Assalamualaikum.
Salam rindu semua. Dah melebihi sebulan jugak ye saya tak update blog saya ni . Selain masa yang tidak mengizinkan serta kesihatan yang kurang memuaskan, penyakit MALAS saya memang ditahap yang Maksimum, memang betul-betul tak ada Mood, tapi kalau ada kesempatan sedikit masa tu, saya jalan-jalan juga kat blog kawan-kawan untuk baca cerita terkini cuma tak sempat tinggalkan komen aja........:)
Hari ni nak masukkan gambar-gambar percutian bersama keluarga ke Jakarta dan Bandung yang dah lama terperap tu. Percutian pada bulan April lalu.
Banyak juga gambar-gambar percutian sebelum saya buka blog ni dan semasa saya "berehat " dekat setahun dulu terbiar macam tu saja. Rugi rasanya sebab tak dicuci pun, tersimpan dalam "PD" saja.
Sekurangnya bila ada kat blog ni, saya boleh masukkan gambar-gambar kenangan percutian kami kat sini untuk kenangan keluarga kami dimasa depan...tapi gambar-gambar terkini sajalah...gambar yang lama-lama tu biarlah...dah basikan..he..he..
Tak banyak gambar yang diambil Along. Gambar kat Pasar baru, gambar makan-makan dan gambar membeli belah langsung tak ada. Dia lebih suka ambil gambar pemandangan dan gambar kotaraya Jakarta.
Percutian kami kali ini turut disertai oleh dua orang adik ipar saya.
Penerbangan kami dari LCCT ke Jakarta pada pukul 7.00 pagi. Pukul 4.30 pagi dah bertolak ke sana dari kediaman adik Ipar di Putrajaya. Sembahyang subuhpun kat airport aja.
masa ni baru sampai ke Lapangan Terbang Suharto, Jakarta, (Terminal 3)

Dari lapangan terbang, kami terus ambil kenderaan untuk ke Stesen Keretapi Gambir bagi menaiki keretapi ke Bandung pulak . Lepas tu baru kami akan balik bermalam dan jalan-jalan ke Jakarta pulak. Cik Abang saya yang nak naik keretapi walaupun mengambil masa 3 jam, memang lama tapi untuk pengalaman ditempat orang katanya walaupun anak-anak lebih suka naik kereta saja)
Bayaran tambang kereta sewa dari lapangan terbang ke stesen keretapi adalah R350,000.00 sementara tiket keretapi untuk seorang adalah RM 80,000.00.
(Along sorokkan muka duduk bersama Pak Langnya)
Bayaran tambang kereta sewa dari lapangan terbang ke stesen keretapi adalah R350,000.00 sementara tiket keretapi untuk seorang adalah RM 80,000.00.
(Along sorokkan muka duduk bersama Pak Langnya)
Pemandangan sawah padi yang cantik dan tak ada ditempat kita
melekakan kami sepanjang perjalanan .
Inilah yang Cik Abang saya suka.
Cantikkan pemandangannya. Hijau aja .
Gambar hari kedua sebelum keluar jalan-jalan.
Kami menginap di Hotel Kenangan. "Bintang"nya tak banyak pun..he..he..tapi selesalah buat kami sekeluarga sebab biliknya besar. Makanan pun sedap macam makanan kat Malaysia saja. Anak-anak saya memang suka makan nasi goreng. Tiap-tiap malam order sorang dua pinggan. Maaflah gambar kat lobby hotelnya Along tak ambik pun.
Pagi ni kami akan ke Tangkuban Perahu.
Adik Aishaa bosan menunggu ayahnya di ruangan tingkat 3.
Tengoklah mukanya tu...:)
Kakak Ainaa dengan Mak Ngahnya.
Adik Aishaa dengan Along
Si Umi yang tumpang sekaki nak bergambar...:)
Perjalanan ke Tangkuban Perahu
Kawah bekas gunung berapi
Maaflah gambar dah tersusun. Masa ni baru sampai di stesen keretapi bandung

22 comments:
Banyak ke shopping Azi? Pemandangan di sana memang cantik - nampak nyaman dan segar..
Adik naik kuda ye:)
assalam azie..memang lma betul azie berihat,,yang penting azie dan keluarga sihat
Kakzakie...
shopping sikit-sikit aja kakak untuk saudaramara, kalau nak membeli tu, semua nakkkk..he..he..tapi nak membawa tu yg jadi masalah....:)
Acik Erna...
alhamdulillah...semuanya sihat akak...bila dah lama rehat tu, nak mulakan balik, memang ambik masa sikit....he..he..
Lama kak Zai tak dengar cerita dari azie...rindu hehehe...
Teringat masa kak Zai ke sana dulu anak2lah yang lebih teruja...shopping.
teringin nak pegi lagi ke Bandung pemandangan dari keretapi tu sangat cantik..
Assalamualaikukum Azie...
Lama betul Azie berehat dari menulis ya..rindu sangat pada Azie...
Wahhhhh percutian yg menarik bersama keluarga..cantik sangat pmndangan tu ya...hijau, sejuk mata memandang..mesti seronok naik keretapi kat tempat orang...
seronok la tengok azi gi jalan2 mkn angin...kite ni bila la boleh sampai kat sane tuu...
Kak zai...
Bila dah ada kat Pasar Baru tak fikir lainkan...he..he..shopping...shopping..:)
En. Zino...
Saya kalau pegi lagi, nak terus ke Bandung aja...sampai terus shopping..he..he..
MP...
macam MP bagitau dulu, memang seronok shopping kat sanakan...cuma saya tak sempat jalan-jalan banyak kedai..pegi satu dua tempat saja...percaya tak, target nak beli tirai dan kain cotton pun tak dapat sebab tak sempat nak cari kedai...Insyaallah, ada rezeki, mungkin akan ke sana lagi...:)
Ainnoraini...
Ain...kat situ bila-bila saja boleh pegikan...yg penting ain dah nak jejakkan kaki ke tempat impian setiap insan muslim di dunia ni...:)
rindu jugak ngan kak azi..
patut ler lamaaaaa jer senyapnye.. pergi holiday rupernye~
ole2 lebih ade tak kak? ahaks~
Nafira...
dah lama peginya..tapi nak update tu lemau sikit...he..he...
Insyaallah, nanti kalau pegi lagi, akak belikan ole-ole untuk zura ye..:)
insyaALLAH next plan ngan family... minggu ni family mai dtg KL... dah plan nak bawa gi mana... masalahnya... saya ni lupa jalan... pening lagi jalan2 dekat sini... huhuhu... guna gps la nampaknya...
Tak pa..akak rasa "talian hayat" waty banyak kat Putrajaya tu untuk tolong bawa family jaan-jalan...ha..ha..
Tahniah anda bertuah!
sila tinggalkan alamat dan nama penuh serta no telefon.
lihat sini yer!
http://nabihahsejutarasa.blogspot.com/2013/05/pencarian-follower-ke-400.html
nealopah@gmail.com (sory tlupa nk kasi email adress)
nealopah...
terima kasih......nanti akak emailkan nama dan alamat ye...:)
tak sangka...akak folo dan jadi folower bertuah...:)
cntik nya permandangan tu kak. Hadiah akak nnti sy pos kan yer.
nea lopah...
TQ...akak tungguuuu...:)
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Post a Comment