Assalamulaikum
Masih lagi dengan cerita raya.
Saya balik ke SP dari kampung pada raya ke 4, kebetulan hari
Ahad tu sepupu saya adakan majlis perkhahwinan anak sulungnya .Hari Isnin pula, Cik Abang saya dah mula kerja.
Hari Isnin tu, Along dan kakak Ainaa suruh saya masak sikit-sikit untuk kawan-kawan depa mai beraya kat rumah. Saya tak tau nak masak apa sebenarnya...jadi jalan selamat, saya masak Laksa. Kat Kedah ni kebanyakan orang suka laksa. Saya jugak masakkan depa spagheti, puding buah-buahan, nasi impit yang dimakan dengan daging dendeng, ketupat serta kek dan kuih muih. Alhamdulillah, 5 peket laksa dan 3 peket spagheti semuanya habis.......
Puding buah-buahan antara menu yang wajib
Along dan kakak Ainaa memang suka puding ni.
Sesuailah dengan selera budak-budak.
Nasi impit dan ketupat palas bersama serunding dan daging dendeng.
Kek Coklat "Russian Black & White " yang sangat sedap hasil airtangan adik ipar saya. Kawan-kawan Along suka sungguh kek . Berebut2 depa makan...:)
Antara kawan-kawan Kakak Ainaa
Depa ni yang terawal sampai.
Kebetulan hari tu, Adik kesayangan saya pun datang. Dah petang Zu datang. Kebetulan rumah ibu saudara dia satu Taman Perumahan dengan saya, dia pun datanglah beraya kat rumah.
Zu ni adik satu pejabat jabatan lama saya kat Penang dulu. Setiap tahun mesti datang beraya kat rumah saya. Terima kasih ye Zu sebab selalu ingatkan kakakmu ini...:)
(tengoklah saya, muka penuh macam bulan purnama..he..he...)
Salah satu sebab kami rapat mungkin sebab suami Zu pun jenis sporting dan peramah.
Saya dan Zaini kalau melawak tu macam adik dan kakak saja.
Keluarga bahagia Zuraida dan Zaini
Suka saya tengok gelagat Adriana, anak sulung Zu makan puding.
Ni sorang lagi adik kesayangan saya. Mazlina. Juga satu cawangan dengan saya di pejabat lama dulu.Sekarang ni dia pun dah naik pangkat, dah tukar jabatan dah, tapi perhubungan kami masih berkekalan macam dulu. Lemah lembut orangnya. Mazpun setiap tahun tak pernah lupa nak datang beraya kat rumah. Kira kami ni dah macam saudara dah. Suami Maz, Mie pun baik. depa mai tengahari, jadi dapatlah jumpa Cik Abang saya yang balik makan tengahari.
Terima kasih ye maz dan mie. Semoga persahabatan kita akan berkekalan selamanya.
Saya pun dah pi beraya kat rumah dia hari raya ke 4 hari tu.(Ahad)
tapi tak sempat nak bergambaq.
Hari selasa pulak, saya masak mee kari untuk saudara mara saya. Tapi gambaq tak dan nak ambik.
Yelah, semua keja nak kena buat, kitalah nak kemas rumah, nak masak, nak layan tetamu, nak basuh pinggan...mak saya memang nak menolong, tapi saya tak mahu menyusahkan mak saya .. diapun masih berpuasa...
tapi mee kari hari tu memang mendapat pujian...ha..ha...saya pun rasa macam sedap saja..
rugi betul saya tak ambik gambaqkan...tak adalah bukti nak tunjukkan kat sini...:)
Hahh..ni gambaq semalam. (Sabtu). Dok melaram bergambaq sebelum ke rumah terbuka Bos Cik Abang. Anak-anak saya memang susah nak bergambaq....terpakasalah Umi posing sorang-sorang..he..he..
Bersama Suami tersayangggg...:)
(Saya hairan sungguh, bila saya timbang lepas raya, berat saya turun 3 kilo, tapi bila tengok ke badan, macam naik 5 kilo...ha..ha...)
Semalam jugak, memang hari yang membahagiakan bagi saya. Saya akan bersua muka dengan kakak angkat saya yang dah lama terputus hubungan. Lebih kurang 8 tahun. Kami kembali berhubungan tahun lepas.
dan semalam, dia janji nak datang beraya rumah.
Sebenarnya hari raya pertama dia dah datang kerumah saya, tapi rumah kosonglah , kan tuan rumah balik beraya kat kampung..
Balik dari rumah terbuka, saya terus mulakan kerja-kerja memasak.
