Followers

Sunday, September 16, 2012

Jamuan Raya Tempat Kerja Saya...

Assalamualaikum...
Hari ni nak kongsi gambar sekitar sambutan Hari Raya Aidil Fitri dekat pejabat saya pada 12.09.2012 yang lalu.
Jamuan kat pejabat saya selalunya dibuat menggunakan duit yang dikumpul sendiri sesama kakitangan setiap bulan.Tak ada sponsor dari mana-mana pihak ataupun menggunakan duit kerajaan. Yelah, jabatan saya ni, jabatan yang memberikan perlindungan dan bantuan kepada orang ramai, manalah nak ada sponsorkan....:)
Menu kami hari tu Nasi Beriani, Bihun Soto, Ketupat, lemang serta Rendang, Cendol, Tapai Pulut, Rojak dan kuih muih. Minuman pula Air Sirap Selasih Pandan.
Disebabkab pejabat kami ini kakitangannya tak ramai, setiap orang diberi tugas masing-masing. Saya ditugaskan menjaga meja makan untuk tetamu VIP tapi akhirnya saya lebih selesa jaga bahagian Nasi beriani. Lagipun saya tengok dah ramai sangat dah duk jaga tang tu. Sapa nak makan nasi, sayalah tukang sendukkan dan letakkan lauk.....:)
Pagi semasa duk buat persiapan.
Dibantu oleh adik-adik Pekerja kami
Sedang lekatkan tanda nama makanan 
Bos saya Puan Nor Faida bersama Pengerusi Lembaga Pelawat
(Baju batik) dan Pegawai dari Ibu Pejabat Kedah.
Adik sepejabat saya sedang membuat persiapan
Kakak sepejabat, Kak salmah jaga bahagian Tapai pulut dan Rojak.
Kami tempah cendol sekali dengan tuannya...he..he..
Sambut salah seorang ahli Lembaga pelawat
Sebahagian tetamu dari pejabat kerajaan berdekatan
dengan adik-adik satu pejabat....dalam 4 orang tu, saya yang paling tua...:)
Muka yang penat dan letih...dah hilang dah semua lipstik...yang tinggal hanyalah peluh...
Walaupun saya jaga bahagian Nasi beriani, tapi sebutir nasipun saya tak makan. Hanya sempat makan bihun soto dan cendol ni saja. Ketupat dan rendang pun tak sempat nak rasa.

Majlis berjalan dengan lancar berkat semangat kerjasama antara kami, semua tetamu
pun puas makan sebab makanan memang banyak. Saya sempat lagi bekalkan nasi pada mana-mana tetamu yang ingin bawa pulang.

Sekian saja ye untuk kali ni...
Ada kesempatan , kita berjumpa lagi.
Wassalam

10 comments:

Nur-nba said...

Salam singgah.. Ingatkan majlis perkahwinan.. Seronok berkumpul dan ada jamuan seperti ini.. Hubungan pun dapat dieratkan sesama rakan sejawat.

Salam perkenalan..

inazamri said...

sedapnya tapai pulut dan rojak.

azi said...

Nur-nba..
Terima kasih ye sudi singgah sini...:)

memang seronok bila ramai-ramai macam tu...memang terasa macam majlis sambut menantu pulak...

azi said...

Inazamri...
Tapai pulut tu memang sedap ina..Manisss...akak makan tapai yang dah disimpan dalam peti ais...manis + sejuk..memang sedappp...

Acik Erna said...

assalam azi..akak pun tak boleh jumpa cendol..mesti nak makan cendol je sampai ytak ingat makan nasi

azi said...

Wsalam akak..
Bila ada jamuan macam tu, selalunya kita lebih suka minum aje..makan tak teringin dah..cendol tu memang sedap akak..tambah pulak hari tu panas..

MulutPayau said...

meriahnya...bestnya kalau dapat ais cendol tu....peberet saya tu..

p/s..masa azie bercuti baru2 ni, azie melalui kawasan rumah saya...lupa nak minta tol ngan azie...hehehe, tapi sbnarnya kecewa jugak coz bila baca ntry azie, percutian tu dah lepas.....kalau tak, pasti saya tahan azie tengah jalan...
Nanti ada masa, emel saya ya...
mana tau datang lagi ke tempat saya..zulina_zul@yahoo.com

azi said...

Salam rindu MP....
Rumah Mp kat mana ye..?..kalau tahu hari tu, masa pegi tu boleh singgah sarapan rumah MP sebab saya sampai CH pukul 9.30 pagi....rugi betul...tapiii sebenarnya saya sendiri malu nak jumpa dgn.MP yang cantik dan manis pulak tu...:)

nanti MP buka email ye....

Kakzakie said...

Seronok tengok azi dgn teman pejabat makan-makan macam tu... Dah banyak last tak tahu nak pilih. Kakak pun suka cendol kalau ada pulut lagi sedap:)

azi said...

Kakak..
memang seronok ramai-ramai sepakat buat kerja masing-masing....habis majlis , pakat-pakat membasuh pinggan mangkuk pulak....habis kotor baju tapi seronok...:)