Followers

Saturday, September 7, 2013

Bertemu sahabat yang disayangggg...

Assalamualaikum.
Bertemu kembali lagi kita disini. Dah makan tengahari ke?. Bagi semua yang bercuti hari ni, mesti juadah makan tengahari hari ni yang specialkan, yelah, hari cuti selalunya baru kita ada peluang nak masak lebih sikit, hari-hari biasa masak yang ringkas dan cepat dimakan saja...Bagi kami kat Kedah ni, hari ni , hari bekerja.

Sepatutnya hari ini saya menghadiri jemputan perkahwinan dari kakak sepejabat lama saya  , Kak Kiah. Anak sulung kak Kiah dah nak kawin dah. Dulu masa depa semua kecik lagi, kami selalu pi jalan-jalan bersama. Seronok tengok anak-anak kak Kiah sekarang, semuanya berjaya. Yang nombor dua dan tiga, sedang melanjutkan pelajaran kat Mesir. Bila habis belajar nanti, dapatlah gelaran doktor. Yang nak kawin ni, kerja jururawat, Yang bongsu pulak, sebaya dengan Along.

Disebabkan hari Ahad saya bekerja, nak ambik cutipun rasanya tak boleh sebab hari selasa dan rabu ni, saya akan bercuti. Jadi saya ajak Cik abang saya pi rumah Kak Kiah semalam (Sabtu)
Pi lah untuk tunjuk muka, kata orang...kami pegi bertiga, Along dan Kakak Ainaa tak mau ikut. 
Depa baru balik sekolah...penattt kot..(Kedah sekolah semalam) Emak pulak temankan kakak Illah saya berubat. 

Kalau tak pipun saya rasa tak boleh sangat sebab kak Kiah ni memang baik sangat dengan saya, dia pun sanggup datang ziarah Kakak Illah saya bila dapat tahu Kakak illah saya sakit tahun lepas. Bila Kakak Illah saya buat rawatan kemoterapi di Hospital Pulau Pinang, dia sanggup hantarkan makanan untuk kakak saya.Memang tak pernah berkira tenaga mahupun wang ringgit.
Budi baik Kak Kiah Allah balas dengan kejayaan pelajaran anak-anaknya. 
Syukur, alhamdulillah.

 Pelamin kat rumah masa akad nikah hari Jumaat lalu. kenduri perkahwinan depa langsungkan kat Dewan Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang.
 Inilah Kak Rokiah binti Sulaiman.
 Bilik pengantin yang ringkas tetapi menarik
Saya suka gabungan warna dalam bilik ni..nampak sejuk saja..

 Setahun tak jumpa Kak Kiah terkejut tengok saya yang makin "sihat" he..he...
Dia cakap pandai Cik Abang saya jaga saya...yelah tu...he..he..:)
Gambar kami berdua ni Adik Aishaa tolong ambikkan ..guna hphone saja.
 Semoga persahabatan kami akan berkekalan hingga hujung nyawa kami.

 Bunga ros segar kat bilik tidur pengantin
Wangi bunga  dan wangi bunga rampai buatkan saya teringat masa hari knduri kawin dulu..:)
 Bunga pahar dari bunga lawang dan kulit kayu manis.
Memang kreatif dan cantik.
 Cik Abang saya dengan suami Kak Kiah, Abang Hamid.
 Seronok tengok depa dua bersembang.
Selepas pi rumah Kak Kiah, saya terus pergi rumah Kak Norsiah yang datang beraya kat rumah hari tu.
Rumah Kak Kiah dengan Kak Norsiah memang dekat sangat..
Saya memang dah maklumkan pada Kak Norsiah yang saya akan singgah rumah dia.
 Cantik rumah Kak Norsiah. Dengan dia saya tak segan-segan....dia sibuk di dapur, saya sibuk tangkap gambaq rumah dia.
Buat santapan mata saya nanti 
Saya cukup suka tengok hiasan rumah orang. 
Pandai Kak Norsiah hias rumah dia.






 Macam-macam dia jamu kami. Saya yang memang dok lapaq kuih raya, memang pulun habiss...memang tak segan-segan dengan kak Norsiah..nasib Cik Abang saya tak menjeling...ha..ha..
 Aiskrim yang sedap. Yana , anak Kak Norsiah yang buat. Saya dah minta resepi dah..nanti bolehlah buat untuk anak-anak..
Adik Aishaa makan sampai 2 mangkuk kecil tu.
 Spegetti yang sungguh sedappp, juga Yana yang masak.
Cik Abang saya sampai bertambah 
Pencuci mulut pulak buah anggur yang sungguh maniss..manis macam tuan rumah
he..he..tapi gambaq tak dak kat sini..

