Salam....
Hari ni aku datang keja dengan mood yang sifar. Badan pun rasa tidak berapa sihat..agaknya nak demam aku ni...dah lama tak demam. Nasib baiklah awal-awal tahun ni,kerja tak berapa banyak..entah mengapa aku rasakan tidak sedap hati saja...perasaan aku ni kosong....tak tahu nak gambarkan macam mana....kadangkala aku terfikir...adakah setiap apa yang berlaku dipersekitaran kita seharian disebabkan oleh MOOD kita yang sebenarnya dikawal oleh MINDA...kadang kita rasa suka sangat...kadangkala kita rasa sedih walaupun tanpa sebab...
apapun aku harap, kehidupan kita seharian janganlah sampai ketahap dilanda KEMURUNGAN yang serius kerana kemurungan adalah salah satu punca Penyakit Mental.
Apakah kemurungan?
Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (Mood) seseorang individu menjadi semakin menurun dan menjejaskan kehidupan harian individu tersebut termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraannya.Ini amat membahayakan kerana jika tidak ditangani secara efektif, boleh mendorong kepada tindakan MEMBUNUH DIRI.
Ciri-ciri Kemurungan :
. Sentiasa sedih dan menangis
. Mudah tersinggung
. Tidak bermaya
. Tidak berupaya menikmati aktiviti kegemaran
. Rasa bersalah tidak menentu
. Sakit-sakit badan
. Kehilangan fungsi badan seperti sakit kepala, letih dan sakit perut.
. Mengasingkan diri dari sahabat dan keluarga
. Mencubaan untuk mencederakan diri dan membunuh diri.
Cara Mengatasinya :
. Mengalakkan individu yang terlibat berbual dengan orang yang dipercayainya
seperti Ibubapa, Ahli keluarga, kaunselor dan Guru Agama
. Kita juga mestilah memainkan peranan sebagai sahabat dengan memberikan sokongan
seperti mendengar, menghiburkan hati serta menasihatinya.
Eh..terasa macam pandai pulak aku ni....sebenarnya itu saja yang aku ingat daripada pembacaan aku..yang lain aku dah lupa.
No comments:
Post a Comment