Followers

Sunday, March 20, 2011

Resepi Cucur Manggi, Puding Gula Hangus

Atas permintaan Kak Erna, di sini saya tuliskan resepi untuk Cucur Manggi dan Puding Gula Hangus. Cucur Manggi tu resepi kakak ipar saya, Puding Gula Hangus pulak, resepi dari Kakak tersayang. Puding tu, bagi saya, rasanya sungguh sedap....sungguh lembut.....tambah2 bila kita makan selepas dimasukkan dalam Peti Sejuk .

Cucur Manggi


Bahan-bahannya.


I bungkus Mee Manggi ( Dicelur dan ditoskan)

1 biji telur ayam

sedikit rempah kari ayam atau daging

sedikit gula dan garam ( ikut rasa)

Sedikit daun sup dan daun bawang (dicincang)

1 labu bawang besar (dipotong nipis)

1 biji cili besar (dipotong halus)

Sedikit udang hidup (dicincang)

Sedikit tepung jagung


Cara membuatnya:


Manggi yang dicelur dimasukkan dalam satu bekas. Masukkan telur ayam, rempah kari, dan semua bahan-bahan di atas. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan air. Gaulkan sampai boleh dibentuk bulat. Goreng sampai warna keperangan. Angkat dan boleh dimakan bersama sos cili .


Resepi Puding Gula Hangus:


Bahan puding:


4 biji telur ayam

1 tin susu cair Ideal

1/2 cawan susu pekat manis

2 sudu besar perasa Vanilla

2 sudu besar Tepung Kastard ( semua bahan2 ni di masukkan dalam mesin pengisar, dan kisar sampai berbuih) - ketepikan.


Bahan Gula Hangus:


1 1/2 cawan gula halus

1/2 cawan air


Cara membuatnya:


Masukkan gula dalam periuk dan masakkan dengan api yang perlahan. Kacau sampai gula cair. Bila gula sudah cair dan mendidih, masukkan air. Kacau dengan cepat hingga air sebati dengan gula. Angkat dan masukkan dalam loyang pengukus. Selepas itu masukkan bahan yang dikisar tadi. Kukus dalam periuk pengukus selama 25 minit. Jangan buka periuk pengukus sehingga sampai 25 minit. Bila masak, angkat dan sejukkan. Bila sudah sejuk, terbalikkan dia dalam bekas lain dan sejukkan dalam peti sejuk.


Gambar untuk kedua2 resepi diatas, sila lihat N3 sebelum ni ye.

4 comments:

kak Erna said...

azi..terima kasih banyak2 insyaallah..nak cuba buat jugak..esok dah kerja..mungkin tak sempat ada kesempatan mesti nak buat..akak ambik resepi dulu ye..terima kasih azi..

azi said...

Akak...cucur maggi tu, petang balik keja akak boleh cuba kak, mula2 akak buat sikit dulu, kalau sedap boleh buat lagi.Nanti akak cuba buat puding tu tau, mungkin akak dah tau resepinyer, tapi akak cuba resepi ni pulak ..nanti akak cakap sedap ke tidak...he..he..

Kakzakie said...

Tak pernah buat dan makan cucur maggi tau. pandai azi olah jadi resepi. Mesti best kan. Bila ada masa kakak buat....:)

azi said...

Salam akak..
ha..ha..cucur megi tu senang saja kak..budak2 suka le...akak nak sedap lagi....akak perbagailah bahan2 dia...akak cuba sikit dulu..nanti tak sedap, sayang bahan2nya....kalau ok...boleh buat lagi.