Followers

Showing posts with label Renungan/Agama. Show all posts
Showing posts with label Renungan/Agama. Show all posts

Sunday, July 7, 2013

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN YANG MULIA...

Assalamualaikum.

Selamat tengahari ..sihat ke semua?. Saya sewaktu menaip N3 ni masih lagi demam..suara pun dah sengau..mudah-mudahan saya akan sembuh esok dengan sepenuhnya ...tak mahu rasanya ketinggalan nak menunaikan terawih yang pertama malam esok. Adik Aishaa pun sangat teruja nak ke masjid bersama-sama saya...:)

Sebelum saya bercerita panjang, terima kasih saya ucapkan buat sahabat Kak Zaitun, Nafira Yusuf, Dwaty, KakZakie, MP dan Acik Erna yang memberikan kata-kata nasihat buat saya pada N3 yang lepas. Insyaallah , semua kata-kata itu saya akan sentiasa ingat dan cuba memperbaiki diri saya sendiri dari hari ke hari.
Semua komen-komen tak dapat saya publish kat sini demi kebaikan bersama.


Bersempena dengan  kedatangan bulan yang memang kita nantikan, Ramadan Al-Mubarak, saya mengambil kesempatan memohon ribuan maaf andainya saya ada membuatkan kawan-kawan blogger semua terasa hati di atas komen-komen yang saya berikan di blog masing-masing dan apa yang ditulis di blog saya ini.

Kalau ada tu, saya harap, saya dapat dimaafkan kerana saya insan biasa yang tak terlepas dari melakukan kesalahan.

Semoga kita semua dapat bersama-sama menjalani ibadah puasa pada tahun ini dengan seribu keazaman dan ketaqwaan  dan berlumba-lumba mengejar pahala malam Lailatul Qadar.

Sekian, semoga berjumpa lagi.
Wassalam.

Wednesday, March 20, 2013

Sejarah Azan....

Assalamualaikum.
Sekadar untuk renungan kita bersama..:)

Azan mula diamalkan oleh orang Islam pada tahun pertama Hijrah. Dalam hadis yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Umar r.a :- 

Pada mulanya ketika orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan solat. Ketika itu, tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari, Nabi SAW telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.

Dalam Mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat. Ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah SAW. Umar bin al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan " telah datang waktu solat". Usul ini telah diterima oleh Rasulullah SAW tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz " assolata jami'ah' yang bererti "marilah solat berjemaah".

Pada suatu malam, Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk menyeru orang ramai bersolat iaitu dengan mengumandangkan lafaz Allahu Akhbar...(dan seterusnya lafaz-lafaz azan).

Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah SAW dan baginda bersabda:
"Mimpimu itu mimpi yang benar:.

Nabi Muhamad SAW memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan tersebut. Ketika Bilal menyerukan azan, Umar mendengarnya lalu datang kepada Rasulullah SAW lalu menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.

Al-Bazzar meriwayatkan bahawa "Rasulullah SAW pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril a.s datang menemui Baginda, lalu Baginda  menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s dan Nabi Nuh a.s, Allah SWT menyempurnakan kemuliaan baginda ke atas penduduk langit dan bumi".

Sumber :
ENSIKLOPEDIA SOLAT
Muka Surat 39


Monday, July 23, 2012

Hukum Wanita Memakai Wangian...

Assalamualaikum
Sekadar renungan kita bersama dibulan Ramadan yang mulia ini......:)


Sumber  : - Lenggangkangkung.myblogspot.com 

1) Haram hukumnya bagi perempuan yang keluar rumah, baik keluar ke masjid apalagi ke tempat-tempat lain dengan memakai minyak wangi/harum-haruman/wangi-wangian.

  2) Perempuan yang hendak keluar rumah, maka wajib hukumnya membersihkan dirinya dari wangi-wangian sebersih mungkin.

   3) Perempuan dibolehkan bahkan sangat disukai memakai wangi-wangian di dalam rumahnya khususnya untuk suami (jika ada).