Followers

Sunday, November 11, 2012

Salam...tetamu jauh dah datang .....

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Tanggal 10.11.2012 telah pun berlalu. Tetamu yang saya tunggu-tunggu telahpun datang.
Tetamu yang saya maksudkan ialahhhhh...Acik Erna dari blog Coretanku bersama dengan rombongan ahli keluarganya sebanyak 6 buah kereta. Turut bersama dalam rombongan tu ialah Zino dari Kaki Terus Melangkah. Diorang ni sebenarnya menghadiri jemputan perkahwinan di Kepala Batas, Seberang Perai Utara dan akan terus ke Langkawi keesokan harinya.
Pertama kali menatap Acik Erna dialam realiti bagaikan tidak percaya. Selalu berbual dialam maya dan sekarang bertenang mata, membuatkan saya bagai hilang arah. Betulll...sebenarnya saya malu....yelah, saya ni hanyalah insan biasa yang serba kekurangan....tapi yang mengembirakan saya, Acik Erna dan semua ahli keluarganya ramah dan baik belaka. Isteri Zinopun yang saya panggil Kak Shah sangat baik orangnya dan sentiasa tersenyum. Saya tak sangka yang dia begitu peramah sebab kalau tengok orangnya nampak pendiam saja. Harap mereka pun sudi terima saya dengan seadanya.

Untuk petang tu, saya sediakan sedikit jamuan untuk sambut diorang. Saya sediakan Laksa Lemak Kedah, Bihun Soto Ayam, Pulut Kuning dan Roti jala yang dimakan dengan Kari Ayam, Puding Kocktail dan kuih muih. Tapi sambutan hangat diberikan kepada "Cili merah" daripada kacang tanah bersalut agar-agar hasil tangan emak saya khas untuk menyambut diorang. Seronok saya tengok diorang makan. yelah, makan cili yang tak pedas. Emak pun suka sangat sebab hasil tangannya mendapat pujian.

Kedatangan diorang seiring dengan turunnya hujan yang sangat lebat dan tak berhenti sehingga saya hantarkan diorang semua bermalam di Homestay saya. 

Pagi 11.11.2012 sebelum bertolak ke Langkawi, saya sediakan sedikit nasi lemak dan kuih muih untuk sarapan sebagai ucapan selamat jalan. Yelah, tak tahu bila pulak boleh berjumpakan.

 Kepada Acik Erna, Zino dan ahli keluarganya, disini saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan maaf andai ada kekurangan saya sebagai tuan rumah. Saya telah mencuba dengan sebaik mungkin, tapi saya rasa masih ada kekurangannya. Maafkan jugak andai masakan saya tidak menetapi selera masing-masing ye. Saya ni bukan pandai sangat memasak. Masak ikut selera orang Kedah tapi yang nak makannya orang Negeri Sembilan...:).

Nanti kalau ada masa, saya masukkan gambar kat sini ye. 

Sekian.Wassalam 


19 comments:

Kakzakie said...

Jelesnya kakak Azi. Macam akak rasa nak terbang sana juga. Seronoklah Acik erna dah jumpa/makan dan bermalam di Home Stay azi. Bilalah kakak nak rasa air tangan azi pulak ye.

Kakak tunggu gambar cili mak azi yg tak pedas. Teringat dulu azi tunjuk buat gubahan cili merah tu.

Kasih Salina said...

salam..eh azi org kedah ka? kedah tang mana? ooo..acik erna gi holiday gan famili yer..bestnya dpt bertemu sesama blogger nih..mesti happy acik erna sekeluarga dpt layanan istimewa dari azi..

abah khalisha said...

tkde gambar ni.hehe

Bekas-Bekas Aiskrim Yang Sangat Cute

azi said...

Kakzakie...
kalau sudah tertulis kita akan berjumpa, suatu hari nanti mesti ada saat itu, saya pun teringin nak menatap wajah kakak yang ayu tu....:)

p/s..cili emak mendapat sambutan, nanti saya letakkan gambar ye...

azi said...

Kasih salina..
ye..kak orang Sungai Petani....kalau datang SP, singgah le rumah akak...:)

p/s diorang pegi bercuti ke Langkawi. Mesti semua shopping habis tu...:0

azi said...

Abah Khalisha...
Terima kasih sudi singgah sini...
gambar akan dimasukkan kemudian...:)

Acik Erna said...

Assalam azi.terima kasih banyak.budi baik azi tidak akan dapat dibbalas selamanya.maaf juga kalau akak datang ramai2 buat kecoh dirumah azi.insyaallah ari ni 13 akak keluardari pulau dan akan bermalam pulak di perak

azi said...

wsalam akak....oh!!hari ni dah nak balik dah ke? Nak bermalam kat Perak rumah saudara ye?...

Saya dan keluarga tak kisah akak...kami memang seronok terima tetamu....lagi ramai, lagi seronok...cuma takut layanan kami tak memuaskan...harap akak jangan serik datang lagi ye...:)

azi said...

wsalam akak....oh!!hari ni dah nak balik dah ke? Nak bermalam kat Perak rumah saudara ye?...

Saya dan keluarga tak kisah akak...kami memang seronok terima tetamu....lagi ramai, lagi seronok...cuma takut layanan kami tak memuaskan...harap akak jangan serik datang lagi ye...:)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Best la berjumpa rakan-rakan blogger.
Semoga persahabat rakan-rakan blog sentiasa berkekalan. :-)

azi said...

PMDR...
Memang seronokkkk....selalu berbual di kotak komen aja...tiba-tiba dapat bertentang mata...:)

Kakzakie said...

Selamat menyambut maal hijrah azi dan keluarga. Sibuk mestinya sebab cuti mesti ramai yg nak duduk di home stay azi.

MulutPayau said...

bestnya..dari alam maya ke alam nyta...
Tak sabar nak tengok gambar2 tu...

azi said...

kakzakie...
saya hari ni keja la kakak, orang lain sibuk cuti, saya tak boleh cuti sebab ada kerja urgent kena buat...:)

Selamat Menyambut tahun Baru jugak buat kakak sekeluarga.....

azi said...

MP..
tak banyak sangat gambar sebab tuan rumah sibuk melayan tetamu..gambar makananpun tak ada yang diambil...

saya tak sabar nak tengok gambar-gambar MP kat bandung....mesti banyak shoppingkan..

MulutPayau said...

azi..
pasal langsir tu, satu malam dah siap.saya tempah petang, malam esok dia orang dah hntar ke hotel...saya tempah di pasar baru...
Gambar kat sana tak bnyak yg ambil coz selalu sangat ke sana..hehehe

azi said...

MP...
terima kasih .....cepatnya depa siapkan, kakak saya pun cakap macam tu, kawan dia pun pernah tempah masa pi sana dulu...nanti bolehlah saya tempah langsir untuk raya...terima kasih ye MP...:)

AHMAD AFIQ said...

waaa.bagusnyer. baik la akak ni

Citarasa Rinduan said...

inilah blogger azi yaaaaa...
abah zino asyik tayang pic di fb spjg cuti tmpohari

salam perkenalan