Followers

Saturday, June 29, 2013

ADILKAH?

Assalamualaikum.
Entah mengapa, hari ni, tiba-tiba nak menulis begini:-

Hari kian berganti, tahun makin bertambah, persekitaran pun banyak yang dah berubah.
Kita sebagai manusia , setiap hari, sengaja atau tidak, selalu melakukan kesalahan. Namapun manusiakan..sentiasa bersifar baru...kadang-kadang selalu mengikut hawa nafsu. Saya selalu ingatkan diri sendiri, berani kerana benar, takut kerana salah....tapi kadang kala apa kebenaran yang kita cakapkan, akan memakan diri kita sendiri. Tak semua orang akan mengakui kelemahan diri masing-masing, tapi kalau dipuji, semua orang suka mendengarnyakan...walaupun pujian yang diberikan itu kadangkala tidak ikhlas.

Kadang-kadang, ada juga orang yang rasakan diri mereka suci , tak bersalah, tak berdosa, boleh bercakap apa saja yang mereka suka....dan kita boleh terima semua cakap-cakap tu, mungkin itu semua sekadar satu gurauan ..tapi kalau kita melakukan yang sama........???? tersalah cakap sikit, bergurau le kononnya,  kena tegur la jawabnya. Dah banyak kali perkara ni berlaku. Kadang-kala , tertanya juga saya pada diri sendiri,  mengapa cakap-cakap  dan gurauan saya selalu disalah ertikan...jahat sangatkah saya ini? dan baik benarkah mereka?. Memang sedih bila berada dalam keadaan ni...Saya rasakan yang ini semua tidak ADIL untuk saya....:(

Semoga Allah S.W.T akan berikan saya petunjuk dan jadikan saya insan yang lebih baik dari hari ini . Saya sedar, saya insan biasa yang selalu melakukan kesalahan , dan Insyaallah, saya akan cuba perbaiki diri dan kesalahan saya itu kerana saya tahu, semua ni tak kemana. Satu hari nanti, kita semua akan ke " TEMPAT" yang sama, tidak kira, siapapun kita.
Dan saya cukup takut dengan azab dan seksaanNya.


Kepada kawan-kawan yang sudi membaca coretan ini, terima kasih ye. 
Sekadar luahan kerana saya juga punya perasaan.
 
Semoga berjumpa lagi.
Wassalam.

No comments: