Assalamualaikum.
Dah bersawang sangat rumah saya ni...hari ni pun saya masuk sebab nak simpan gambar gambar untuk tatapan dan kenangan saya dan keluarga dimasa depan. Kalau tak simpan kat sini, alamatnya hilang macam tu saja la gambar gambar ni semua.
Ok. Kita mulakan dengan gambar pertunangan dan perkahwinan adik ipar saya. Siti Asmah dengan Shimi, dari Terengganu.
Hantaran semasa majlis pertunangan. Setengah saja yang ada..yang lain tu dah hilang...
Pelamin mini hasil tangan sendiri.
hihi..Bertunang sajakan. Simple saja..
Hantaran masa majlis pertunangan, saya yang siapkan sendiri.
Ala..buat yang simple simple saja.
Ini pelamin semasa majlis persandingan
Khatam Al-Quran
Untuk majlis kali ni, semua hantaran adalah hasil tangan pengantin perempuan sendiri.
Majlis akad nikah dilangsungkan dirumah selepas solat Asar
Bilik Pengantin
Ini pulak gambar majlis pertunangan anak saudara saya, Wan Nur Shalydia dengan Muizz dari Shah Alam. Shalydia anak kepada arwah kakak saya, Kak Illah.
Pelamin
Sebahagian daripada hantaran.
Semua hantaran kami gubah sendiri..jadi kalau kurang cantik tu..faham faham sajalah kan.
hihi
Shedia dengan adik
Dengan sahabat karib dari sekolah rendah lagi.
Sebahagian daripada family besar kami
Emak dengan bakal cucu menantu, Muizz
Shedia dengan bakal mak mentua. Inshaallah, majlis akan dilangsungkan pada 22 September 2017 nanti.
ini pula sebahagian gambar semasa majlis perkahwinan anak saudara saya jugak, Nur Fara Ayunie dengan Asyraf. Fara anak kepada kakak Zura saya. Semua hantaran adalah hasil gubahan saya sendiri..hihi...cantik tak?
Kek Walnut Cheese hasil tangan amatur saya.
saya tak pandai buat kek, untuk makan bolehlah..
erana pujukan fara, buat jugak lah..hihi..
Buah tangan untuk rombongan peminangan
Dengan Adik Sha
Pengantin Lama..hihi
Kak Atin, kakak pada fara jadi model baju kebaya hari tu..hihiFara dengan kakak ipar saya, Kak Rosni
hihi
Hanya ni yang sempat saya ambik gambar. Itupun guna handphone saja. Gambar kakak dan abang, anak anak saya sendiri pun tak sempat nak ambik. Bila tetamu dah mula ramai, phone pun dah tak ada ditangan. Tugas pun bermula la...macam macam tugas..hihi
OK..jumpa lagi ye. Inshaallah, jika ada kelapangan.
Wassalam.
3 comments:
Assalamualaikum azie...apa khabar? Harap baik2 aje.Lama tak dgr cerita. Kak Zai pun dah lama tak update blog.
Klau azie ada insta ini ig kak Zai.
mamasya.r
Wsalam Kak Zai...hihi..dah makin meningkat usia ni, kadang tu tak sihat jugak..harap akak sekeluarga pun sihat. Saya selalu ke blog akak baca cerita terkini akak, akak dapat cucu baru la..semua saya tahu...hihi.
Tq kak Zai..saya tak ada Istagram..hihi..tq akak sudi singgah sini lagi ya..
Post a Comment