Followers

Thursday, March 3, 2011

Salam....

Entah mengapa...semenjak dua menjak, mood malas datang le pulak.Macam Puding buah-buahn tu, aku buat hari Sabtu yang lalu...hari ni baru rasa nak bercerita mengenainya. Puding buah-buahan ni merupakan kegemaran anak-anak...tambah2 pulak si Aishaa tu, suka betul...nak buatnyer senang saja...jadi saya suka melayan kehendaknyer itu. Di sini saya sertakan jugak resepinyer walaupun rasa2 ramai yang dah tahu buat....jadi cuba ler pulak cara saya ye.. Bahan-bahannya: untuk Puding 1 tahil agar2 1 tin susu cair 2 biji telur ayam 6 sudu besar tepung Kastard Daun pandan Gula ikut rasa 3 sudu besar Oren Sunquick Hiasan : 1 Tin Susu Cair Kismis, Halua Kundur yang dihiris nipis 1 Tin Buah-buahan Koktail Cara2nya: Masak agar2 dengan air dan daun pandan sehingga mendidih (agar2 hancur). Sementara itu masukkan susu cair, tepung kastard dan telur dalam mesin pengisar dan kisar sampai berbuih. Bila agar2 sudah hancur, masukkan gula secukup rasa. ikut kesukaan. Kalau saya suka manis. Bila agar2 sudah mendidih, masukkan bahan yang dimesin tadi.Masukkan Oren sunguick.Kacau seketika dan angkat. Masukkan ke dalam bekas untuk disejukkan. Bila sejuk, potongkan dan hiaskan dengan bahan2 hiasan tadi. Selamat mencuba.

No comments: