Assalamualaikum semua.
Pada kawan-kawan yang sudi meninggalkan komen dan mengucapkan takziah atas pemergian Kakak kesayangan saya seperti Nafira Yusof, Acik Erna, Kak Zakie, Zino, Faza, PMDR dan Kak Zaitun, terima kasih saya ucapkan. Semoga semua doa-doa kita akan dimakbulkan Allah s.w.t dan Arwah kakak dimasukkan dikalangan orang-orang yang beriman dan disayangi Allah.
Hari ni dah 22 hari kakak meninggalkan kami semua......Namun , setiap masa yang terluang, pasti hanya kakak diruangan mata ini. Ya, Allahhh....sungguhhh!! betapa rindunya saya pada kakak...kalaulah semua orang dapat melihat apa yang ada dalam hati saya ini, pasti semua orang akan mengerti apa yang saya rasakan sekarang ini. Perasaan saya ini tidak dapat digambarkan dengan apa perkataan sekalipun.
Rasa rindu ini kadang-kadang membuatkan saya merasa ingin pergi bersamanya. ..tapi bila mengingatkan yang saya sendiri punya tanggungjawab pada suami, emak dan anak-anak, cepat-cepat saya istifar....Saya redha dengan pemergiannya, saya redha..cuma saya rasa terkilan pada saat akhir hayatnya, saya tidak sempat bertentang mata dengan kakak. Sesungguhnya semua perancangan Allah s.w.t ada hikmahnya.
Saya selalu membayangkan , kalau saya ini yang hanya seorang adik saban hari merindukan kakak, macammana dengan anak-anak kakak sendiri. Namun saya lihat anak-anak kakak bijak menyembunyikan rahsia hati. Syedia (19), Adik Irah (15) dan Syamil (9) begitu tenang menghadapi pemergian kakak. Mungkin melihat kakak menahan sakit setiap hari, membuatkan mereka tabah . Syamil pula cakap, dia tak mahu menangis sebab takut emak dia sedih dalam kubur. Sehingga hari ini, emak, suami dan anak-anak kakak tak pernah lagi lupa mengunjungi pusara kakak. Setiap pagi atau petang, mereka akan kepusara untuk bacakan surah Yassin dan siramkan air mawar dipusara.
Hari ini saya akan ceritakan dari saat kakak sakit sampailah hari kematiannnya.
Bahagian 1
Pada penghujung tahun 2011, bulan November, saya dan kakak mengikuti rombongan Tadika sekolah Syamil dan Adik Aishaa ( Depa dua ni sekolah sama) melawat Pusat Sains Negara Negeri Kedah dan Muzium Padi.
Masa inilah satu perkara pelik berlaku. Masa mendaki tangga naik ke Pusat Sains di tingkat atas, saya lihat muka kakak pucat dan dia nampak penat sangat. Memang saya terkejut masa tu. Tapi bila ditenangkan kawan-kawan, kami cepat-cepat dudukkan kakak dikerusi dan beri dia air.
Dia nampak macam tak boleh bernafas masa tu dan lemah sangat. kakak cakap, kalau dia tak larat nak berjalan turun ke bawah, kakak suruh saya dukung kakak . Saya pulak, tak apalah, lagipun kakak ni kecik saja badan dia, saya akan dukung dia kat belakang saya ni. Adik Aishaa dan Shamil pulak saya suruh kawan tengokkan. Kakak cakap, dada dia rasa penuh dan ketat, tak boleh bernafas. Saya tenangkan kakak dan suruh kakak berehat. Dalam 15 minit macam tu, kakak nampak OK. Dia cakap, dia boleh turun tangga pelan-pelan.
Selepas itu, semasa lawatan, kalau ada yang perlu menggunakan tangga, kakak hanya berehat kat bawah saja.
Rasa geram juga hati saya ni bila ada kalangan ahli rombongan yang dok pertikai mengapa kakak naik tangga boleh jadi penatt...saya rasa kakak tak menipu sebab sepanjang hidupnya, dia tak pernah menyusahkan orang lain, inipulak nak suruh saya dukung dia untuk turun tangga tadi.
Rupa-rupanya itulah tanda-tanda yang Paru-paru kakak ada masaalah .
Januari 2012.
Kakak mula batuk sehinggalah batuk yang mengeluarkan darah.
Bila batuk kakak bersekali dengan darah, suami kakak terus bawa kakak ke klinik.
Masa ini doktor cakap mungkin kakak kena Penyakit TB. Kami semua pada masa tu pun berharap yang sama sebab kalau TB, boleh dirawat dan sembuhkan. Doktor buat ujian x-ray dan suruh kakak buat CT Scan kat Hospital. Kakak pun admit kat hospital dalam 5 hari macam tu.
Februari 2012.
Akhirmya, Kakak telah disahkan Kanser paru-paru peringkat 4. Memang terkejut dan sedih masa tu. Saya sendiri tergaman dan ambil masa untuk tenngkan diri sendiri sebelum cuba nak tenangkan kakak. Memang kakak menangis sangat masa tu sebab dia tahu, memang dia dah tak ada peluang lama untuk hidup. Anak-anak masih kecil lagi. Syamil pulak baru darjah 1. kami sekeluarga memang masa tu berikan kakak semangat dan harapan yang tinggi, Insyaallah, dengan kuasa Allah yang Maha Besar, dengan perkenannya, kakak pasti sembuh. Yang pasti, kami berusaha sedaya upaya, berdoa dan bertawakal padaNya.
Bersambung.
9 comments:
Begitulah apabila ketentuan Allah sudah ditulis Azie. Siapa kita utk menghalangnya. Hanya titipan doa dan jaga anak-anak buah yg ada itu dgn baik sebagai moga kasih terus berkekalan...
Insya-Allah Kak Ila tenang di sana.
Al-fatihah Buat Arwah.. semoga Kakak Kak Azie tenang di sana..InsyaAllah~
Semoga Kak Azie dan keluarga tabah hadapi ujian Allah ini.
Kakzakie..
Insyaallah, saya akan jaga anak-anak kakak seperti anak-anak saya sendiri, itulah janji saya padanya sebelum kakak meninggal dan selepas kematiannya...
Nafira..
Terima kasih Zura...sekarang baru akak mengerti dan merasai apa itu "Kehilangan"...
Semoga roh kakak tenang disana...dengan adanya doa dan keredhaan ahli keluarga adik beradik dan saudara mara...
Hanya doa restu saja yang dapat kita titipkan tanda ingatan kita kepada mereka yang telah Pergi..
Al Fatihah...
salam kak.lama ina tak jenguk ke sini setelah 4bulan ina tak blogging.salam takziah buat arwah.semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 beriman.
Perasaan azie sama macam kak Zai semasa abang sulong meninggal dunia. Sedih sangat sebab setengah jam sebelum dia meninggal kami bersembang.
In Shaa Allah kakak azie aman disana dengan doa2 dari azie dan kelurga.
Ramadhan kian menjelang Azi.. bulan kerehatan buat mereka yg pergi. Moga roh Kak Ila dan semua di sana dlm peliharaan Allah. Bersama kita panjatkan doa buat mereka semua.
Selamat berpuasa dari kakak..
Assalamualaikum kak Azi...
Maaf lama tak berblog menyebankan yus tak tahu perkhabaran ini. Takziah untuk kak Azi dan keluarga kakak akak.
Sebak baca bahagian 1 tu, semoga anak2 dia tabah. Kak Azilah tempat mereka mengadu mengganti ibunya kini, semoga kak Azi juga tabah ya.
Salam sayang, ikhlas dari Yus
Al-Fatihah untuk arwah kakak kak Azi.
Post a Comment