Followers

Showing posts with label kunjungan sahabat blogger. Show all posts
Showing posts with label kunjungan sahabat blogger. Show all posts

Friday, December 14, 2012

Kunjungan sahabat Blogger...Puan Ainnoraini dari Shah Alam

Assalamualaikum.
saya bersiaran dari kampung ni. Baru aja sampai rumah MIL sebab ada kenduri kawin saudara kat kampung esok 15.12.2012.  Nasib baik MIL dan FIL tak ada... depa dah ke rumah kenduri...saya pun bolehlah mengadap komputer dulu....kalau tak, malu jugak.....

Ain datang rumah saya pukul 10.15 pagi tadi. Sebelum ni memang Ain selalu phone saya. Kitaorang selalu berbual di telefon. Dia cakap, kalau dia nak ke Perlis, dia nak singgah rumah saya. Memandangkan hari ni Jumaat memang saya dah rancang nak balik kampung, pertemuan kami diatur awal pagi . Saya dah ingatkan Ain jangan makan kat mana-mana untuk sarapan, sebab saya dah sediakan sarapan untuk depa semua....

 Dia dalam perjalanan Cuti-cuti Malaysia menjelajah utara ni. Hari ni depa akan tidur di Kuala Perlis....saya dah cadangkan depa semua makan ikan bakar kat Kuala perlis malam ni..memang sedap makan kat situ....saya terkilan jugak sebab kena balik kampung ni...kenduri kan..kalau tak, bolehlah saya bawa-bawa dia makan malam kat Tanjung Dawai dalam 45 minit perjalan dari rumah saya, ikan bakar kat situ sedap jugak.....Lain kali kalau datang lagi, saya dah janji nak bawa dia ke situ....maaf ye Ain...:) 

Selesai memasak , saya siap-siapkan meja makan sebelum depa sampai. 
 Ini juadah yang saya masak. Nasi lemak dengan sambal udang, telur rebus, papadom dan ikan bilis goreng. Saya juga buatkan sedikit popia jejari ketam.


 Puding Karamel
  Buah anggur sebagai pencuci mulut
 saya juga buat spegheti sebab ain cakap anak-anak dia suka makan spegheti. Tapi kurang sedap saya rasa sebab Cik Abang saya tersalah beli sos, ...selalu saya ni macam tu la, kalau masak untuk tetamu, ada aja yang tak kena....
Puding karamel lagi
 Inilah Puan Ainnoraini kita yang cantik manis. Memang awet muda..
 Anak-anak Ainnoraini. Si kakak malu gambarnya diambil.
 
En. Suami Ainnoraini...


 Ain yang peramah. Kita macam dah kenal lama..tak ada malu-malupun...
 Selalu berbual di telefon saja, tak sangka akhirnya dapat juga bersua muka.
 kecik aja ain ni kalau dibandingkan dengan saya ni. Lepas ni saya kena mulakan operasi diet semula..ha..ha...:)

 Bertuah Ain, anak-anak dia semua dah besar dah....kalau tengok tu, macam adik-adik dia aja.
terima kasih Ain. Cantik betul telekung ni...labuhhh...memang padan dengan saya...

Buat Ain sekeluarga. saya sebagai tuan rumah nak minta maaf andai layanan kurang memuaskan. 
Maaf jugak ye andai masakan saya tak sedapppp.... itu aja yang termampu oleh saya. Nanti kalau panjang umur, insyaallah, saya akan sampai jugak kat Shah Alam. Semoga persahabatan kita akan terjalin selamanya.
Wassalam.

Thursday, November 15, 2012

Gambar tetamu jauh....

Assalamualaikum.
Seperti yang dijanjikan, saya masukkan gambar yang sempat diambil masa tetamu jauh saya datang hari tu. Tak banyak gambar sebab tuan rumah sibuk layan tetamu.
 Antara tetamu saya hari tu
 Inilah Acik Erna dengan anak bongsu En. Zino
 Isteri En. Zino pakai tudung hijau tu, baik sangat orangnya....
 Yang pakai topi tu, anak sulung Acik Erna
 Baju merah tu anak Encik Zino, Encik Zino sendiri dan suami Acik Erna.
 Cik Abang saya
Acik Erna lebih suka berbual kat luar rumah, saya dah jemput diorang bersembang kat dalam... 
 Hanya ini gambar makanan saya sempat ambik, "cili merah" kat bawah tulah yang menjadi rebutan
Maaf ye gambar tak cantik. Muka saya tak ada secalit bedak mahupun lipstik.
(Atas) baju oren En.Zino, Cik Abang saya dan Suami acik Erna
Baju hijau, Kak Shah, isteri Encik Zino dan tudung hijau Acik Erna. Diorang semua comel-comel orangnya berbanding dengan saya yang terlebih sihat ni...:)
kenangan berdua.
 ini sarapan pagi ahad sebelum diorang bertolak ke Pulau Langkawi

