Followers
Saturday, January 29, 2011
Hari tak berapa ceria....
Salam.. Hari ni kat ofis...x berapa ceria sebab ramai yang cuti...boring jugak sebab keje aku ni bersangkutan antara satu sama lain...bila sorang x ada..pincanglah jadinyer...jadi aku pun "Nyelam" la sekejap... Tiba-tiba entah mengapa teringatkan pulak pada kakakku yang tinggal kat Penang tu...nak tahu..aku punyai 2 orang kakak serta 2 orang abang...dan aku lebih rapat dengan kedua-dua kakakku....boleh dikatakan semua aktiviti kami akan lakukan bersama-sama..sebagai adik, aku selalu doakan kesejahteraan mereka semua sebab kebahagian serta kegembiraan mereka adalah kebahagianku jua. Lagipun jika kita berdoa untuk saudara mara kita tanpa pengetahuan mereka, kita juga akan mendapat ganjarannya. Seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda'ra, Shahih Muslim No:2733 bahawa Rasulullah S.A.W bersabda," Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang Malaikat yang menjadi wakil baginya. Setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka Malaikat tersebut berkata "aamin dan engkaupun mendapatkan apa yang dia dapatkan". Amin....mudah-mudahan kita akan sentiasa mendapat keberkatan didalam menjalani kehidupan ini bersama keluarga yang kita sayangi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment