Assalamualaikum
dan Selamat Malam.
Untuk Acik Erna, disini saya sertakan resepi ikan Siakap Kukus Asam Boi
dan Resepi Daging Dengdeng untuk Kasih Ibu. Saya ni bukan pandai sangat
memasak, main campak aja, sebab tu saya malu nak sertakan resep kalau buat N3 masakan, kalau ada permintaan,
baru saya berani letak . Resepi ikan Siakap kukus ni kakak ipar saya yang ajarkan. Memang menjadi kesukaan arwah Walid saya. Kalau ada sesiapa yang teringin nak mencuba, bolehlah cuba. Mana tahu kena dengan selera...:)Bahan-bahan :-
1) Ikan Siakap segar dari Laut
2) 3 batang serai - dititik
3) Halia - dihiris halus
4) 5 ulas bawang putih - dihiris halus
5) 1 labu bawang besar - dipotong bulat
6) 7 biji cili api - diketuk sedikit
7) Cendawan Butang dalam tin - dibelah dua
8) 4 biji atau lebih asam Boi
9) Sos tiram, 1 kiub pati ayam, 5 helai daun limau purut
10) 2 biji limau kasturi - ambil airnya.
Bara memasak.
1) Ambil loyang pengukus. Masukkan ikan siakap yang sudah dibersihkan. Lumurkan ikan dengan sos tiram. Saya selalunya letak dalam suku botol .
2) Kemudian diatas ikan tu, taburkan bawang putih yang dihiris, halia, bawang besar, cili api, serai dan daun limau purut yang dicarikkan.
3) Disekeliling ikan tu pulak, letakkan cendawan butang dan asam boi. Masukkan sedikit air (kalau nak lebih kuah., masukkan lebih air) dan perahan air limau kasuri.
4) Akhir sekali, taburkan kiub pati ayam diatas ikan itu. Kukus sampai masak.
4) Angkat dan taburkan bawang goreng di atasnya.
Resepi Daging Dengdeng Cara Saya.
1) Sedikit daging segar tempatan - dihiris halus
2) 10 tangkai cili kering - disangai
3) 5 ulas bawang merah - disangai
4) 3 batang serai - dihiris halus
5) Air asam jawa, Kicap kipas udang dan gula
Cara memasak:-
1) Rebus daging yang telah dihiris halus. Biar sampai mendidih. Angkat dan ditumbuk
sehingga leper.
2) Cili kering dan bawang merah yang disangai tadi, ditumbuk sampai halus
3) Serai pun ditumbuk halus.
4) Panaskan minyak. Goreng daging tadi sebentar hingga agak garing. Masukkan cili kering, bawang merah dan serai yang ditumbuk tadi. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan sedikit air rebusan daging . Kacau sampai cili tu masak.
5) Kemudian masukkan 2 sudu besar gula dan kicap kipas udang.
6) Masak sehingga agak kering, masukkan daun limau purut dan bolehlah diangkat.
Kalau tak silap saya, ada jugak orang yang masukkan jintan manis. Buat Kasih ibu, maaf ye kalau masakkan ni tak sedap, kalau ada yang terkurang tu, tambahlah ye...
Selamat Mencuba.
30 comments:
Resepi yg sedap tu azi...nnt ain nk try la,
Mcm mudah jer kan..tq azi...
salam azi..terima kasih sertakan resepi..nanti nak buat insyaallah
Ain..
he..he..saya ni selalu masak yang senang-senang aje ain...budak-budak pun boleh buat tau...nanti ain cubalah, mana tahu sesuai dgn.selera keluarga ain...:)
Akak erna..
akak, dulu akak pernah cubakan....nanti bolehlah cuba buat lagi...
Assalamualaikum Azie...
Sedap nmpak ikan siakap kukus tu...nanti nak cuba buat jugaklah...thnks bagi resepi....
ermm..nak copy respi bole??? tq.. x penah masak ikan kukus...nti nak cuba...
Wsalam MP...Cubalah MP...mana tahu kena dengan selera. Masakan ni tak berbau hanyir sebab ada banyak serai, halia dan tentunya sebab ada daun limau purut....
