Followers

Wednesday, March 20, 2013

Sejarah Azan....

Assalamualaikum.
Sekadar untuk renungan kita bersama..:)

Azan mula diamalkan oleh orang Islam pada tahun pertama Hijrah. Dalam hadis yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Umar r.a :- 

Pada mulanya ketika orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan solat. Ketika itu, tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari, Nabi SAW telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.

Dalam Mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat. Ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah SAW. Umar bin al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan " telah datang waktu solat". Usul ini telah diterima oleh Rasulullah SAW tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz " assolata jami'ah' yang bererti "marilah solat berjemaah".

Pada suatu malam, Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk menyeru orang ramai bersolat iaitu dengan mengumandangkan lafaz Allahu Akhbar...(dan seterusnya lafaz-lafaz azan).

Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah SAW dan baginda bersabda:
"Mimpimu itu mimpi yang benar:.

Nabi Muhamad SAW memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan tersebut. Ketika Bilal menyerukan azan, Umar mendengarnya lalu datang kepada Rasulullah SAW lalu menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.

Al-Bazzar meriwayatkan bahawa "Rasulullah SAW pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril a.s datang menemui Baginda, lalu Baginda  menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s dan Nabi Nuh a.s, Allah SWT menyempurnakan kemuliaan baginda ke atas penduduk langit dan bumi".

Sumber :
ENSIKLOPEDIA SOLAT
Muka Surat 39


8 comments:

Nafira usof said...

oooohh.. baru tau.. ilmu jugak nih kak~ mekasih yer..:)

p/s: alhamdulillah~ sampai jugak FM tuh.. masih berkeadaan elok kan?? hehehe

azi said...

Zura..
Masih elok lagi...nanti akak tayang kat blog ye...TQ ye..:)

Acik Erna said...

assalam azie..terima kasih atas perkongsian ini.

Zaitun said...

Salam azi...terima kasih kongsi info.Kak Zai pun ada baca tentang azan ini.

azi said...

Wsalam akak...:)

azi said...

Kak Zai...
Wsalam ...akak pun baca dalam ESIKLOPEDIA jugak ke?..banyak ilmu yang kita dapat dalam tu kan akak..:)

MulutPayau said...

Assalamualaikum Azie....
Terima kasih atas perkongsian ....

azi said...

Sama-sama MP...:)