Followers

Wednesday, August 15, 2018

Seribu Satu Cerita ....


Cerita Satu.

Assalamualaikum.
Hari ni, entah kenapa tiba-tiba saya teringin nak cerita tentang Kedai jam Encik Suami  walaupun dah dibuka dekat lima tahun dah. Dari minat mengumpul jam, tiba-tiba Encik Suami bagitau yang dia nak buka kedai jam. Terkejut jugak saya sebab mampukah Encik suami nak buat tiga kerja dalam satu masa. Komitmen kerja pun amat besar, ni dah menambah kerja dengan membaiki jam dan sebagainya. 
Tapi....namanya pun minat, sebagai isteri, saya mampu menyokong  saja...nak tolong tu memang tak pandailahkan..hihi..
Permulaan, kedai pun hanya kedai kampung biasa dan sederhana kecil. Saya selalu gelarkan pada Encik Suami, "Kedai Koboi"..hihi...Kedai jam  ni merupakan satu-satunya kedai jam pemilikan Melayu yang ada di Sungai Petani.
Saya sebagai isteri memang bangga jugaklah sebab dari apa yang saya tengok, bukan senang tau nak membaiki sebuah jam yang rosak. Tambahan pulak kalau jam jenis Automatik. Tumpuan harus diberikan 100% untuk orang orang yang baru belajar macam Encik Suami. Kepuasan untuk dia bila jam yang sudah lamam rosak dan tidak "jalan" boleh berfungsi Alhamdulillah, setakat ni, maklumbalas dari pelanggan amat baik dan ramai pelanggan yang datang dari luar Sungai Petani. 
Rasa berbaloi Encik suami menghabiskan masa rehatnya di kedai ni. 
Balik dari kerja jam 6.00 - 7.00 petang, selepas solat insyak, Encik suami akan menghabiskan masa di kedai sehinggalah lewat pagi.
Kedai ni beroperasi jam 3.00 petang - 10 Malam  dan dijaga oleh seorang pembantu kedai .









Cerita Dua

Ni pulak cerita masa nak pi makan kenduri kawin kawan pejabat lama dulu dekat SP in Sungai Petani.
Gambar ni Along ambik sebelum pi kenduri (Gambar Tahun 2017)
Gambaq masa kat tempat kenduri pulak x dak, saya pi kenduri berdua dengan Encik Suami, faham faham sajalah, dia bukan suka bergambar, tambahan pula dengan ramai tetamu.
Saya simpankan kat sini untuk tatapan dan kenangan sendiri di masa depan






Cerita Tiga

Encik Suami saya memang suka makan keropok lekor . Kalau pi Terengganu tu, memang habis beratus jugak la untuk beli keropok lekor. Satu hari, ahad, saya sampai kat rumah dari tempat kheja, Encik Suami  bagitau saya," tolong buat kopok lekor ya", ..Ya Allah, seumur hidup, tak pernah saya buat keropok lekor. Saya terus Encik google dan jumpa resepi keropok lekor. Alhamdulillah, sekejap saja proses buat kopok tu. Cepat dan senang.
resepi ni guna tepung ubi kayu dan gandum.  Rasa dia sedaplah jugak... 
Setahu saya, keropok lekor dibuat gunakan tepung sagukan.tapiii...di Kedah ni, mana nak cari tepung sagu.

 Yang ni dah siap direbus

 Sos pun saya buat sendiri...tapi tak la sesedap oarng terengganu buat. hihi


Cerita Empat 



Dua tiga menjak ni, rajin la jugak saya buat kek walaupun tak pandai untuk keluarga dan majlis kami kecil kecilan.
Ni antara kek yang saya buat.  

 Ni  kek masa sambutan hari jadi Kak Atin dan Eka.

Rasa bangga pun ada bila tengok anak buah potong kek hasil tangan amatur acu depa...hihi 
Sambutan hari jadi Kak Atin dan Eka









 Antara tiga air tu, air hijau tu yang habis dulu..hihi..sapalah yang buatkan ayaq tu kan..




Ini pulak laksa lemak air tangan saya untuk ika dan kak atin



Sekian, untuk kali ni, harap ada kerajinan untuk update cerita lagi. hihi..
Wassalam

No comments: