Perkahwinan Kak Atin dengan Adi pada Sabtu lepas.
saya masukkan kat sini untuk kenangan sendiri di masa depan. Walaupun rasa malas sangat nak update blog...saya kena masukkan juga gambaq yang saya snap dengan hphone saja ni.
nanti kalau gambaq dari jurugambar dah siap, saya akan masukkan lagi kat sini.
Along dan Adik Sha dengan sepupu yang juga adik2 pengantin.
Meja kuih muih yang dijaga oleh kakak ipar.
Datuk saudara dan emak saudara
Meja yang penuh dengan aneka candy untuk kanak-kanak
Pergola tanda aluan menyambut kedatangan tetamu jemputan
saya dengan mak su
Pengantin dah sampai. Nur Fatin Afifa dengan Ady Fahmi
Gambaq candid Kakak Ainaa
Baby, Edia, Adik Sha dan Eka
Bilik Pengantin yang sangat simple sesuai dengan kehendak Kak Atin
Pengantin dengan Kakak dan Abang ipar saya.
Emak Saudara dan kakak ipar
Cik Abang saya dan baby
Meja santapan pengantin dan rombongan
Candy Buffet
Keluarga pengantin
Kak Atin dengan adik-adik
Saya dengan anak bujang kesayangan, Abang Long
he..he..dengan Cik Abang
Kakak saya, emak pengantin..satu-satunya kakak saya selepas perginya Kakak Illah saya.
Emak dengan Abang Long
Pelamin untuk seisi bergambar keluarga dan rakan-rakan pengantin. Tiada istiadat bersanding
Kawan-kawan kak Atin
Hanya untuk kali ini. Majlis berjalan lancar walaupun suasana sedih pada paginya sebab masing-masing teringatkan kakak ilah.
Sekian,
14 comments:
assalam azie..lama tak dengar cerita azie..tengok gambar azie dan mak azie..terasa rindu..teringat kenangan mas kita berjumpa.
tahniah dan selamat pengantin baru buat anak sedara azie
Salam Kak Azie..
lamanye x dengar khabar.
meriah majlisnye. warna tema baju keluarga pengantin pon cantek~
Allahurobbi... dlm pada kegembiraan majlis masih teringat allahyarhamah Kak Illah ye Azi.
Selamat poengantin baru buat anak buah yg diraikan..
Kak Erna..
Wsalam akak..saya pun rindukan akak dan masih teringat pertemuan kita dulu...
Nafira Yusof..
Zura, akak selalu juga jalan2 kat blog zura tgk cerita terkini tapi x sempat nak tinggalkan komen....:)
Kak Zakie..
salam rindu kakak..
malam sebelum majlis, kami adik beradik adakan majlis tahlil untuk
arwah....kalau kakak nak tahu, menu masakan hari kenduri dipilih oleh Arwah Kak illah....baju kenduri untuk arwah pun dah ada cuma tak sempat dipakai....
Meriah majlisnya. Tahniah buat pasangan. Semoga kekal dan dimudahkan urusan alam rumah tangga :-)
PMDR..
Aminnnnnnn...:)
Salam..alhamdulillah tengok azie update blog.
Tahniah buat mempelai semoga kekal hingga ke jannah.
Wsalam Kak Zai....
TQ kak zai atas doa kak zai tu...
Jalan2 kat blog akak seronok baca cerita akak pi bercuti...:)
Assalamualaikum Azie..rindu ngan Azie..
Sejak akhir2 ni pun saya jarang berblog..semangat berblog tu dah merudum...mngkin kekangan masa..
Terubat rindu bila tengok gambar2 Azie tu..heheh
Selamat pengantin baru untk anak buah Azie..meriah majlis tu ya...
MP...
terima kasih MP..saya pun kalau ada masa jln2 jugak ke 'rumah' Mp..kot kot ada cerita terkini....
itulah..la ni, masing-masing banyak penyakit "M"kan....he..he..
Salam. Hee sungguh seronok kemajlis orang kahwin.
Selamat Pengantin baru untuk kedua mempelai
Post a Comment