Followers

Monday, March 28, 2011

Salam


Aiskrim Malaysia buat Aishaa

Daging Masak Kicap

Sambal Udang Bermadu

Ulam dan Sambal Belacan

Asam Pedas Tumis Ikan Terubuk

Sayur Campur


Assalamualaikum dan Selamat Petang.


Hari ni, bila terjaga pukul 5.00 pagi tadi, saya rasa letih sangat. Badan ni rasa lesu semacam. Ini mungkin kerana dekat Ofis semalam, saya makan Buah Nangka. Saya tak boleh sangat makan Buah Nangka...Nangkakan berangin,,lepas tu, balik rumah, malam tadi, makan pulak Laksa....Laksa pun melemahkan badan juga....Nak bangun pun rasa malas sangat...tapi malas macammanapun..kena bangun juga..anak2 nak ke sekolah. Jadi hari ni, saya ambil keputusan untuk bercuti, nak berehat....kebetulan, kerja kat pejabat, tak ada yang "urgent", bulan ni dah 2 hari saya bercuti....Tapi...nama saja bercuti.....bila duduk kat rumah..kerja rumah berjalan seperti biasa.....tak berehat manapun.

Selepas siapkan anak2 kesekolah, Cik Abang pun dah ke tempat kerja....saya ambil peluang untuk tidur sekejap...dalam pukul 9.30 saya bangun untuk rutin biasa....memasak...semua barang2 dah ada dalam peti sejuk....Di atas antara menu yang sempat saya masak..bila Aishaa balik Tadika dalam pukul 12.15 tengahari, dia minta saya buatkan dia Aiskrim Malaysia....saya pun buatkan dia Aiskrim Bandung...kalau dah ada aiskrim tu, alamat tak sempat nak beku la, anak2 asyik "Mengangkut" aje.....he..he..


Disini saya nak sertakan resepi kegemaran anak2...iaitu Sambal Udang Bermadu...


Bahan2:


Udang laut segar

Cili yg. telah dimesin halus dengan Bawang besar

Madu lebah

1 labu Bawang besar dipotong bulat

Garam

Air asam jawa

Minyak untuk menumis

3 sudu besar Kicap Kipas Udang


Cara memasak:


Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak sudah panas, masukkan cili yg. telah dimesin...kalau nak pedas, lebihkan cili ye. Masukkan sedikit air. Masak sampai cili naik minyak. Masukkan garam dan madu lebah serta air asam jawa. Kalau suka manis, lebihkan madu. Selepas itu masukkan udang. Biarkan sebentar dan kacau sambal itu. Masukkan kicap kipas udang. Bila udang sudah masak....tutup api dan masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Angkat dan hidangkan. Sambal ini sedap kalau ada kombinasi rasa pedas, manis dan masam.


Selamat Mencuba ye.

6 comments:

kak Erna said...

azi..udang laut segar tu yang susah nak dapat tu.
sedap2 betul nampak menu azi ni..
tapi kan..akak percaya kata azi..bila kita dirumah..lagi banyak kerja yang nak dibuat..macam2..tak habis2 lepas satu satu yang kita teringat nak buat.

azi said...

Akak...
Kat sini banyak Udang Laut Segar kak....market kat belakang rumah saja ....market kat Pekan pun dekat ..Pasar tani pun dekat...
Akak, memang ..bila kat rumah mana boleh nak berehat...macam2 nak buat.....kalau kat ofis, time rehat boleh juga kita tidur...kalau kat rumah..jangan haraplah....hu..hu..

Nieza said...

Assalam kak Azi...wah byk menu best2 ni berderet2 dh keluar ..sedapnya kak..terliur tgk mskkan akak ni...nieza kalau weekend biasa jarang nk online tu sebab terlepas pandang n3 akak ni. nangka tu memang kuat angin kan nieza pun tak thn juga kalau mkn...time mkn boleh sedap jer lepas mkn siap la kembungla perut tu.

azi said...

Wsalam Nieza...
kalau hari cuti macam tulah Nieza....duduk kat dapur sajalah....hu..hu...tapi Nieza...akak seronok kalau apa yg. akak masak ..anak2 makan...
Nieza..akak memang tak tahan benda berangin ni..kacang panjang, terung lagi la..akak tak pernah makan.....yang tak tahan tu angin tu naik ke kepala...sakit sangat.

ady said...

as-salam
udang tu nmpak sangat menggoda..lagi2 udang segar sedap tu...

azi said...

Wsalam...
Terima kasih ye, sudi ziarah kat blog ni ...
Emmm..udang segar tu memang segar sangat...kenyal isinya....tapi balik2..sambal..sambal....masak lain..tak jalan...