Followers

Thursday, June 6, 2013

Salam Jumaat..

Assalamualaikum.
Bertemu lagi kita di hari Jumaat yang indah ini...

Cuti persekolah pun dah nak habiskan. Sekejab saja dua minggu  berlalu.Bagi kami kat Kedah , hari Ahad ni, sekolah dah nak dibuka semula. Hari ni, saya dah ingatkan anak-anak supaya basuh kasut sekolah yang dah dua minggu ditinggalkan tu..kalau tak diingatkan, alamat masing-masing pi sekolah dengan kasut yang "berwarna-warni" le...

Cuti sekolah ni, hanya hari Rabu (5hb)  baru saya berkesempatan bawa anak-anak jalan-jalan sempena cuti Israk-Mikraj pada 06 Jun..tak jauh pun kami pergi, hanya kat Penang saja . Nasib baik ada bilik kosong lagi untuk disewa walaupun musim cuti sekolah ni. Kat Penang, memang sesak dengan orang ramai yang bercuti sempena cuti sekolah.
Kami menginap kat Sri Sayang Apartmen, Batu Feringgi. Sewanya pun murah aja dan selesalah buat kami 5 beranak dan emak sebab ada dua bilik tidur.
Paling utama mesti ada kolam renang sebab itulah tujuan utama anak-anak saya.
Depa ni memang hantu kolam semua...he..he...
(Gambar makan-makan ,jalan-jalan tak banyak kali ni sebab saya memang tak ada mood nak ambik gambaq, harapkan anak-anak, memang tak le....he..he..)
 selepas makan malam kat restoran berhampiran, kami ronda-ronda  uptown Batu Feringgi .
 Anak-anak saya dapatlah jugak sorang satu barangan yang diinginkan. Dan saya pastikan harganya semua mesti sama barulah adilkan...he..he..
 
Saya sebenarnya malas nak kemana-mana sebab seminggu dua ni memang saya sibuk dengan urusan majlis pertunangan anak saudara pada minggu depan, tapi kesian pada Kakak Ainaa sebab cuti sekolah ni hanya duduk kat rumah saja. Adik Aishaa hari tu dah jalan-jalan pusing KL dengan mama dia....bila balik cerita pada si kakak pergi i-City , walaupun dah pernah ke i-City, rasa cemburu tu tetap ada....Along aja yang tak banyak karenah...mungkin sebab dia anak sulung dan dah besaq.

Sesak jugak jalan atas jambatan hari tu


Dari kejauhan kita boleh nampak Jambatan kedua.

Hari ni pagi-pagi lagi selepas mengemas rumah, saya dah masuk dapur memasak makanan tengahari sebab pukul 11.00 pagi saya ada temujanji dengan Caterer yang akan menyediakan hidangan untuk Majlis Pertunangan anak saudara saya (Kakak saya menyerahkan urusan  penyediaan makanan pada saya) Jadi sebelum pukul 11.00 pagi, semua hidangan sudah siap dimasak. Saya tak ke pasar pun ,  habiskan stok dalam peti sejuk saja.
Saya masak awal sebab Cik Abang saya akan balik makan tengahari dulu sebelum Solat Jumaat.
Kalau dia balik, makanan tak ada atas meja, kesiannnn diakan..he..he..
dah le penat-penat cari duit untuk anak-isteri...:)

 Saya tengok ada kentang dan lobak merah lebihan buat sup hari tu, saya pun gorenglah dengan udang.
Campak-campak apa yang patut, siapppp...
 Ayam masak madu ni mesti ada untuk anak-anak buat pembuka selera. 
Saya masukkan 1 senduk cili kisar, masak sampai naik minyak, masukkan 2 sudu besar sos cili, dua sudu besar gula, dua sudu kicap dan dua sudu madu. Masukkan ayam yang telah digoreng. Gaulkan sampai sebati. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat, daun bawang dan cili hidup.... siappppp
 Kari ikan kembong ni untuk Cik Abang.
Cik Abang saya hantu kari. Sebab tu mesti ada kari walaupun ikannya hanya ikan kembong.