Suhana Shuib...
Ambiklah su...dan nanti cuba ye...mesti anak-anak su suka..:)
Azie.... akk nak cuba jugak resepi ni
Boleh ye
Azie.... akk nak cuba jugak resepi ni
Boleh ye
Salam Ibuintan...
Cikgu, cubalah ...mana tahu kena dengan selera, saya ni tak pandai memasak, malu saya dengan cikgu...:)
IKAN MASAK ASAM BOI KUKUS TU MEMANG SEDAPPKAN KLU KENA CARANYA.. HAI TU SY CUBA BUAT KEPALA IKAN JENAHAK.. MEMANG SEDAPP..
AKAK BLH X BUANG WORD VERIFICAIONS NI PENING NAK TAIP HUHUHUHU
Baca resepi pun dah terasa-rasa sedapnya Azie.. kakak suka ikan stim tak kiralah apa style pun janji stim memang menyelerakan..
Kakzakie..
Kakak, saya tahu kakak suka makan stim-stim ni, macam ikan stim kat restoren singgah selalu yang kakak pegi tu...memang nampak sedap sangattt...
Masya...
Macam mana nak buang "word verifications" tu, akak tak tahu ...tolong ajar akak ye...
first time dengar iakn masak asamboi kak... teingin plak nak cuba... puasa ni nak cuba masak guna resepi akk... ermmmm... mesti sedap... kalau x sedap... bukan salah resepi akk... tpa saya salah letak kot... hehehehe
p/s: laparla kak... tpi...tadi ada sorg akk kata saya dah bulat.... huhuhu
pestime dgr letak asam boi
Salam Azi
Makchaq suka daging daging dendeng tu..
First time kot komen w/pun banyak kali jugak dah datang..
Dwaty...
Kalau nak tahu, asam boi tulah yang menambahkan perisa pada ikan tu...cubalah...senang sajakan...:)
p/s..kalau tak sedapppp..memang salah watyyyy...he..he...
Aduh kak!!! Ni kalo bulan pose tgk ni harus ngences ayaq liuq ni kikiki
Baby mama Amana...
Cuba buat dan letakkan asam...mesti sedap...:)
Makchaq...
terima kasih sudi singgah sini...nanti datang lagi ye mak chaq...:)
lieyalatiff....
Cuba buat untuk berbuka nanti ye liya...:)
ya Allah!! telan air liur saya kak..sedapnya ikan kukus asam boi tu kak...huhu...
Wahida...
he..he...nanti cuba buat ye....
siakap kukus asam boi tu mmg tak pernah cuba, boleh cuba ni. Tq kak, share resepi
p/s: kak, buanglah word verification ni, saya bukan robot...hehe
Sedap2.. Kene cuba resepi ni.. :-)
Tak perlu ke bazar ramadhan buat ni ari ni..
Terima kasih kongsi ni akak
Salam 3 ramadhan azie.
Terlanjur Ainaa dah jadi anak gadis kakak nak ucap tahniah. Azie kena ajar dan jelaskan sejelas-jelasnya tanpa perlu berselindung. Bab mandi wajib, cara pemakaian alat pelapik keselamatan dsb tak boleh malu-malu. Kalau tak kita ibu-bapa kena tanggung kerana tak mendidik sempurna. Dia masih terlalu muda baru 10 tahun tu Azi..
Eh... terpanjanglah sorry ye Azi..
Pokok Manggis Depan Rumah..
Cubalah...:)
Kakzakie..
Kakak, selamat berpuasa
Terima kasih banyak ye kerana prihatin...memang saya pun terkejut sebab Kakak Ainaa terlalu muda masa datang bulan Disember tahun lepas...kiranya 10 tahun umurnya sebab dia lahir 01.01.2002
Saya dah ajar dia apa yg.perlu dibuat...mandi dan cara pakai pad yg.betul...alhamdulillah...dia dah biasa sekarang ni...kiranya tahun ni puasa pertama dia ponteng dan kena berganti...
Post a Comment