Followers

Tuesday, February 9, 2010

Abang,
Begitu pantas masa berlalu..............
Serasa seperti baru aku membilang bilah bahagia
serasa seperti baru aku mengenalmu
serasa seperti baru aku berlari mengejar mimpi pelangi

Abang,
ketika aku terjatuh
kau sentiasa hulurkan tanganmu
Ketika aku gembira, kau akan genggam erat tanganku ini
Kau sentiasa melindungi dan menyayangi diri ini
sehinggakan aku tidak sedar
rupanya sudah 15 tahun kita mendaki gunung bahagia bersama
Walaupun kadang-kala ada onak dan durinya.

Abang,
Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya
Terima kasih kerana sabar melayani kerenah 3 anak-anakmu
Sesungguhnya kebahagian yang kau berikan tidak akan dapat digantikan oleh sesiapa jua.

2 comments:

Anonymous said...

puisi yg menarik...

azi said...

TQ.....