Salam..
Hari ni kat SP panas sangat...nak keluar rasa malas pulak dengan cuaca macam ni..cik Abang ajak jalan-jalan cuci mata..tapi aku tak nak la ...last2 dia pun tido..ha..ha..lepas tidurkan si Aishaa..terfikirlah pulak nak jenguk2 ke blog ni..Aku masuk la ke Blog Abah Muiz..
Rasa tertarik dengan persoalan yang ditimbulkannya tentang erti "Persahabatan". Abah Muiz masih tercari-cari apakah erti persahabatan yang sebenarnya. Aku rasa aku faham maksud Abah Muiz tu, maksudnya payah nak mencari sahabat yang sejati sekarang ni.Yang selalu kita temui ialah sahabat yang sering tinggalkan kita di masa kita kesusahan dan selalu bohongkan kita.
Dari sekolah hingga bertukar beberapa tempat kerja dibeberapa Negeri,syukurlah aku temui beberapa sahabat dan adik-adik yang masih lagi boleh aku percayakan dan aku begitu sayangkan mereka.Bila-bila masa aku rasa sedih atau gembira, merekalah tempat aku mencurah rasa, walaupun jauh...dan alhamdulillah, sampai sekarang, kami masih setia dengan persahabatan itu.Bagi aku....sahabat yang baik adalah, sentiasa sudi mendengar apa saja permasalahan kita, memberi nasihat walaupun kadangkala pedih untuk didengar dan tidak menceritakan tentang diri kita kepada orang lain . Sudah menjadi prinsip ku, kalau percaya dan sayangkan seseorang, aku meletakkan begitu tinggi harapan dan perasaan ku kepada persahabatan itu. Maksudku, dia boleh tempatku menumpang kasih, mencurah rasa hati di kala kesedihan dan sebagai balasan aku suka menunjukkan kasih sayangku padanya namun menjadi kepantanganku jikalau sahabatku bercakap bohong..kerana bagiku, sekali dia bercakap bohong, dia akan terus bercakap bohong sampai bila-bila.......Seperti Abah Muiz, sekarang aku tidak meletakkan harapan yang tinggi pada setiap persahabatan yang baru dibina...walaupun aku memang suka berkawan kerana selepas melalui beberapa insiden...aku rasa aku perlu hadkan hati ini untuk menyayangi seseorang yang bergelar sahabat lebih dari sepatutnya (Akrab). Sebagai manusia, aku tahu, aku juga sering melakukan kesalahan & kesilapan, dan disinilah aku memerlukan seorang sahabat itu untuk menegur dan menasihatiku dan berada bersamaku diwaktu susah dan senang.
2 comments:
azi..persahabatan besar ertinya orang lama macam akak/makcik ni..
sahabat dari sekolah rendah..sehingga kini..masih rapat..masih bertanya khabar,.
yang akak pantang dalam persahabatan..bukan saja bohong..tapi..menceritakan hal kita dibelakang..sepatutnya..jika kita dah bersahabat..apa2 yang tak kena..kita kena tegur sahabat kita..bukan diumpat keji dibelakang..
Salam Kak Erna..
Memang betul...susah nak dicari sahabat sejati sekarang ni..tapi syukurlah..saya masih lagi mempunyai beberapa sahabat yg .masih lagi berhubungan sampai sekarang...Kak Erna..memang pedih kalau kita tahu sahabat yg kita percayai mengumpat dibelakang...dan selalu bohongkan kita...kadang-kadangkala terfikir juga..untuk apa?.
Post a Comment