Assalamualaikum.
Menjenguk sekejap disini untuk simpan gambar gambar majlis perkahwinan anak arwah Kakak Illah untuk kenangan sendiri dimasa depan. Majlis pada 23 September 2017 , Sabtu dilangsungkan di Dewan MPSP Tikam Batu, Sungai Petani. Alhamdulillah, majlis walaupun sederhana namun meriahnya dan kesedapan lauk pauknya menjadi bualan tetamu. Syukur sangat sangat. Namun kami sekeluarga memang amat amat berasa sedih kerana pada hari gemilang itu, emak pengantin tiada. Semoga Arwah kakak tenang disana. Saya tidak berasa terkilan kerana saya sudah melakukan sedaya upaya bagi memastikan majlis ini berjalan seperti mana yang Arwah mahu, saya rasa. memang saya berasa amat gembira bagaikan saya ini ibu pengantin sebenar.
Inilah sebahagian keluarga besar kami.
Gambar yang saya masukkan disini, gambar dari telefon tangan anak saudara. Gambar dari jurugambar belum siap. Jadi x banyak gambar pengantin yang ada.
Hiasan bilik pengantin, saya siapkan dengan Syedia. Siaplah jugak walaupun majlis berlangsung di Dewan. Saya tak pandai, Kata dekat Syedia, setakat inilah yang acu mampu buat..
Kek ni saya buat untuk Syedia pada majlis akad nikah petang jumaat tu. Kebetulan birthday dia baru lepas. Malu sebenarnya sebab saya bukan pakar buat kek, buat pun untuk makan anak-anak dan keluarga saja, tapi alhamdulillah, kek ni mendapat pujian rombongan pengantin. Masa kenduri belah pengantin lelaki pun, depa dok sebut, teringat kek kakak...hihi...mungkin sebab saya masukkan memang banyak walnut dan cheese. Semuanya saya gandakan sukatan...
Simpan sat dalam bilik takut kek cair.hihi
Lepas berinai pada malam sebelum akad nikah.
Ini pulak majlis sebelah pengantin lelaki. Majlis berlangsung di Dewan Komuniti, Damansara pada 14 Oktober 2017 Sabtu lalu.
Adik Sha, anak kesayangan ayah...memang manja sangat dengan ayah dia.
Sebahagian daripada keluarga kami dari Kedah.
Kak Ngah dan Baby. Bulan 2 2018 nanti, giliran baby pulak. Inshaallah.
Dengan kakak dan abang dan cucu kesayangan kami semua, Nur Hana Mikayla, anak Ika.
Bersama abah pengantin perempuan, Abang Zaini, dua dari kiri dan adik Syedia, Syamil.
keluarga kami bersama emak. Semoga keluarga kami terus bahagia hingga ke jannah. Aamiin.
Kebab Jalan TAR antara menu hidangan hari tu.
Adoiii, gambaq saya masa merenjis, ni saja yang ada.
hihi..
Kakak Ainaa pun dah jadi anak dara dah. Tengok..dah besaq dari Ummi dia. Dia cakap dengan saya, sapa suruh ummi masak sedap sedap..tu yang kakak besaq tu...hihi..tak apa, saya bagi dia masa sikit, lepas ni pandailah dia kurangkan makan. Siap suruh saya beli Lemonax.
Alhamdulillah.
Selesai sudah majlis kedua-dua belah pihak.
Semoga ikatan ini akan berkekalan hingga hujung nyawa.
Sekian, semoga berjumpa.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment