Assalamualaikum.
Selamat bercuti semua...tentunya cuti hari ni digunakan oleh Ibubapa untuk keluar membeli kelengkapan persekolahan anak-anak ye...saya semuanya dah siap dah...cuma buku sekolah aja yang belum beli...Adik Aishaa pun teruja membuat persiapan ke sekolah, maklumlah dia dah masuk tahun satu 2013 nanti.
Walaupun bercuti hari ni, tapi saya tetap bangun macam biasa. Saya bangun awal untuk kukuskan pulut , nak makan dengan durian. Saya nak buat pulut durian . Semalam cik Abang ada beli durian . Kat rumah ni yang hantu durian cuma saya, Cik Abang dan Adik Aishaa. Emak saya, Along dan kakak Ainaa tak berapa suka...makan kalau dah ada depan mata aja...nak suruh beli tu..tak adalah. Percaya tak, pulut durian tu setakat jam ni, cuma saya dan Adik Aishaa aja yang makan. Cik Abang saya pagi-pagi dah keluar untuk ke perlawanan badminton di Alor Setar Emak pulak ke kedai kakak. Sekarang ni tinggal kami 4 beranak saja kat rumah .
ha..ha..bila dah tinggal dengan anak-anak..senang ceritakan...tengahari ni saya tak payah masak nasi le untuk makan tengahari. Bila tanyakan anak-anak, ok dak kalau Umi masak spegheti aja untuk makan tengahari ni...bila diorang kata ok..saya pun terus aja masak. barang-barang semua dah ada kat dalam peti sejuk...kalau kakak Ainaa lapar lagi nanti, saya akan panaskan aja lauk sambal ayam lebihan malam tadi dan goreng telur dadar....he..he..senang ceritakan..makanan kalau ada lebihan yang banyak, saya selalunya akan simpan kat bahagian sejuk beku. ...insyaallah, bila dipanaskan balik, rasa dia tak berubah....
Inilah sarapan saya pagi tadi.
Tengoklah durian ni, memang lazat dan berkrim. berbaloi beli durian ni wpun harganya mahal sikit.
Cik Abang saya sebelum pergi pagi tadi, sarapan roti dengan sambal sardin
dan milo panas ni aja.
Yang hijau-hijau kat atas tu, saya hiriskan cili api. Baru sedap makan pedas-pedas.
Ini pulak kek harijadi untuk Along dan kakak Ainaa.. Nama Adik pun ada..biasalah dia..tak letak ..merajuk pulak.
Along sambut 13.12 yang lalu. kakak Ainaa pula 01.01 nanti. Tapi kami gabungkan dua-dua sekali....he..ha..jimat belanja. Kek keju tu pilihan Adik Aishaa . (Ketiga-tiga anak saya suka kek keju) Saja beli kek kecik, ayah depa cakap, kalau kek besaq, takut tak makan makanan lain pulak, dok ngadap kek tu aja...he..he..
Kami makan kat sini. Tempat pilihan Along.Dalam 50 minit jugak dari rumah. Kat Kampung Pelet, Bukit Mertajam. Memang ramai orang malam tu..istemewa tempat ni sebab bahan mentah seperti kambing, burung unta, ayam, lembu, arnab dan rusa semuanya diternak sendiri secara organik.
Kakak Ainaa dok potong kek...:)
Tengok tu, gaya Along....:)
Kakak dan Adik
Along dan Adik
Ini emak kesayangan saya....Tahun depan emak dah 70 tahun..alhamdulillah..emak masih sihat dan kuat..:)
Tempat makan dia semuanya dalam kawasan yang dibuat bawah wakaf kecil atau besar.
Ada jugak kolam renang. RM 5.00 untuk yang nak mandi...tapi waktu siang ajalah..