 Cik Abang saya kalau makan nasi mesti ada sambal belacan dan ulam-ulaman.

Saya masakkan jugak Cik Abang sedikit Sup sayur ni. Dia suka makan nasi sambil hirup kuah sup...:)


Inilah hidangan saya untuk tengahari ini.
Tunggu Cik Abang saya balik makan saja ni.

Kat Kedah la ni memang cuaca sangat panas. Tengok cuaca kat luaq tu , rasa macam nak hujan.
Minta-mintalah cuaca redup macam tu saja sebab  pukul 3.00 petang nanti, saya akan keluar nak pi Pekan SP , nak beli langsir untuk rumah Mak Mentua. 
Semoga urusan saya akan dipermudahkan.

Cukuplah ye untuk kali ini.
Insyaallah, ada masa, kita berjumpa lagi disini. 
Sekian.Wassalam.
 

13 comments:

Kakcik Seroja said...

Bestnya hidangan yang Azi sediakan tu. :)

Kakzakie Purvit said...

Masih sempat lagi nak berjalan ke Penang ye Azi..

Banyak lauk-pauk Azi masak utk sekali makan ye. Kalau kakak 2-3 lauk dah memadai.

inazamri said...

salam kak.lama ina tak mai jenguk sini.i luv penang kak.8 thn ina keja n menetap di prmatang pauh p.pinang.kalau nak makan sedap2 mesti ke Penang.anak2 ina semua pun lahir kt permatang pauh gak walau yg bongsu time tu ina dah tukar ke Perak tp still balik penang lahirkan dia hehhe.sedap2 masakan tu semua.Ptg ni ina nak antar anak no.2 balik ke tahfiz dah.cuti maahad 10 hari je.

azi said...

Salam Kak cik..
terima kasih ye sudi singgah sini...:)

Semua hidangan cepat dimasak, cepat dimakan..he..he..

azi said...

Kakzakie..
Penang dengan rumah saya kalau tak Jem, dalam 45 minit aja , sebab tu Cik Abang pi sana...:)


p/s kakak, saya masak sikit-sikit yang kat pinggan tu saja, untuk sekali makan aja..malam selalunya anak-anak nak makan goreng-goreng...

azi said...

Ina...
akak dulupun kat Penang 9 tahun...akak rasa mesti kita ada berjumpa kat dalam feri, cuma tak kenal aja masa tu...

Penang ke rumah akak melalui jambatan dalam 45 minit aja...

Unknown said...

kak azie kalo masak mesti banyak menu kan~ meleleh zura tengok masakan kak azie.. bertuah suami dan anak2 kak azie.. hehehehe

azi said...

Zura..
Akak masak yang senang-senang aja..sebab itu yang yang akak tahu...he..he..

MulutPayau said...

Azi...Bercuti kat mana2 pun tak kisah..asalkan anak2 happi kan...
Rasa kejap jer cuti sekolah...esok dah mula bekerja...

Wahhh..bnyak betul menu yg azie masak...mmng rajin...

azi said...

MP..ikutkan saya memang malas nak berjalan kemana-mana...tapi kesian jugak pada anak-anakkan...:)

Acik Erna said...

assalam azi.walaupun azi kata cuma nak habiskan stok yang dalam peti ais..tapi macam2 yang azi masak..sedap2 semua tu azi.
kka azi macam amna..dah sihat

Acik Erna said...

assalam azi.walaupun azi kata cuma nak habiskan stok yang dalam peti ais..tapi macam2 yang azi masak..sedap2 semua tu azi.
kka azi macam amna..dah sihat

azi said...

Wsalam Akak. Kakak saya bertahan macam tu la.Nampak macam sihat tapi hakikatnya, dia sorang yang merasa...kerja rumah mash boleh buat, cuma cepat batuk dan sakit belakang. Doakan kakak saya ye akak..semoga kesihatannya pulih seperti sedikala.