Followers
Friday, February 4, 2011
Cerita Aku Bernama Sofia...
Sambungan.... Hari itu, di pejabat, kurasakan serba tak kena. Mamat, budak pejabatku yang selalu mengusikku pun hairan dengan sikapku yang banyak mendiamkan diri. Selalu kalau dia mengusikku, aku akan membalas dgn. mengusiknya kembali. " Kenapa dengan orang tu Mamat, kena tinggal kekasih ke, akak tengok monyok aje hari ni,?" Kak Hanim akhirnya bersuara dengan sebuah senyuman yang sukar dimengertikan. Kak Ros pula kulihat bersikap biasa walaupun aku tahu dia pun pelik dengan sikapku . " Tak ada apa-apalah akak, saya cuma rasa kurang sihat aje, tu yang malas bercakap tu" kataku dengan senyuman yang sengaja kubuat-buat. " kalau kurang sihat, mengapa tak pergi klinik, ambik MC, rehat aje kat rumah" kata Kak Ros. " Sikit saja kak, saya masih boleh tahan lagi, tadi dah makan Panadol" balasku sambil menyesal didalam hati kerana berbohong dengannya. Tengahari itu, waktu rehat, aku tak keluar makan. Walaupun puas Kak Hanim dan Kak Ros mengajakku, aku katakan yang aku masih kenyang lagi. Sebenarnya aku masih buntu mencari jawapan....samaada aku menerima lamaran itu, dan mengecewakan banyak hati ataupun menolak dan membiarkan aku sorang yang merana. Telefon dimejaku tiba-tiba berdering. "sapa pulak yang telefon waktu rehat ni",aku merungut di dalam hati sambil mengangkat telefon. "Hello, Sofia. U tak keluar makan ke?" suara Encik Saif kedengaran di corong telefon. " tak, I masih kenyang lagi, ada apa Encik Saif?" kataku dengan suara yang perlahan. " Petang nanti, kalau I nak jumpa U boleh?, ada orang yang nak sangat kenal dengan U, harap U tak menolak " Encik Saif bersuara . Aku terperanjat. Sapa pulak yang nak sangat jumpa aku ni. Entah2 isteri dia..eh..takanlah..isteri dia kalau tak silap aku bekerja kat Johor Bharu. Kalau dia balik ke Kuala Lumpur , dia selalu juga datang ke Ofis ni. " Siapa En. Saif" aku bertanya dengan wajah penuh tandatanya. " U akan tahu nanti...I pasti bila U jumpa dia nanti, keputusan U tentang lamaran I, akan jadi mudah....pukul 5.30 petang, kita jumpa dekat Restoran Cili Padi, The Mall......" katanya muktamad sebelum melangkah masuk ke biliknya kembali. Aku menelefon Ibu memamlumkan yang aku akan balik lambat sedikit kerana akan berjumpa dengan kawan lamaku. Hingga tiba saat yang dinanti, perasaanku sukar digambarkan..... Pukul 5.30 petang....aku sudah didepan Restoran yang dimaksudkan....kakiku terasa berat nak ku langkahkan...tiba-tiba... " Sofia...kenapa tak masuk..." Encik saif mengejutkan aku dari perasaanku. Bila aku berpaling memandang ke arah Encik Saif.....aku sangat terperanjat melihat "insan" disisinya.... Bersambung.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
azi..aduh..dah pandai buat suspen ye..cepat ye azi.
Kak Erna...
Ha..ha...akak...sebenarnya...suspen tu sebab dok fikirkan idea baru tu...ha..ha...jangan lupa ye akak baca sambungannye....
Post a Comment