 dok tunggu diorang sampai ni
 Saya sediakan menu yang ringkas, nasi lemak dengan sedikit kuih. Masa ni sambal masih atas dapur lagi ni.


 keluarga blogger "kaki teus melanglah"
 Acik erna, sahabat adiknya dan Adik Acik erna
 Bergambar dengan emak sekali

 Kecik aja Acik erna ni kalau dibandingkan dengan saya...;)
Entah bila dapat berjumpa lagi ni.
Kemesraan tetap tersemat dalam hati.

Oklah ye. itu saja gambar yang ada dalam simpanan saya. 
tak boleh lama-lama kat sini. Cik abang dah panggil tu, nak keluar jalan-jalan kejap.
Kalau ada masa kita berjumpa lagi.
Wassalam

Sunday, November 11, 2012

Salam...tetamu jauh dah datang .....

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Tanggal 10.11.2012 telah pun berlalu. Tetamu yang saya tunggu-tunggu telahpun datang.
Tetamu yang saya maksudkan ialahhhhh...Acik Erna dari blog Coretanku bersama dengan rombongan ahli keluarganya sebanyak 6 buah kereta. Turut bersama dalam rombongan tu ialah Zino dari Kaki Terus Melangkah. Diorang ni sebenarnya menghadiri jemputan perkahwinan di Kepala Batas, Seberang Perai Utara dan akan terus ke Langkawi keesokan harinya.
Pertama kali menatap Acik Erna dialam realiti bagaikan tidak percaya. Selalu berbual dialam maya dan sekarang bertenang mata, membuatkan saya bagai hilang arah. Betulll...sebenarnya saya malu....yelah, saya ni hanyalah insan biasa yang serba kekurangan....tapi yang mengembirakan saya, Acik Erna dan semua ahli keluarganya ramah dan baik belaka. Isteri Zinopun yang saya panggil Kak Shah sangat baik orangnya dan sentiasa tersenyum. Saya tak sangka yang dia begitu peramah sebab kalau tengok orangnya nampak pendiam saja. Harap mereka pun sudi terima saya dengan seadanya.

Untuk petang tu, saya sediakan sedikit jamuan untuk sambut diorang. Saya sediakan Laksa Lemak Kedah, Bihun Soto Ayam, Pulut Kuning dan Roti jala yang dimakan dengan Kari Ayam, Puding Kocktail dan kuih muih. Tapi sambutan hangat diberikan kepada "Cili merah" daripada kacang tanah bersalut agar-agar hasil tangan emak saya khas untuk menyambut diorang. Seronok saya tengok diorang makan. yelah, makan cili yang tak pedas. Emak pun suka sangat sebab hasil tangannya mendapat pujian.

Kedatangan diorang seiring dengan turunnya hujan yang sangat lebat dan tak berhenti sehingga saya hantarkan diorang semua bermalam di Homestay saya. 

Pagi 11.11.2012 sebelum bertolak ke Langkawi, saya sediakan sedikit nasi lemak dan kuih muih untuk sarapan sebagai ucapan selamat jalan. Yelah, tak tahu bila pulak boleh berjumpakan.

 Kepada Acik Erna, Zino dan ahli keluarganya, disini saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan maaf andai ada kekurangan saya sebagai tuan rumah. Saya telah mencuba dengan sebaik mungkin, tapi saya rasa masih ada kekurangannya. Maafkan jugak andai masakan saya tidak menetapi selera masing-masing ye. Saya ni bukan pandai sangat memasak. Masak ikut selera orang Kedah tapi yang nak makannya orang Negeri Sembilan...:).

Nanti kalau ada masa, saya masukkan gambar kat sini ye. 

Sekian.Wassalam