Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua sahabat. Mesti hari ni semua sibuk menyediakan hidangan makan tengahari untuk keluargakan. Saya hari ni masak awal jugak sebab lepas tu ke klinik. Jari tangan saya ni tiba-tiba aja sakit dan berdenyut-denyut. Bila jumpa doktor, dia cuma bagi ubat penahan sakit dan bengkak aja. Doktor cakap, kalau bengkak tu bernanah, dia suruh datang balik dan dia akan "bedah" bahagian yang bernanah tu...:)
Emmm..sunyi betul saya sekarang ni sebab masak sorang-sorang. Dulu kalau mak saya ada kat rumah, kami akan berbual-bual sambil saya memasak, dia pulak akan menonton TV kat ruang makan dapur tu. Sekarang ni, selepas kakak saya buka kedai makan (foodcourt), mak akan kekedai setiap Jumaat dan Sabtu mengantikan kakak . Kiranya mak saya jadi boslah kat situ....he..he...tapi mak saya ni, bukannya boleh duduk saja, selalunya dia akan tolong apa-apa saja kerja yang ada didepan matanya...mak memanggg rajin...:)
Alhamdulillah, perniagaan kakak sekarang memang menggalakkan. Setiap bulan selepas ditolak sewa yang memang mahal, duit gas dan elektrik serta gaji 6 orang pekerja (antara RM 60.00 - RM 35.00 sehari - kerja 9 jam sahaja), masih ada lagi keuntungan yang boleh dibanggakan . Saya masih ingat lagi, masa saya bercerita pada kawan sepejabat waktu kakak baru nak buka kedai dulu .Kawan saya tu boleh cakap, " keluar banyak modal, nanti 2 , 3 hari tutupppppp". Memang saya terkejut bila dia cakap macam tu sebab ada lagi dua tiga orang kawan bersama-sama kami. Saya cuma boleh beristifar di dalam hati saja. Kawan saya yang sorang lagi tu cakap pada saya, biarlah, dia memang macam tu. Alhamdulillah, cakap-cakap dia tu rasanya tak betul sebab sekarang sudah 8 bulan perniagaan kakak berjalan dan saya harap sambutan terhadap kedai makannya akan berterusan.
Hari ni saya masak ayam pedas madu. (Ini permintaan Kakak Ainaa)
Sambal tumis udang buat Cik Abang
Gulai ikan Lampam (Ikan sungai ) Cik abang saya sorang tau makan ikan ni.
Dia cakap, ikan ni isinya manis cuma banyak tulang macam ikan terubuk.
Ikan ni saya goreng jugak sikit dan cicah dengan sambal kicap.
Ikan ni saya goreng jugak sikit dan cicah dengan sambal kicap.
Ayam goreng salut tepung bahagian dada buat Adik Aishaa.
Saya guna rencah ayam goreng kakak, memang sedapp. Kat kedai kakak ,ayam goreng ni memang mendapat sambutan. Kalau cuti umum, sehari dalam 20 ekor jugak habis.
Saya pernah bawa untuk kawan pejabat saya, dia cakap pun sedapp.
dan Sayur sawi tumis air .
Emmmm...rasanya cukuplah ya buat hari ni, nak pi kutip kain pulak. Tengok kat luar tu, langit mendung macam nak hujan saja. Sekarang ni kat SP, pagi dan tengahari memang panas terik tapi bila petang saja, mesti mendung.
Kalau nak pi mana-mana tu, seeloknya biarlah sebelah pagi sebab kadang-kadang kalau dah hujan tu, membawa sampai ke malam .
Sekian, wassalam.
20 comments:
Alhamdulillah..semoga kedai kakak azie terus maju..
lupakan aja pada yang suka cakap lepas tu azie..
Wah banyaknya Azie masak.... rajin Azie masak ikut selera n permintaan
semoga bertambah rezeki kakak yg berniaga tu...
Kak Erna..
Tulah, kadang-kala tak faham dengan orang ni akak, cakap sesedap mulut dan lepas tu lupa apa yg pernah diucapkan..yang yang merasa ni...
Ibuintan/Cikgu..
he..he..anak-anak ni macam2 selera depa..tu baru 3 orang..he..he..
En.Zino..
terima kasih..semoga Allah mengaminkan doa-doa encik tu..
salam Azie....
rajin nampak...banyak betul lauk tu...yan suka ikan lampam tu...tapi bakar atau goreng rangup memang sedap....
banyaknye menu akak,sedap2 lak tu.Semoga perniagaan kedai makan kakak kak azi tu terus maju
Salam yan...
saya ni tukang masak saja yan..makannya tidakk...he..he..
Terima kasih Ina. Semoga Allah makbulkan doa Ina tu...:)
Resepi tepung yg kakak azi guna utk goreng ayam tu dia buat sendiri ke? Kalau semua org kata sedap mesti specail ni...
Kakzakie..
Tepung beli tapi ditambah bahan-bahan rempah untuk menambah perisa...macam ayam goreng KFC aja rasanya..:)
Sedapnya Azie semua masakan tu...bila agaknya saya nak sampai rumah Azie....
Semoga perniagaan kakak Azie terus maju....
MP//saya pun sebenarnya teringin nak jumpa Cikgu yang lembut dan manis ni...kalau diizinkan Allah, mesti satu hari nanti kita akan berjumpa....:)
alhamdulillah, moga terus maju jaya kedai kakak kak Azi tu.
Sedap2nya menu, banyak pula tu, rajin betul kak azi masak...:)
Salam..sedap nye kak azi masak,terliur dah,itu baru je tengok..kalau dapat makan depan mata sedap nye tak terkata..tapi maleh nak masak lak he he
Yus..
terima kasih..:)
Airis..
mata yang melihat tak sama dengan lidah yang merasakan....tah2 bila airis rasa tak sedapp wpun bagi akak sedap tak sangga..he..he..
apasal akk tak buka kedai makan gak??? mesti malatops.... hehehe
Dwaty..
rasa tak layak kot akak jadi taukeh..:)ha..ha..
Post a Comment