Assalamualaikum.
30.10.2015, hari Jumaat yang lalu, genaplah 9 tahun usia anak bongsu kesayangan saya , Nur Aishaa Soffiyah binti Ahmad Bakri.
Saya cuma buat makan-makan untuk ahli keluarga dan kawan-kawan rapat Adik Aishaa sahaja.
pada hari Khamis , saya dah hantar bungkusan "Goodies Bag" untuk kawan-kawan sekelasnya disekolah.
Setiap tahun, sambutan ulangtahun Adik Aishaa akan disambut bersama-sama kakak sepupu yang jugak lahir pada 30.10.
Hari tu saya masak bihun sup, bubur gandum jagung, puding mangga dan puding karamel saja.
Adik Aishaa dengan Kakak Ayunie. Dia tak pakai tudung sebab masa ni kawan-kawan dia masih belum datang lagi. Macam-macam perangai anak dara saya sorang ni.
Tapi saya dah ingatkan, tahun depan memang tak boleh dah main-main sebab dah jadi anak dara dah...dah besar dah...Kakak Ainaa dulu masa umur 8 tahun dah tak tinggal tudung.
Adik Aishaa sebenarnya nak kek muka Doreamon tapi kek Upin ipin ni aja yang ada...he..he..
Dari pagi saya sorang siapkan juadah ni...alhamdulillah...habis semuanya.
Ini semua adik beradik saya.
Cukup ini saja cacatan buat kali ini. Wassalam.
2 comments:
Happy belated birthday buat adik Aishaa, dah besar anak Azie. Semoga menjadi anak yang membanggakan ibubapa.
Terima kasih Kak Zai...:)
Post a Comment