Followers

Tuesday, September 4, 2012

Perjalanan dari SP-Cameron Highland-Tasik Kenyir-Kuala Terengganu-Pulau Kapas

Bahagian Pertama
(Cameron Highland)
31.08.2012

Assalamualaikum.
emmm...masih dalam mood malas nak update blog....saya baru balik dari cuti-cuti Malaysia sebenarnya. Anak-anak dah bising lama tak bercuti kat tempat jauh. Kalau berjalan kat Penang tu selalulah sebab dekat...saya pun dah minta izin dengan kakak saya yang sakit tu nak pergi bercuti...kesian jugak dia sebab tak boleh pergi kerana selalunya kalau bercuti kat tempat jauh, kami selalunya akan pergi bersama.

Percutian ini yang melibatkan perjalanan sejauh 1140 KM pergi dan balik melibatkan perjalanan dari Sungai Petani-Cameron Highland-Gua Musang-Tasik Kenyir-Kuala Trengganu-Pulau Kapas dan balik melalui Jeli, Kelantan dan Grik, Perak dirancang oleh Cik Abang sempena Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke 17.

Disebabkan baru aje pegi Cameron  21/1/2012 hari tu, 
kitaorang cuma jalan-jalan kat tempat yang tak pernah pegi macam Ladang Teh Boh yang terletak jauh dipuncak Bukit. Memang tinggi tempatnya. Selalunya kita singgah kat Ladang teh Bharat aje yang letak kat tepi jalan tu.Gambar yang diambil Along memang banyak, tapi saya cuma masukkan sikit saja untuk simpanan saya disini dan tatapan dimasa depan.

Ladang Teh Boh


kapal Terbang digunakan untuk tabur baja.
Gambar sekeluarga. 
Gaya Adik Aishaa dan kakak Ainaa
Kami singgah minum teh dan Makan kek keju yang sedap kat sini.
Memang teringin sangat nak bermalam kat sini, tapi dah penuh sebab tempahan kena buat 3 bulan sebelum sebab cuma ada 2 rumah aje. Jadi Kami bermalam kat apartmen aje. Masih dalam kawasan MARDI. 
Bilik dia selesa jugak. Ada tiga bilik yang serupa gaya hiasannya.
Bolehlah sebab kitaorang cuma duduk 1 malam aje.Sewanya pun murah sikit pada English Cottage House macam kat atas tu.
Pemandangan dalam kawasan MARDI.
Adik Aishaa buat perangai nak mau ikat rambut. 
Adik Aishaa yang ambik gambar ni. Sila abaikan perut Cik Abang saya tu ye...he..he..
Buah Labu Air kat Laman Dapur, MARDI.
Antara pokok bunga dan buah yang terdapat diPusat Penyelidikan MARDI Cameron Highland.
Along sedang tulis nama kat Buah Labu Air. kebanyakan pelawat ukir nama diorang kat Labu Air tu.
Anak-anak kesayangan saya yang masing-masing punya perangai yang tersendiri.
Antara pokok bunga Orkid Liar(Hutan)


Kat Pusat Penyelidikan MARDI ni, semuanya ada dan tak perlu kat tempat lain dah. kalau nak datang bercuti dalam masa yang singkat bolehlah kesini. Jimat masa. Semua jenis sayuran, bunga-bungaan dan buah-buahan ada disini.Buah strawberi pun banyak . Sedang masak ranum buahnya. Tapi saya tak berani nak petik sebab ada papan tanda "DILARANG MEMETIK BUAH DAN BUNGA". 

Cukuplah sampai disini. Nanti saya akan buat sambungan untuk Bahagian kedua pulak. Semua cacatan ini adalah untuk simpanan dan kenangan diri saya sendiri. Kalau ada sesiapa yang sudi nak baca tu, terima kasih ye.

Sekian, wasaalam.

10 comments:

Acik Erna said...

Assalam Azie..Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 17..
seronok tengok gambar azie bercuti..

dwatyKNY said...

aaaaaaaaaaaaaalamakkkkk

tak p MARDI... lawolah tempat tu...

nak gi lagi CH....

dah 17 tahun kak???

happy anniversary

Kakzakie Purvit said...

Seronok kakak membaca N3 ini Azi. Kakak tahun ini pun 17 tahun menjadi isteri seorg lelaki tapi kakak pada Mei lepas...

Bunga di CH memang mengujakan. Kalau boleh petik habislah Azi kan ramai yg berkunjung sebab tu dilarang oleh pengusahanya..

azi said...

Salam rindu kak erna..
Akak..terima kasih...dah 17 tahun dah akak..rasa macam baru semalam aje saya berkahwin...:)

azi said...

Dwaty..
Akak, kalau ke CH memang tak lupa ke MARDI. memang seronok tempatnya..macam-macam ada...he..he..dulu dia tak sediakan tempat penginapan...baru 2-3 tahun ni aje tak silap akak..

azi said...

Kak Zakie..
kakak, dah 17 tahunkan kita melayari perjalanan kehidupan berumahtangga...semoga keluarga kita berdua akan terus bersatu sampai hujung nyawa masing-masing. Aminn.

p/s bunga kat situ memang cantik ...kalau nak petik pun boleh sebab orang tak ada...tapi takut Allah nampak..he..he..

|| NaFiRaa || said...

bestnye.. tak pernah jejak CH lagi neh.. teringin sgt2 nak pi sana.. hehehe

azi said...

Nafira..
Insyaallah...nanti bolehlah pegi tu..
akakpun seumur hidup ni, baru sampai 6 kali aje...:)

Zaitun said...

Salam azi...happy anniversary semoga berbahagia disamping suami dan anak2.

Kak Zai dah agak lama tak round Cameron, last year singgah sekejap aje masa balik dari Kelantan.

azi said...

Kak Zai..
Terima kasih atas doa akak tu. Semoga dimakbulkan Allah hendaknya...