Saya masak bihun soto sebab saya tahu kakak Norsiah ni suka makan soto.
sempat juga saya buat puding karamel sebagai pencuci mulut.
Maaf ye Kak Norsiah, kalau masakan saya tak sedappp...:)
Pukul 6.30 , saya dah selesai memasak, dia pulak datang pukul 8.30 malam, sempatlah saya ambik gambar masakan saya.
Kek "Belacan" istemewa dari Sarawak. memang sedap rasa kek ni.
Sepupu saya yang bagi.
Masa ni dah habis makan dah ni..
3 orang anak dara Kak Norsiah.
Dari kiri Zaty, Nani dan Yana
Inilah Kak Norsiah. Nampak awet mudakan wpun anak bongsu dah 17 tahun.
nampak saya pulak yang tua dari dia...waaaaaa!!!...untung betulkan orng betubuh kecil ni, nampak sentiasa muda.
Kak Norsiah ni tak pernah berkira duit dengan saya. Kalau keluar makan dulu-dulu, kalau pi Secret Recipe tu, dari nasi kebab, Kek , aiskrim, lagi saya tak kenyang, dia akan order .
Tu tak termasuk dengan barangan lagi tu.
Wpun gambaq tak jelas, tapi saya masukkan jugak kat sini sebagai kenangan di masa depan
Puan Norsiah binti Mohamed.
Terima kasih sudi datang ye . Semoga persahabatan kita akan berkekalan selamanya.
sayanggggg Kak Norsiah sangat-sangat..
Dah panjang saya bercerita ni. Saya masukkan gambar-gambar ini semua untuk kenangan saya dan keluarga di masa depan.
kalau ada kawan-kawan yang sudi membaca tu, terima kasih diucapkan.
Semoga berjumpa lagi.
Wassalam.
12 comments:
assalam azie..azie pun comel..cantik..tok sah merendah diri..dengan senyuman azie tu..cantik sungguh tau.
azie memang pandai masak..boleh masak macam2
Wsalam Kak Erna..
ha..ha...akakpun untung tau. wpun anak dah besaq semua, tapi tetap nampak muda gitu..sungguhhhh!! saya ikhlas..akak memang nampak muda...:)
anugerah terindah syawal, alhamdulillah :)
Ann Ishak..
Terima kasih singgah sini ye...:)
selamat hari raya dari akak sekeluarga..
Masak dan masak tak berhenti bila dah tiba hari raya kan azi.. Yg tukang makan yg senang tapi yg memasak pun kalau hasil airtangan licin gembira juga kan..
Kakak..
bila makanan dimasak habis,itulah kepuasan yang sebenarkan...:)
uwaaaaa.. meleleh2 air liur tengok masakan kak Azie.. kalo dekat zura dah buat muka tak malu dah.. pergi beraya umah akak.. huhuhu.
meriah raya akak.. semua kawan2 yang jarang dapat berjumpa datang rumah beraya. zura x sempat sgt gi beraya umah kawan2 haitu.. lagi pon ade yang kena beraya umah mertua.
Zura..
Kalau dekat, memang zura kena datang rumah akak..he..he...tapi akak masak yang senang-senang ajalah..itu aja yang pandai..he..he..
rasa rugi sgt2 tak kesempatan singgah umah akak.mmg niat nak pi tp tolak balik dah ptg.tak sangka lak Isnin tu hway jem gak dr Sg Dua nak masuk tol amik masa lama.pastu changkat Jering ke tol Jelapang.Kul 1 pagi br sampai umah di Perak.Nx time balik kg inshaallah ina singgah nnt.no akak ina dah save kt hp.
sedapnya semua makanan tu..untung pandai masak sendiri ya...
Bila agaknya saya boleh sampai ke SP..teringin nak ke rumah Azie...
p/s..saya mohon maaf andai ada komen2 saya yg mengguris hati Azie..masih lagi dalam mood raya ni...hihihi...
Ina..
memang lepas raya tu, jalan jem sangattt..akak jalan-jalan kat kampung pun, jalan jem...:)
Salam MP..
Saya masak yg. senang-senang saja MP...janji anak-anak suka..:)
p/s datanglah MP, kalau kena masa dan tarikhnya, pasti kita boleh berjumpa, tapi ikhlas saya cakap, saya malu dan segan dengan MP tau, siapalah saya kalau dibandingkan dengan MP sekeluarga, saya orangnya biasa-biasa saja...rumah saya pun kecik aja..:)
Post a Comment