti sempena cuti sekolah.
Kami menginap kat Sri Sayang Apartmen, Batu Feringgi. Sewanya pun murah aja dan selesalah buat kami 5 beranak dan emak sebab ada dua bilik tidur.
Paling utama mesti ada kolam renang sebab itulah tujuan utama anak-anak saya.
Depa ni memang hantu kolam semua...he..he...
(Gambar makan-makan ,jalan-jalan tak banyak kali ni sebab saya memang tak ada mood nak ambik gambaq, harapkan anak-anak, memang tak le....he..he..)
 selepas makan malam kat restoran berhampiran, kami ronda-ronda  uptown Batu Feringgi .
 Anak-anak saya dapatlah jugak sorang satu barangan yang diinginkan. Dan saya pastikan harganya semua mesti sama barulah adilkan...he..he..
 
Saya sebenarnya malas nak kemana-mana sebab seminggu dua ni memang saya sibuk dengan urusan majlis pertunangan anak saudara pada minggu depan, tapi kesian pada Kakak Ainaa sebab cuti sekolah ni hanya duduk kat rumah saja. Adik Aishaa hari tu dah jalan-jalan pusing KL dengan mama dia....bila balik cerita pada si kakak pergi i-City , walaupun dah pernah ke i-City, rasa cemburu tu tetap ada....Along aja yang tak banyak karenah...mungkin sebab dia anak sulung dan dah besaq.

Sesak jugak jalan atas jambatan hari tu


Dari kejauhan kita boleh nampak Jambatan kedua.

Hari ni pagi-pagi lagi selepas mengemas rumah, saya dah masuk dapur memasak makanan tengahari sebab pukul 11.00 pagi saya ada temujanji dengan Caterer yang akan menyediakan hidangan untuk Majlis Pertunangan anak saudara saya (Kakak saya menyerahkan urusan  penyediaan makanan pada saya) Jadi sebelum pukul 11.00 pagi, semua hidangan sudah siap dimasak. Saya tak ke pasar pun ,  habiskan stok dalam peti sejuk saja.
Saya masak awal sebab Cik Abang saya akan balik makan tengahari dulu sebelum Solat Jumaat.
Kalau dia balik, makanan tak ada atas meja, kesiannnn diakan..he..he..
dah le penat-penat cari duit untuk anak-isteri...:)

 Saya tengok ada kentang dan lobak merah lebihan buat sup hari tu, saya pun gorenglah dengan udang.
Campak-campak apa yang patut, siapppp...
 Ayam masak madu ni mesti ada untuk anak-anak buat pembuka selera. 
Saya masukkan 1 senduk cili kisar, masak sampai naik minyak, masukkan 2 sudu besar sos cili, dua sudu besar gula, dua sudu kicap dan dua sudu madu. Masukkan ayam yang telah digoreng. Gaulkan sampai sebati. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat, daun bawang dan cili hidup.... siappppp
 Kari ikan kembong ni untuk Cik Abang.
Cik Abang saya hantu kari. Sebab tu mesti ada kari walaupun ikannya hanya ikan kembong.

 Cik Abang saya kalau makan nasi mesti ada sambal belacan dan ulam-ulaman.

Saya masakkan jugak Cik Abang sedikit Sup sayur ni. Dia suka makan nasi sambil hirup kuah sup...:)


Inilah hidangan saya untuk tengahari ini.
Tunggu Cik Abang saya balik makan saja ni.

Kat Kedah la ni memang cuaca sangat panas. Tengok cuaca kat luaq tu , rasa macam nak hujan.
Minta-mintalah cuaca redup macam tu saja sebab  pukul 3.00 petang nanti, saya akan keluar nak pi Pekan SP , nak beli langsir untuk rumah Mak Mentua. 
Semoga urusan saya akan dipermudahkan.

Cukuplah ye untuk kali ini.
Insyaallah, ada masa, kita berjumpa lagi disini. 
Sekian.Wassalam.