Followers

Tuesday, February 1, 2011

Cerita Aku Bernama Sofia...

Sambungan.. Usai sarapan dan mengucup tangan Ibu, aku terus ke pejabat. Selepas menyimpan begtangan di dalam laci, aku mengemaskan meja. Kak Ros dan Kak Hanim , rakan sepejabatku, masih belum sampai. Pandanganku terus mengarah ke bilik Encik Saif. Kulihat biliknya terang benderang. " Awalnya dia sampai hari ni" bisikku di dalam hati. Agaknya dia pun tak boleh tidur seperti aku..tanpa ku sedar, aku mengeluh. Encik Saif, ketua pejabatku. Orangnya kacak, masih muda, baik hati, tegas dan sudah berkeluarga.. tetapi perhubungan kami lebih dari hubungan bos dan pekerja. Dalam pejabatku, hanya aku sorang yang belum berumahtangga menyebabkan diriku selalu menjadi usikan namun tidak aku menyangka yang Encik Saif mempunyai perasaan kepadaku. Walaupun aku tahu, tindakanku ini salah tetapi aku tidak mampu menolak perasaan ini yang menyayanginya setelah dia tidak jemu-jemu menghulurkan kasihnya. Perhatian dan kasih sayang yang diberikan kepadaku membuatkan aku berasa diri seperti dilindungi. Seumur hidupku, aku tidak pernah merasai kasih sayang seorang lelaki..apatah lagi daripada seorg. yg bergelar Ayah..lantas apabila dia menghulurkan kasih sayang seperti yang aku dambakan, hati ini sungguh tidak mampu untuk menolak. Bukan pangkat atau gelarannya yang menarik hatiku, tapi sikapnyalah yang membuatkan aku tertawan. Aku tahu, perhubungan kami ini sudah dapat dihidu oleh Kak Ros dan Kak Hanim, namun bersungguh-sungguh aku menafikannya..dan semalam..ya..semalam... Dia melamarku..membuatkan aku menjadi bingung hingga sekarang...antara kasih dan kasihan...antara perasaan dan kehidupan. Aku juga tidak pasti bagaimana penerimaan Ibu andai kukhabarkan lamaran ini... Dan yang pastinya aku tidak sanggup untuk menghancurkan hati seorang wanita bergelar isteri walaupun itu yang aku lakukan selama perhubungan kami. Lamunanku tiba-tiba dikejutkan oleh bunyi mendeham. Aku lantas mendongak.. dadaku berdegup kencang apabila Encik Saif berada di depanku. Pandangan matanya menusuk terus ke mataku dan sebuah senyuman yang manis diberikan. Terserlah dikedua-dua pipinya lesung pipit yang amat dalam dan senyuman itulah yang membuai aku sehingga aku lupa diri. " Pagi, Sofia...U dah sarapan?, kalau belum jomlah temankan I" katanya. Entah mengapa aku menggelengkan kepalaku dan terus mendiamkan diri. Aku tunduk, tidak mahu memandang wajahnya. Dia pun mendiamkan dirinya. Suasana menjadi begitu sunyi kurasakan. Akhirnya dia bersuara. " Sofia, I harap U dah fikirkan tentang lamaran I pada U semalam..dan I hendakkan jawapannya dari U", katanya sebelum melangkah pergi. Bersambung....

6 comments:

Unknown said...

assalam azi....menarik ceter ni..bila lak nk sambung ni?..hehe

azi said...

Salam org.jauh
Nieza...ha..ha...jgn.gelak bila baca tau...rupanya susah la nak jadi penulis...rasanya saya ni mcm penulis syok sendiri .ha..ha...jgn.lupa baca sambungannya tau.

Acik Erna said...

As salam azi..menanti dengan sabar..
sambung cepat ye..

ZurHeritage said...

eeeemmm.. makin menarik cite nie..terkenang kepada seseorang yang cite mcm nie.. sambungan cite nie plzzzz......as soon as possible......

azi said...

Salam Kak Erna..
TQ sebab sudi terus membaca..ha..ha..sambungan mesti ada...tungguuuuu..

azi said...

Salam Zu..
TQ sudi baca cerita ni...he..he...cite ni x ada kena mengena dgn sesiapa, samaada hidup ataupun mati...sebenarnya...gabungan dari pembacaan dan menonton...ha..ha..