Followers

Sunday, January 16, 2011

Hadiah yang kuterima.....

Salam....kat sini aku nak kongsikan satu cerita yang mengembirakan aku. Sebenarnya, aku adalah pembaca setia majalah Anjung Seri sejak sekian lama.Dalam majalah tu, ada satu ruangan iaitu "Ruangan Setia Bersama" yang dikhaskan untuk pembaca setia menghantar gambar atau tulisan berkaitan dengan Anjung Seri dan setiap surat yang terpilih akan menerima hadiah Satu Set Minum Petang Vantage dan tiga biji Balang Kuih.Tawaran hadiah yang ditawarkan membuat aku ingin mencuba nasib manalah tahu kalau-kalau suratku terpilih untuk disiarkan dan sungguh aku tidak sangka yang impianku akhirnya menjadi kenyataan apabila suratku terplih dan disiarkan dalam Anjung Seri Bulan Disember 2010 yang lalu.Disini aku letakkan gambar-gambar hadiah yang aku dapat....niatku bukanlah untuk menunjuk-menunjuk tetapi untuk menghiburkan diri sendiri.

2 comments:

Acik Erna said...

tahniah azi..bertuah..cantik hadiah..

azi said...

TQ Kak Erna...ini kali pertama saya mendapat hadiah drp peraduan...saya pun tak sangka surat saya akan terpilih.