Followers

Thursday, May 15, 2014

Kakak telah pergiiii....

Assalamualaikum....
Salam Jumaat semua. Lama tak menulis disini buatkan saya rasa kekok tapi mengenangkan untuk ingatan diri sendiri nanti, saya gagahkan diri untuk menulis .
Bagi sesiapa yang mengunjungi blog saya ni, mesti tahu cerita tentang kakak yang selalu saya tuliskan kat sini.
Kakak kesayangan saya, Sharifah Noor Azillah binti Syed Ahmad, 45 tahun telah pun kembali ke rahmalulallah pada hari Rabu, 14 mei 2014 bersamaan 14 rejab  pada pukul 4.40 petang.
Perginya kakak menamatkan penderitaan yang dialaminya selama ini akibat penyakit kanser paru-paru.
Jenazah kakak disemadikan pada hari khamis 15 Mei pukul 10.00 pagi. 
Pada malam kematian kakak, bulan terang sekali.Menerangi persekitaran rumah kami . Mungkin sebab malam tu bersamaan 15 rejab.

Aalhamdulillah, kakak pergi dengan tenang. Jenazah kakak pun bila dimandikan putih bersih seperti bayi baru lahir walaupun kulit kakak semasa dilahirkan sehingga kematiannya tidaklah cerah. Tiada langsung kotoran pada badannya. Mungkin ini sebahagian ganjaran Allah S.W.T kepadanya setelah diuji dengan kesakitan selama  3 tahun dan dalam tempoh tersebut walaupun terpaksa berbaring, kakak memang tak pernah meninggalkan solat. Demi Allah, bantal, tempat tidur, selimut malahan tudung yang dipakai kakak sebelum kematiannya berbau wangi yang tak pernah dihidu selama ini. semasa saya menulis inipun, saya masih lagi menghidu tudungnya itu.

Banyak lagi cerita akan saya kongsikan disini.
Insyaalah, segala rahsia hati selama 5 bulan ini akan terlerai.
Semoga rakan-rakan semua sudi doakan arwah kakak kesayangan saya agar ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Wassalam.


7 comments:

Unknown said...

Salam Kak Azie..
Zura tumpang bersedih atas berita ini. Tabah yer kak~ Semoga Arwah Kakak Kak Azie tenang di sana.. InsyaAllah.
Sampaikan Salam Tahziah buat semua ahli keluarga akak yer~

Al-fatihah buat Arwah.

Acik Erna said...

Assallam azie..lama akak tunggu berita azie..akak pernah cuba tekefon dan sms tak berjawab.mungkin azie sibuk masa tu kan.salam takziah dari akak buat azie dan keluarga..semoga tabah.salam juga buat mak azie
AL Fatihah buat yang telah pergi

Kakzakie Purvit said...

Innalillahi wainna ilaihi rojiuun...Luruh airmata kakak Azi. Sebenarnya kalau Azi ingat kakak ada drop kat blog Azi tanya tentang Kak Ila sebab kakak ada mimpikan dia. Itu yg kakak bertanya kesihatannya dan Azi kata kakak beransur sembuh. Senang hati kakak dan jauh di sudut hati kakak moga mimpi kakak tidak benar.. Salam takziah dari kakak buat Azi dan keluarga.

Namun hari ini semuanya telah disuratkan benarlah kita semua ini pinjaman semata.

Moga doa dipanjatkan selalu buat Kak Ila sebagai pengikat kasih selamanya...

Khususon ila ruhi almarhumah Sharifah Noor Azillah Binti Syed Ahmad Al-Fatihah...

zino said...

Innalillahiwainnalillah hirajiun.
salam takziah azi dari kami sekeluarga...

alfatihah

FaZa said...

Kehadiranya dirasai...pemergiannya dirindui. Kami semua mendoakan arwah ditempatkan bersama para mukminin dan solehah. Tabahkan hati dan semoga ujian ini menguatkan semangat kita semua untuk menjadi insan yang beriman.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Innalillahiwainnalillah hirajiun.
salam takziah akak dari kami sekeluarga. Sabar yea. Allah lebih menyanyainya.

Zaitun said...

Al-Fatihah...salam takziah buat azie dan keluarga.Semoga roh kakak azie ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

Maaf kak Zai minta sebab baru baca berita sedih ini. Kak Zai agak sibuk sedikit buat masa ini.