 Tak cukup dengan makan kat situ, popia , kuih raya dan spegetti Kak Norsiah bungkus bawa balik buat anak-anak kat rumah.
Yana yang cepat-cepat siapkan popia ni untuk saya bawa pulang.
terima kasih ye Yana ..nanti Aunty pi lagi, masak lagi sedap2 tau..:)


 Adik Aishaa tudung melayang..merajuk atas keta sebab saya pakaikan tudung yang dia tak suka.
Dia tak mau tudung yang berlapis-lapis tu. Saya hangin sungguhhh..last2 tak payah pakai.
Cik Abang saya sampai tertidur dok tunggu saya bersembang.
Dia tau, saya ni kalau jumpa kawannn..memang ambik masa yang lama punya.
Macam-macam yang kami cerita. 
Tidurlah Abanggg...taklah rasa boring menungguuu...:)

Cukuplah ye catatan saya untuk hari kali. Harap tak menjemukan sesiapa yang sudi membaca ya...:)
Semoga berjumpa lagi
Wassalam.

14 comments:

Acik Erna said...

Assalam azie..memang seronok dapat jumpa kawan..cantik rumah kawan azie..nacam rumah azie jugak.

azi said...

Wsalam akak..
Memang seronok kalau jumpa kawan-kawan yang sehati dan sejiwakan...:)

saya pun teringin nak jumpa akak masa pi PD hari tu...saya emamg ajak depa singgah Seremban...tapi bila dah naik keta jabatan ni, kenalah ikut depa....

Kakzakie said...

Kak kiah tu kelihatan amat lembut orgnya. Suka kakak tengok airmukanya. Memang baik sebab itulah rasa tak selesa kalau azi tak dapat pergi majlis nikah anak dia. Pergi awal pun tak apalah...

azian said...

kak azi...
bestnya kan dpt jumpa kawan lama...dpt eratkan silaturahim....best2.....

kak...jemput dtg rumah...xoxo

inazamri said...

cantik sgt pelamin tu.bunga pahar tu mmg kreatif org yg buatnya.deko umah kawan akak tu lawa sgt.i like

azi said...

Kakzakie..
memang baik dan lemahlembut orangnya. Diapun orang yg berilmu macam kakak jugak...rasa terkilan juga kalau tak pegikan wpun awal sehari...:)

azi said...

Azian...
kalau dekat rumah kita, memang akak pi dah rumah Yan...:)

azi said...

Inazamri..
akak tau, Ina suka gaya english , sebab tu suka hiasan rumah Kak Norsiah...:)

MulutPayau said...

Seronoknya dapat jumpa kawan lama.....
Cantik rumah kawan Azie tu..kemas dan hiasannya menarik..boleh jadikan panduan utk menghias rumah...l

azi said...

MP..memang seronok dan gembira sangat MP dapat jumpa kawan-kawan yang memang tak pernah berkira dengan kita dan yang penting sehati dan sejiwa....susah tau nak nak cari sahabat sejati sekarang ni....

p/s memang cantik hiasan rumah dia MP, kemas dan tersusun..sejuk mata memandang, nanti kalau dpt pi rumah MP, lagi saya nak ambik hambaq banyak-banyak, insyaallah...:)

Nafira usof said...

Salam Kak Azie..
memang cantek lah gabungan warna pelamin n bilik tidur tuh. ceria jer bila tengok.

betol lah.. cantek hiasan rumah kawan akak tuh~ suka zura tengok.. kemas jer. sama cam rumah kak Azie.. pon zura suka tengok. cantek!

alahaiiii spageti!! terliur pulak tengok. tetiba teringin nak makan~ ahaks.

Ain Noraini said...

seronokkan bila jumpa kawan2 lama ni..mcm2 benda nak sembang...mcm kita jugakkannnn baru jumpa dah sembang mcm kenal dah lama...

cantik rumah dia...rumah azi pun apa kurangnya...lagii cantikk tau...

azi said...

Zura...
Memang cantik hiasan rumah kawan akak tu, sejuk aja mata tengok...akak tangkap gambar tu guna hphone cap ayam akak aje, kalau guna kamera canggih, mesti gambaq lagi cantik...

azi said...

Ainnn..
itulah nilai persahabatan...tak terbatas wpun cuma kenal sehari...yg penting keikhlasan kita bersahabatkan...Azi ni kalau orang peramah, azi lagi ramahhh..he..he..tapi kalau orang tgk kita buat layan-layan tak layan aja, azi selalunya akan diamkan diri aja..jelah , siapa kita ni...mungkin org tak sudi berkawann...

p/s Azi sayanggg Ain tau...:)