Assalamualaikum.
Hari ni nak sambung cerita semalam.
Masih lagi dekat Tangkuban Perahu
Saya tak pandai nak mengarang, sesetengah gambar tu, biarlah gambar yang bercerita ye...:)
Masih lagi dekat Tangkuban Perahu
Saya tak pandai nak mengarang, sesetengah gambar tu, biarlah gambar yang bercerita ye...:)
Kawah gunung berapi dilitupi kabus
memang cantik sangat masa ni
Bercanda di kebun teh..he..he..
Dalam perjalanan balik tu, kami sempat jugak singgah dekat kolam Air Panas ni.
Dalam kawasan Sari Ater Hotel
Tiket masuk kat sini saya dah lupa harganya.
Air dari gunung berapi ni memang panas...bagus untuk rendam kaki.
Cik Abang saya yang memang sakit kaki rendam sampai kecut-kecut kaki dia..he..he..
Air dia jernih dan panas ni. Boleh masak telur separuh masak tau.
Tengok tu, berasap-asap air dia.
ni satu lagi kolam air panas. Saya pun rendam jugaklah kaki sekejap walaupun tak tahan panas.
kalau kat Malaysia ada RFC selain dari KFC, kat Bandung pun ada CFC...bolehlah tahan rasa dia.
Masa makan buah strawberi yang dijual kat atas Tangkuban Perahu memang manis, tapi percayalah, buah tu sebenarnya telah dicelup gula . Saya sendiri tanya dekat penjual tu sebab rasanya bukan manis asli...Dia cuma ketawa aja.
Kat ladang ni buah strawberinya sangatttt masammm...
Kami makan tengahari dekat Karamba ni.
Makanan kat sini memang kena dengan selera keluarga saya.
macam-macam makanan yang diorder oleh Cik Abang saya, untuk merasa katanya.
Paling saya suka otak-otak dan sambal belacan dia. Memang sedappppp..otak-otak ikan depa warna putih.
Maaf lah ya, gambar memang tak ada.
Semua gambar Along yang snap.
Ikut suka hati dia saja nak snap gambaq apa.
Kat sini jugak disediakan tempat bersolat tapi bercampur lelaki dan perempuan. Kami semua bersolat kat situ aja
Cik Abang saya sempat bergambar semasa ke Toko Tiga.
Saya sempat jugak le membeli sehelai seluar jeans Levis yang murah sikit jika dibandingkan ditempat kita.
Perjalanan kami seterusnya ke Cibaduyut. Tempat menjual kasut kulit yang sangat murah.
Kat sini memang banyak kami membeli tapi bukan kedai yang diatas ni ye. Cik Abang saya sempat membeli 4 pasang kasut untuk kegunaan dia bekerja, belikan kasut untuk bapa mentua , emak mentua, emak dan saudara mara. Adik Aishaa
pun memilih 3 pasang kasut kulit untuknya. Memang setiap orang ada bahagian masing-masing. Harga yang ditawarkan memang berbaloi-baloi.
Memang murah sangat-sangat.
Lepas tu baru kami jalan-jalan kat FOC. Yang sempat pi cuma FOC Heritage aja.
Habis jugalah jutaan rupiah kat sini...he..he..
Hari terakhir kami kat Bandung.
Semasa nak bersarapan pagi
dan ini gambar yang last disana sebelum bateri kamera habissss...ha..ha..
Lepas makan pagi, kami terus sambung membeli belah kat Pasar Baru sebelum bertolak ke
Jakarta. Kali ini kami menaiki kereta MPV aja, lebih cepat sampai.
Bandaraya Jakarta dari tingkat 23 Kondo yang kami sewa.
Adik ipar saya sempat posing kat luar bilik sebelum kami check out
Disinilah kami menginap semasa di Jakarta.
Bersama pemandu kami, Pak tatang. Dia bawa kami makan kat Food Court Tanah Abang.
Memang sedap nasi ni. Along dan Kakak Ainaa makan sampai dua bekas tu..he..he..Adik Aishaa cuma tambah ayam bakar tu saja. Semua tak cukup satu bekas mungkin sebab ayam tu kecik sangat. Yelah, di sana bukannya ada ayam bandar macam kita. Semuanya ayam kampung sajakan.
Saya sempat juga merasa soto ayam ni. Bolehlah tahan rasa dia.
Seterusnya kami ke Jalan Surabaya, Jakarta. Tempat menjual barangan antik. Kalau sesiapa nak beli beg kulit , kat sinilah tempatnya walaupun harga dia mahal sikit dari tanah Abang sebab kualitinya saya rasa ok sikit dari dijual di sana.
Seterusnya kami ke Taman Mini Indonesia. Tak sempat jalan-jalan pun sebab tempat
tu penuh sesak dengan manusia.
Tengoklah tu...semua tempat penuh dengan manusia.
Bergambar bersama pemandu kami yang sangat baik dan peramah, Pak Tatang di Airport.
Seronok sangat bila Cik Abang saya bagi tip yang lumayan untuknya.
Penerbangan kami pukul 8.30 malam. Kami makan malam dan bersolat kat airport sajalah.
Corat-coret Jakarta / Bandung.
1. Sebelum sampai ke Jakarta/Bandung, saya memang teringin sangat nak minum TEH BOTOL. Saya ingatkan rasa dia ada masam-masam macam teh limau , rupanya rasa dia macam Teh Yasmin (Bunga Melur). Saya memang kurang suka teh ni sebab baunya tu. Masa melancong kat BEIJING dulu, selama 9 hari disana, setiap hari kami disajikan teh tu sampai naik pening saya...he..he..
2. Saya juga mencuba Jus Avocado atau Alpukat. Jus ni masa minum kat Pasar Baru memang sedap....tapi bila mencuba buat kali ke dua kat KARAMBA, tekak saya tak boleh nak telan sebab sangat pekat , macam makan puding aja. Rasanya pun tawar.
3. Kalau nak beli kain telekung , kat Pasar Barulah tempatnya. Memang murah sangat harganya jika dibandingkan dengan Pasar Tanah Abang. Saya banyak membeli telekung untuk saudara mara. Satu beg besaq jugaklah. Paling mahal saya beli berharga dalam RM60.00 tapi kat tempat kita depa jual RM100 lebih. Adik ipar saya lagilah, banyak betul tambahan beg yang dibawa pulang...:)
4. Lepas ni, kalau nak ke sana lagi, mungkin saya akan terus ke Bandung saja. Tak banyak tempat yangdapat saya pegi kali ni. 4 hari 3 malam memang tak cukup. Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat tu ambik masa jugak ditambah lagi dengan kesesakan jalanraya. Kami cuma sempat pi Pasar Baru (disini 3 haripun tak boleh habis lagi), Tangkuban Perahu, Jalan Cibaduyut, Toko Tiga dan FOC Heritage semasa di Bandung.
5. Kalau makan kat Pasar Baru, jangan lupa order Soto Betawi dia. Memang sedap sangat. Tak Pernah saya rasa soto yang sedap macam tu.
Sekianlah ye untuk kali ini.
Semua catatan dan gambar-gambar kat atas tu adalah untuk kenangan dan tatapan keluarga saya di masa depan. Kepada yang sudi membaca tu, terima kasih diucapkan.
Wassalam.




















































































