Followers

Friday, February 8, 2013

Resepi Spagheti Cabonara....

Assalamualaikum
Salam Jumaat semua walaupun dah nak masuk ke hari sabtukan......dan selamat bercuti. Bagi kami  kakitangan kerajaan kat Kedah, hari ni dah mula bercuti dah untuk Sambutan Tahun Baru China. Bagi pekerja swasta..masih bekerja lagi macam Cik Abang saya tu...seronoknya dapat bercuti selama 4 harikan. Tapi 4 hari tu dah ada macam-macam aktiviti yang nak dibuat...macam saya ni, aktiviti mengemas Homestay berjalan seperti biasa, esok ada penyewa KL nak masuk, esok pun ada 2 jemputan kenduri kahwin dan selepas kenduri saya akan terus balik ke kampung. Hari Ahad pun ada jemputan kenduri kawin lagi...

Hari ni, pagi-pagi lagi saya dah ke dapur untuk sediakan sarapan buat Cik Abang saya. Semalam saya pi beli barang-barang dapur kat Giant, bagitau Cik Abang saya nak cuba masak Spagheti Cabonara. Dah lama rancang nak masak sejak Adik pejabat saya, Cik Zu berikan saya "Mixed Herbs" tapi tak jadi masak, sebab bila tanya anak-anak, depa kurang suka. Bila Cik Abang suruh saya masak untuk makan pagi ni (sesuai ke buat sarapan?...he..he...), saya ok aja, tapi saya masak setengah peket spagheti saja.Memang senang dan cepat menyediakan hidangan ni. Sekejap saja dah masak. Saya yang sepatutnya berdiet ni, makan jugaklah sikit. Untuk merasakannnn..he..he..rasa pun 2 pinggan tau....:) Boleh tahan jugak sedapnya dan yang penting Cik Abang saya suka dan siap bawa bekal ke Office lagi...resepi ni saya cari kat internat tapi saya saya tambahkan bahan-bahan lain ikut selera saya.



 Cubaan kali pertama
Kira ok jugak lahkan...

 Cik Abang saya makan dengan roti dan salad sayur-sayuran.

Resepi Spagheti Cabonara.

1/2 Bungkus Spagheti - direbus dengan sedikit minyak atau mentega
1 tin sos Cabonara dengan cendawan Prego 
2 cawan susu segar Dutch Lady
1 labu bawang holland - dicincang halus
1 labu bawang putih - dicincang  halus (saya suka letak banyak bawang putih)
5 batang sosej ayam Ayamas - dipotong kecil
2 ketul isi ayam bahagian dada - dihiris halus
2 sudu besar Mixed Herbs - herba campuran untuk makanan barat
2 sudu besar Lada hitam
Sedikit garam dan  1 ketul Kiub ayam
Minyak zaitun dan sedikit mentega untuk menumis

Cara memasak:

1. Masukkan minyak zaitun dalam periuk. Masukkan mentega.
2. Bila minyak dah panas, masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah dicincang.
3. Bila bawang dah kekuningan, masukkan Sos Cabonara Prego.Tambah sedikit air .
4. Masukkan isi ayam, sosej, Mixed Herbs, lada hitam , kiub ayam dan sedikit garam kalau     
   kurang  masin.
5. Bila mendidih, masukkan susu segar. Kacau sehingga masak.
6. Angkat dan hidangkan.

Selesai masak untuk sarapan dan makan tengahari,saya pi mengemas homestay. Balik rumah dalam pukul 3 macam tu, tengok-tengok aja, periuk sos cabonara dah kosong . Aikkkkk..ni mesti anak-anak saya habiskan, kata hari tu tak suka...he..he..bila saya tanya pada kakak Ainaa, dia cakap, dia makan banyak sebab sedappp...Along pun kata ok..Kakak Ainaa cakap, umi masak lebih sedap pada Pizza Hut.....amboi!!! pandai betul Kakak Ainaa bodek umi ya...nak cover line lah tu...

Oklah ya. itu saja cerita untuk hari ni. Dah malam baru saya ada masa nak bersenang-senang kat sini. kepada sahabat yang balik kampung tu, berhati-hati memandu ye..
Sekian, wassalam.

7 comments:

Acik Erna said...

Assalam azi..azi masak apa pun mesti
Sedap.akak kurang pndai masak2 macam tu.nak ikut resepi pun takut tak sedap

MulutPayau said...

Saya tengok pun terliur Azie..

azi said...

MP...
ahirnya berjaya jugak saya masak....he..he..dan yang penting boleh diterima anak-anak..:)

Kakzakie said...

Kalau azi masak apa pun anak-anak mesti makan punya jgn takut. Kakak pun suka speghetti carbonara.

azi said...

Yang penting kakak, sosnya cukup senang nak disediakan..:)

airis aries said...

Salam..sedap nyer klau dapat merasa hasil masakan kak azi,terliur dah nih..mesti sedap.

azi said...

Airis..
Sedaplah buat keluarga akak...kalau airis rasa, tak tahulah pulak..he..he..:)