Followers

Friday, April 8, 2011

Resepi Roti Arab..

Salam...
Bagi memenuhi permintaan Kak Erna, saya letakkan Resepi Roti Arab...resepi ni senang saja..sebab saya ni jenis yang malas nak belek resepi..main ingat dalam kepala saja.. kakak kesayangan saya yang ajarkan....roti ni sedap kalau dimakan dengan Kari Sardin....


Bahan-bahan Roti :


1 Ketul butter

1 kilo Tepung Gandum

2 biji telur ayam

6 sudu besar gula

Garam secukup rasa

4 ketul Yis Basah

Air


Rasa Menyediakan :

1. Masukkan butter, telur ayam, yis, gula dan garam dalam satu bekas. Kacau dengan tangan sampai sebati.

2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sampai habis. Masukkan air jika adunan tidak sebati. Gaul dan uli sampai tidak melekat ditangan.

3. Uli adunan itu sehingga lembut.

4. Ketepikan dan tutup dengan kain bersih sehingga adunan naik.

5. Bila adunan naik, ambil sedikit adunan tepung itu dan bulatkan macam bola. Canaikan sehingga agak nipis. Jangan nipis sangat sebab kalau nipis, nanti rotinya tak ada isi.

6. Gorengkan dalam minyak yang sudah panas. Kecikan api, balik2kan roti itu supaya roti masak sekata. Bila sudah keperangan dan masak, angkat dan hidangkan dengan Kari Sardin panas2...


Resepi Kari Sardin:


1 Tin Sardin - dilecek halus

1 Batang Carot - dipotong dadu

2 biji Ubi kentang - dipotong dadu

2 Labu Bawang Besar - dipotong dadu

1 biji Cili Besar - dipotong dadu

1 Bungkus rempah kari ikan

Santan Segar - ikut suka

Bawang putih, bawang merah dan sedikit halia untuk menumis

Garam dan serbuk perasa

Air asam jawa


Cara-caranya:


1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Masukkan rempah kari ikan yang telah dibancuh dengan air panas.

3. Masukkan garam, air asam jawa serta sedikit serbuk perasa.

4. Biarkan sampai rempah masak dan naik minyak.

5. Masukkan santan serta bahan2 yang dipotong dadu tadi serta ikan sardin.

6. Biarkan sampai mendidih dan sedikit pekat.

7. Rasakan kari itu. Biar ada rasa masam sedikit bagi menghilangkan rasa hanyir ikan sardin itu.

8. Bila dah ok..angkat dan hidangkan bersama dengan Roti Arab.


SELAMAT MENCUBA.

4 comments:

kak Erna said...

azi..yis basah 4 ketul tu yang akak tak berapa faham..selalu nya kak beli yis kering mauripan tu je..
4 ketul tu..sebesar mana azi..ke memang dia jual jual ketul2 kecil..sori ye azi..banyak tanya akak ni..memang akak kurang faham yis basah tu..

azi said...

Akak..tu le , saya pun terfikir jugak pasal tu...akak kalau mauripan , tak berapa jadi kak. Saya pernah buat kak rumah MIL. Akak, kat sini ada dijual ketul kecik2...kalau tempat akak tak ada, akak guna yang ketul besar tu agak dalam 5 x 5 cm..agak 2 aje kak..kalau banyak pun tak apa..lagi cepat dia naik...he..he..

kak Erna said...

terima kasih azi..nantiakak cuba cari dimana ada jual yis basah tu..
kalau dah jumpa nani..akak cuba buat roti tu ye..
terimakasih lagi sekali azi..

azi said...

Nanti akak cuba ye....rasa kat Supermarket ada jual Yis basah....