Assalamualaikum.
Semalam 16.12.12. saya , Cik Abang dan Adik Aishaa menghadiri majlis perkahwinan anak saudara sepupu kat Sp ni jugak. Memang kenyang dah makan nasi kenduri tapi Along dengan Kakak Ainaa tak ikut sekali. Along dia ada aktiviti kat sekolah dia, kakak Ainaa pulak ada latihan karate...
Ingatkan malam tak mahu dah le makan yang berat-berat..tapi Along ajak si Ayah keluar jugak makan... nak makan makanan kegemarannya katanya.... selepas solat maghrib, Saya, Cik Abang , Along dan kakak Ainaa pun pergilah ke HoT Mas. Restoran yang satu-satunya bagi saya tempat yang menyediakan makanan barat yang sedap kat SP ni, ....Adik Aishaa pula balik kenduri tadi ikut mamanya ke Kedai.
Bila sampai saja, memang bukan rezeki Along...orang punyalah ramai sampai terpaksa berdiri menunggu pelanggan lain habis makan...Cik abang bila tengok macam tu, terus ajak pegi tempat lain...bila tanya Along kemana dia nak pegi, terus dia cakap, nak makan Mee Udang Banjir Special. D King..eeee...buang masa betul ...rugi dalam 40 minit sebab D King dekat aja dengan rumah saya. Dalam 10 minit aja perjalanan..terpaksa la pusing balik.
Kat sini pun orang memang ramai, tapi tempat dia luas dan banyak tempat duduk.
Tapi tempat yang kebelakang ajelah yang kami dapat..
Ni bumbung pondok yang kami duduk...kalau hujan turun menang basah punya le kami semua...he..he..
Umi dengan ayah berposing..he..he.. hanya gunakan kamera hphone aja..
Kakak ainaa memang susah betul nak diajak bergambar sekarang ni...tengoklah tu..
Along yang juga jadi pemalu sekarang ni. Sibuk buat rambut macam penyanyi Korea sampai tak bersikat....masa Ainnoraini datang hari tu, memang pemalu habis dia, nak bersalam pun malu dengan Suami Ain...maklumlah anak-anak dara Ain kan ada..cantik-cantik semuanya pulak tu...:)
Sotong goreng tepung untuk Kakak Ainaa dan Along. Memang segar sotongnya.
Ini udang laut yang segar untuk mee udang tu. Saya dan Cik Abang cuma makan mee ni saja. Tapi Along dengan kakak ainaa ada tambahan nasi lagi.
Along dengan Kakak ainaa makan ni jugak. Nasi putih, tomyam ketam dan telur dadar.
D King ni memang terkenal dengan Mee udang yang sedap. Kalau sapa-sapa yang singgah Sp bolehlah cuba makan mee udang ni. Ada pilihan samaada nak udang sangkar yang lebih murah ataupun udang laut. Buka mulai pukul 5.00 petang sampai ke tengahmalam. Kitaorang selalu makan kat sini sebab Along penggemar Mee Udang.
Itulah cerita saya untuk kali ni.
Sekian, wassalam.

25 comments:
hehehe... kita makan lagi
untungnya Along, akhirnya tertunai jugak hajatnya
memasing dah remaja, sifat pemalu makin menebal
Kakak tak nak makan di sini Azi. Tapi kakak nak makan yg Azi masak kalau kakak ke sana heee....
org SP rupanya....hehe
org SP rupanya....hehe
ibuintan...
jejaka bertemu si dara...cantik2 pulak tu...buatkan Along malu habis..he..he..
Kakzakie..
saya tunggu saat tu kakak...:)
p/s nanti kalau ke JB, teringin betul nak makan kat Restoran Singgah selalu tu, semua lauk yg kakak tayang kat sini, menarik selera saya....saya pernah sampai ke Jb sekali seumur hidup ni..tupun masa umur 10 tahun...
Ok... keep in mind bila nak turun JB inform kakak boleh kakak bawa ke Singgah Selalu.
dah lama ina tak ke SP.Kalau balik alor star umah mertua lgsung tak sggh SP.tinginnya nak jln2 kat pantai merdeka,tg dawai.kalau la kesana nnt nak gak la makan kat restoren mee udang ni.
Kakzakie..
insyaallah, rancang tu hujung tahun kot lepas Along habis periksa....kalau jadi, nanti saya bagitau lain ya...:)
inazamri..
lain kali, kalau balik Alor setar, singgah la rumah akak...hari tu akak dah bagi email akakkan...emailkan nombor phone ina, nanti akak bagi no.phone akak...boleh le kita calling2...
Tunggu kak Zai turun ke SP kena terjah kedua2 restoren ini tapi kena makan masakan azi dulu hehehe....
Kalau akak datang ke Sp bolehlah pegi dua-dua tempat tu...kalau tak salah saya, ada saudara akak kat SP nikan?
p/s..saya tunggu akak datang ke rumah saya ..he..he..pasti saya masak untuk akak cuma takut masakan saya tak sedap le akak...he..he..
ALONG RUPANYA... INGATKAN PENYAYI K-POP MANA LA YANG BUAT PERSEMBAHAN DEKAT D'KING TU.. HEHEHHE...
SEBIJIK MUKA UMI DIA...
salam kak azi..kedai ni kat mana..sedapnya mee udang tu..
Kak Zai ada adik kat SP tapi belum berkesempatan untuk ke rumahnya.
Selalu berjumpa kat KL.
Dwaty..
Along mewarisi lesung pipit dari akak..dua-dua pipi dia ada..:)
p/s cuti sekolah ni bolehlah dia nak Kpop ka..kpip ka..lepas ni..macam askar le rambut dia...ha..ha..
kasih Salina..
kedai ni bertentang dengan Giant Supermarket...kena ikut Tol SP selatan...mai cuba...:)
Amboiiii....umi ngn ayah posing manja gitu....suka tengok...
Sedap nampak semua makanan tu..entah bila agaknya saya boleh sampai ke sp...
MP..
macam MP tu, petik jari saja, bila-bila saja boleh sampai SP ni..betul tak?...he..he..
anak-anak susah nak bergambar,umi lah yang lebih-lebih...:)
Sedapnya nampak makanan tu. pernah sekali makan mi udang semasa ke Kuala Sepetang.
Nor salmi..
Rasa mee Kuala Sepetang dengan Dking ni tak sama tau..... (Akak pernah jugak makan kat Kuala sepetang tu) tapi ada keistemewaan masing-masing..:)
Salam Azi,
Wah mengancam semua makanan tu. kak ani beberapa tahun dulu pernah ke sp.
Wsalam kak Ani...
nanti boleh datang lagi tau...:)
akak mana n3 baru..
sedapnya udang tepung tu
Post a Comment