Followers

Tuesday, February 13, 2018

Majlis Perkahwinan Nur Fara Ayune dan Muhammad Asyraf - 08.02.2018 (Sabtu)

Assalamualaikum. 
Kembali bertemu disini. Seperti biasa, untuk sebarang majlis atau keramaian, saya akan simpan semua gambar gambar tersebut di dlm blog ni. Ini semua untuk tatapan dan kenangan saya sendiri dan keluarga di masa depan. 
Majlis berendoi ini dibuat sempena dengan majlis perkahwinan anak saudara saya atau nama panggilan manja keluarga, Baby yang akan berlangsung pada Sabtu 10.02.2018. Majlis bermula pada hari Khamis 8.2.2018 dengan "acara berendoi" atau lebih dikenali dengan cukur jambul anak kakak baby, Muhammad Hariz Mikael sebelum diteruskan dengan majlis berinai.
Panggilan pada malam tu hanya saudara mara, sahabat dan jiran terdekat sahaja. 
Majlis walaupun sederhana tapi sangat meriah. Kami sekeluarga rasa sangat gembira dengan kedatangan sahabat. saudara mara serta jiran jiran memeriahkan majlis ni. Ahli berendoi pun gembira dengan layanan yang kami berikan. Alhamdulillah..semoga majlis kami akan diberkati oleh Allah swt. Aamiin.

 Tempat untuk berinai 
 Buaian untuk Hariz

Bunga Rampai dan bekas bedak sejuk
Diam saja Hariz bila duduk dalam buaian tu.hihi..

 Hariz bersama dengan Papa, Mama dan kakak Nur Hana Mikayla. 
(Gambar candid..hihi)



keluarga Hariz dengan sepupu, Abang Akhbar.
 Acara sedang berlangsung
 Ini pulak emak (tudung hitam kanan sekali)  dan kakak saya (Atas tudung biru lembut) dengan jiran jiran satu taman perumahan. gambaq saya memang tak ada walau sekeping pun mlm. tu. hihi..orang sibuk lah katakan..hihi

ini Kumpulan  Berendoi daripada Taman Ria Jaya.  
 lepas jamuan makan, diteruskan dengan berinai pengantin pulak.

 Inilah pengantinnya..Baby @ Cik fara
baby dengan Adik Irah, anak saudara saya ( Anak arwah kakak illah)


Masakan pada malam tu masakan ala kampung. Sayang sekali saya tidak sempat nak ambik gambar makanan dan gambar tetamu semasa majlis berlangsung.  Menu yang dihidangkan untuk tetamu pada malam tu adalah, sambal tumis udang dengan petai, ayam masak kicap, ikan bawal goreng, masak lemak telur itik dengan belimbing buluh, sayur campur, ulam-ulaman dan sambal belacan. Makanan sampingan pulak pulut kuning, puding koktail,  pulut panggang, karipap serta buah-buahan.

Alhamdulillah, majlis malam tu berjalan lancar dan sempurna.  Selepas tetamu semua pulang dan selesai mengemas dalam pukul 2 pagi, saya terus pulang sebab esok kena datang awal  untuk acara esok hari pulak, acara yang paling penting, Majlis Akad Nikah.

Ok lah ya, sampai jumpa lagi untuk Catatan kenangan Majlis Akad Nikah pulak.
Wassalam.



Monday, October 16, 2017

Kenduri Anak Saudara - Syedia & Muiz pada 23 September 2017 dan Majlis Di Damansara pada 14 Oktober 2017

Assalamualaikum. 
Menjenguk sekejap disini untuk simpan gambar gambar majlis perkahwinan anak arwah Kakak Illah untuk kenangan sendiri dimasa depan. Majlis pada 23 September 2017 , Sabtu dilangsungkan di Dewan MPSP Tikam Batu, Sungai Petani. Alhamdulillah, majlis walaupun sederhana namun meriahnya dan kesedapan lauk pauknya menjadi bualan tetamu. Syukur sangat sangat. Namun kami sekeluarga memang amat amat berasa sedih kerana pada hari gemilang itu, emak pengantin tiada. Semoga Arwah kakak tenang disana. Saya tidak berasa terkilan kerana saya sudah melakukan sedaya upaya bagi memastikan majlis ini berjalan seperti mana yang Arwah mahu, saya rasa. memang saya berasa amat gembira bagaikan saya ini ibu pengantin sebenar.















Inilah sebahagian keluarga besar kami.
Gambar yang saya masukkan disini, gambar dari telefon tangan anak saudara. Gambar dari jurugambar belum siap. Jadi x banyak gambar pengantin yang ada.

 Hiasan bilik pengantin, saya siapkan dengan Syedia. Siaplah jugak walaupun majlis berlangsung di Dewan. Saya tak pandai, Kata dekat Syedia, setakat inilah yang acu mampu buat..



 Kek ni saya buat untuk Syedia pada majlis akad nikah petang jumaat tu. Kebetulan birthday dia baru lepas. Malu sebenarnya sebab saya bukan pakar buat kek, buat pun untuk makan anak-anak dan keluarga saja, tapi alhamdulillah, kek ni mendapat pujian rombongan pengantin. Masa kenduri belah pengantin lelaki pun, depa dok sebut, teringat kek kakak...hihi...mungkin sebab saya masukkan memang banyak walnut dan cheese. Semuanya saya gandakan sukatan...
 Simpan sat dalam bilik takut kek cair.hihi
Lepas berinai pada malam sebelum akad nikah.
 Ini pulak majlis sebelah pengantin lelaki. Majlis berlangsung di Dewan Komuniti, Damansara pada 14 Oktober 2017 Sabtu lalu.



 Adik Sha, anak kesayangan ayah...memang manja sangat dengan ayah dia.


 Sebahagian daripada keluarga kami dari Kedah. 
 Kak Ngah dan Baby. Bulan 2 2018 nanti, giliran baby pulak. Inshaallah.
 Dengan kakak dan abang dan cucu kesayangan kami semua, Nur Hana Mikayla, anak Ika.

 Bersama abah pengantin perempuan, Abang Zaini, dua dari kiri dan adik Syedia, Syamil.




 keluarga kami bersama emak. Semoga keluarga kami terus bahagia hingga ke jannah. Aamiin.
Kebab Jalan TAR antara menu hidangan hari tu.

 Adoiii, gambaq saya masa merenjis, ni saja yang ada.
hihi..
 Kakak Ainaa pun dah jadi anak dara dah. Tengok..dah besaq dari Ummi dia. Dia cakap dengan saya, sapa suruh ummi masak sedap sedap..tu yang kakak besaq tu...hihi..tak apa, saya bagi dia masa sikit, lepas ni pandailah dia kurangkan makan. Siap suruh saya beli Lemonax.





Alhamdulillah. 
Selesai sudah majlis kedua-dua belah pihak.
Semoga ikatan ini akan berkekalan hingga hujung nyawa.

Sekian, semoga berjumpa.
Wassalam.