Followers

Sunday, February 18, 2018

Majlis Akad Nikah 09.02.2018 (Jumaat) dan Hari Perkahwinan 10.02.2018 (Sabtu)

Assalamualaikum.
Kita sambung pulak cerita dengan majlis akad nikah.
Majlis akad nikah baby dijadualkan selepas solat Jumaat. 
Jadi pagi pagi lagi, saya dan keluarga sibuk memasak untuk jamuan selepas akad nikah.
 Untuk hari ni, hanya juadah ringkas saja kami sediakan iaitu Nasi putih, Ayam Penyet, Bawal goreng, Mee kari dan Puding koktail  .Tetamu  pulak cuma rombongan lelaki dan saudara mara. 


Dengan sekali lafaz, baby sah menjadi isteri Asyraf. Acu doakan semoga perkahwinan ini akan menjadi yang pertama dan terakhir  buat baby berdua dan diberikan kebahagian berkekalan hingga hujung nyawa. Aamiin.








Pengantin dengan opah.

Sepupu yang jugak sahabat  baik, sekarang ni terpisah la sebab kena ikut suami masing-masing. Shalydia pun sekarang dah menetap di Kuala Lumpur. 



 Pasangan pengantin dengan kak Atin dan Akhbar, Eka dengan Hana.
Sekarang ni tinggal si bongsu Ayip soranglah yang belum berkahwin..  hihi

Cadangan asalnya nak buat pulut kuning 2 tingkat, tapi masalah teknikal, hanya ini yang sempat saya siapkan. kesiannnnn baby...






Sebahagian daripada barangan hantaran. 
Hidangan ringkas hari tu.

Disebabkan majlis perkahwinan akan dilangsungkan di dewan, bilik pengantin pun hanya dihias ringkas sahaja.








 Ibu Bapa pengantin ,Kakak saya dan Abang ipar

Pasangan pengantin


 Sebahagian keluarga kecil kami 
Setengah ada yang dah balik
Selesai majlis, baru sempat nak bergambar.
Muka masing masingpun dah comot..hihi


 Pengantin dengan Family saya


 Ini Pulak family Abg Cik


 Family kakak saya
 pengantin dengan ahli keluarga


 Family arwah kakak illah



 Kakak En.suami pun datang. Terima kasih kak teh ....:)
Adik Sha bukan main berposing dekat kereta pengantin..
 Kawan satu ofis saya pun banyak yang datang dengan family , tapi tak sempat nak ambik gambaq. 
Haha..tengoklah tudung saya pun dah senget semacam dah..masa ni depa semua pakat dok gelak kat saya...haha..


 Antara hidangan yang disajikan untuk tetamu pada hari tu




 Ais kacang
 Wafer pun paling mendapat sambutan...memang sedap resepi kak tin..rangup dan berkrim..



 Laksa lemak saya paling dapat sambutan..sat saja dua bekas besaq macam ni habis...alhamdulillah..
 mee rebus
 Pasembor
 Kuih / cucuq
 Bubur kacang dan laksa



Cenderahati untuk tetamu




 Setelah bertungkus lumus selama 3 hari 3 malam, kami diraikan oleh abang dan kakak..haha..terima kasih..nanti boleh belanja lagi ya...





 Kak Ngah telah edit gambaq ni dengan sebaiknya...haha..


 Sebahagian keluarga kami masa majlis dipihak pengantin lelaki 




Hanya sebahagian saja gambar yang saya masukkan kat sini. Semua ini adalah untuk tatapan saya dan keluarga dimasa depan. Kalau tak simpn kat sini, memang hilang macam tu sajalah. 
Alhamdulillah, kadang kadang, bila baca semua yang saya tuliskan disini bersama dengan gambar gambar kenangan, terubat jugalah rindu saya pada saat saat waktu itu.

Semoga berjumpa lagi
Wassalam.


No comments: