Followers

Friday, March 25, 2011

Salam..


Kari Daging dengan Kentang

Jelatah Timun , Carot Dan Nenas

Masak Merah Ayam

Nasi Beraini

Kurma Kambing dengan Kentang


Assalamualaikum...


Hari ni N3 lambat sikit...banyak

kerja yang perlu dibuat....hari cuti macam tulah...

Hari ini, saya cuba untuk masak Nasi Beriani seperti yang pernah dimakan masa melawat Muar, Johor dulu. Rasa nasi Beriani kat situ memang sedap...melekat kat bibir gitu....tapi nama kedai tu saya dah lupa....cadangnya semalam lagi (Jumaat) saya nak masak nasi ni, barang2 semua dah beli hari Khamis lagi, tapi dalam pukul 6.30 pagi hari Jumaat, saya mendapat panggilan telefon dari kakak yang berada dikampung mengatakan Datuk mentuanya meninggal dunia. (datuk abang Ipar). Jadi dalam pukul 10.00 pagi, saya dan keluarga pun bertolak ke kg. untuk menziarahi Jenazah datuknya....tak berasaplah dapur semalam.....Petang baru balik ke SP kembali...

Dan hari ini, sekali lagi saya dikejutkan dengan berita kematian. Jiran setaman....kami panggil Abang Din meninggal dunia kerana sakit kencing manis dan jantung...kalau nak tahu, arwah Abang Din adalah Datuk kepada Farah, Idola Kecil 3....

Saya mula memasak dalam pukul 11.30 pagi dan siap pukul 1.30 petang. Ini antara Menu yang disediakan untuk dimakan bersama Nasi Beriani....

Disini saya juga sertakan resepi untuk Ayam Masak Merah cara saya

Saya tak pandai memasak...kalau siapa2 nak cuba resepi ini....cubalah..


Bahan-bahannya>


1 labu bawang besar

20 tangkai cili kering

3 batang serai

Sedikit Halia

5 ulas bawang putih - Semua bahan2 ini dikisar halus


1/2 cawan kecil Cili Sos

1/2 cawan pati santan

sedikit gula dan garam

Sedikit buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis, bawang putih+bawang merah - untuk tumis

Beberapa ketul ayam yang siap digoreng

Bawang besar yang dipotong bulat

Sedikit daun bawang


Cara memasak:


Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak sudah panas, masukkan bahan2 tumisan tadi. Bila garing, masukkan bahan2 yang dikisar . Masukkan sedikit air. Masak sampai naik minyak. Bila kuah dah menjadi pekat, masukkan santan, cili sos, gula dan garam secukup rasa. Kalau saya, anak2 suka manis sikit . Masukkan ayam. kacau sehingga sebati. Masukkan bawang besar yg. telah dipotong serta daun bawang. Angkat dan hidangkan.


Selamat Mencuba.

4 comments:

kak Erna said...

Azi..tengok gambar pun dah tau dah..azi pandai masak..sedap2 tu..
cuma akak tak makan daging kambing..
kiranya azi masak nasi beriani..u ntuk meraikan hari jadi en.hubby jugak la ni kan..

azi said...

Salam Akak..
Akak...saya masak gitu2 saja kak....untuk keluarga..bolehlah..ha..ha..akak tahu, saya teringin nak makan nasi macam kat Muar tu, tapi nasi yg. saya masak tak jadi macam tu, saya cuma pakai Rempah Beriani Faiza...
Akak, saya pun tak makan daging kambing..tapi Cik Abang suka sangat...jadi masak tetap kena masak...he..he..x lah kak..saja masak aje...x ada niat pun...tapi bila akak cakap utk raikan hari jadi Cik Abang...bolehlah tu..he..he..

Nieza said...

akak, sedapnya kambing tu..nieza sukala...dulu tak mkn kambing tapi bila suami bertugas kat dhaka dulu selalu mkn terasa sedap pula...suka mkn briyani kambing lama dh tak buat ni.

azi said...

Nieza...
akak tak pandai masak beriani kambing.....teringin sangat nak makan....hari tu akak masak nasinya saja....ayam atau daging beriani x ada...tu yang akak masak kurma kambing tu....