Ini rumah tuan kedai..memang besar dan cantik..
tempat pembayaran
Kawasan dalam Puncak Mutiara Cafe
Gambar ni saya ambik waktu nak balik. masa datang tadi memang penuh. Selalu kalau mai, suka dok tang ni sebab tempat dia bersila....kali ni kami kena duduk "hujung dunia."..:)
Pilihan Along dan Kakak Ainaa - Chicken Marryland
Pilihan Emak - Puncak Mutiara Special
Yang lain memang saya suka tentang tempat ni, tapi bab makanan....:( mungkin sebab pelanggan terlampau ramai , kualiti makanan dah kurang sikit...dah 4 kali saya kesini, memang dah rasa lain makanan dia berbanding dulu... dah kurang sedap...mungkin ini kali terakhir kami ke sini kot... Pilihan saya. Tendeloin steak RM 38.00. Kentang goreng dan kacang pes tu dah la masin, hangit pulak kat bawah . Sebelum saya tuangkan sos lada hitam tu, memang nampak tak menarik langsung. Maaf ye pihak pengurusan Puncak Mutiara Cafe kalau terbaca catatan saya ini...cuma luahan hati seorang pelanggan.
Adik Aishaa makan ABC special
minuman sekarang ni cuma diletakkan dalam bekas plastik tu aja..sebab tu saya tak ambik gambar minuman....
Sila telengkan kepala anda ya..:).Pilihan Cik Abang. Lamb Chop. Ini pun dah tak sedap..kentang dia masin dan hangit kat bawah jugak.
Ini Adik Aishaa punya. Inchi Kabin iaitu anak ayam organik (Half bird)
tengoklah dia goreng tu, sampai hangit...RM22.80. Tak habis pun ayam ni Adik Aishaa makan.
Selain dari makanan ni, ada jugak saya order Mushroom soup & Soft Roll.
Saya masa dalam perjalanan tu..punyalah dok teringat steak dia waktu makan dulu,.....tapi bila makan kali ni.... aduhai!!!.mengapalahhhhhh.... tak boleh ke jaga kualiti wpun pelanggan ramai...baru puas hati pelanggan menikmati makanan.....
OKlah ye...cukuplah sampai disini.
Wassalam.
13 comments:
Salam Azie,
Betui... kadang2 bila kita pi ulang makan kat tempat tu dah tak sedap langsung, frust jadinya..
Puas hati anak-anak Azi bila dapat apa yg dikehendaki kan. Lagi seronok sebab mak ada ikut sama. Kakak pun suka kalau jenjalan dapat bawa org tua sekali. Puas rasa..
Salam Makchaq...
mesti mak chaq pun besa p tempat tukan...belah sana memang femes ...
rasa lepai ni tak p dah kot...makan kot SP sajalah...lagi sedappp...:)
kakzakie..
kakak, emak kalau tak kerumah kakak atau abang, memang selalu p sekali...kalau tak bawa, bising budak-budak tu...:)
p/s kakak pun memang sekarang seronokkan sebab bapak ada dengan kakak, semoga bapak lebih tenang dan gembira dirumah kakak...
alahaiii.. nape sampai rentung menu adik tuh~ kalo terlebih bakar ok lagi.. ini dh rentung dah nih.. cam ner nak makan~
selalunye peleaggan x berkira nak bayar mahal kalo berbaloi kan~ tapi kalo bayar mahal tapi makanan x de selera nak tengok, siap lah!
Nafira..
itulah akak tak kisah soal bayaran tapi biarlah berpadanan dengan makanan yg dihidangkan..betul tak?...kalau sedappp...mahal macamanapun mesti orang datang lagi...iniii..rasa lepas ni akak dah tak pegi kot...:)
wahh..ada pulut doyan rupanya..peberet saya tu azie...
Alahai siannya adik, menu dia tu hangit..dia orang ni mmng tak jaga kualiti makanan...
MP..
Saya tahu kita berdua ni memang hantu durian...cuba bayangkan kalau kita berdua dok berkelah makan durain..mesti best nohhhh...he..he..
seronoknya makan2...
Cikgu Ma..
makan memang seronok...lepas tu lemakpun seronok bertempek kat badan ni...he..he..
akak ni suka tayang makanan sedap2 tau..jeles nengok, tak tahan godaan makanan..haha..
Peh..sedap nyer ni yang x tahan tengok makanan yang menaikkan badan,terliur dah nih
puncak mutiara ni yong pernah p jgk
Post a Comment