Followers

Tuesday, June 18, 2013

Adik Aishaa Jatuh Basikal...

Assalamualaikum.
Petang sebelum majlis pertunangan anak saudara saya tu (Jumaat), saya dan keluarga yang lain memang sibuk.
Urusan memasak makanan lain selain dari yang ditempah pada Katering, semuanya dibuat kat rumah saya.
Jadi tumpuan pada anak-anak tu kurang sikitlah. Adik Aishaa dan Shamil, anak Kak Ilah  memang suka naik basikal. Pantang orang "lepa" sikit, depa dua ni akan kayuh basikal luar dari kawasan rumah saya . Jalan kat rumah saya ni, berbukit-bukit sikit, bila Adik Aishaa turun bukit tu, tak sempat nak brek, tersungkur lah jawabnya atas jalan tar tu. Memang teruk dan dalam jugak lukanya . Bahagian pipi, bawah dagu, siku dan lengan paling  dalam lukanya. Kaki dan perut dia ada lebam-lebam sikit. Baju yang dia pakai pula dipenuhi dengan darah. Kalau tengok masa tu, nampak macam teruk sangat.

Bila jatuh tu, Shamil lari balik bagitau pada kami kat rumah, Adik Aishaa pulak, dihantar oleh jiran-jiran kat situ pi rumah kakak saya ...dia yang minta nak ke sana. Dia takut, kalau balik rumah, saya akan marah dia.
Masa Shamil bagitau tu,  semua terkejut, tambah pulak Shamil cakap, darah banyak keluaq. Saya ni nak memandu ke rumah kakak pun (tak sampai 1 KM) rasa dah tak boleh. Masa ni Cik Abang saya masih belum balik ofis lagi.

Bila saya sampai kat rumah kakak, Adik Aishaa tengah kuat menangisnya sambil dipujuk Kak Atin. Saya lihat, Kak Atin pun menangis sama. 
Terus saya call Cik Abang bagitau Adik jatuh.  Cik Abang balik aja, kami terus bawa dia ke klinik. Selepas luka dicuci dan kena satu suntikan...baru dia nampak ok.
Bila Doktor pun dah pastikan yang dia tak ada apa-apa, saya tengok muka Cik Abang "cerah" sikit. Tadi saya tengok muka dia berkerut-kerut..he..he.. Takut jugakkan, masa dia jatuh tu, kena kepala ke...

     
 Kesian anak Umi, nak letak bedak pun tak boleh kat muka tu.
Harap-harap parut tu akan cepat hilang. 
Pandai pulak suruh saya beli "Bio Oil " untuk hilangkan parut tu.
 Dapat MC tiga hari...
 Adik Aishaa dengan anak Kakak Ilah, Shamil. Depa dua orang ni memang tak boleh berenggang. Macam kembaq. Shamil 8 tahun, tua setahun dari Adik Aishaa.
 Semua tetamu yang datang hari tu, bertanya pada saya, kenapa Adik Aishaa tu?
Puas jugak saya nak menjawab.
 Tengoklah gelagat depa dua, ada -ada saja yang depa buat. Baju biru tu,  Along.
 Adik Aishaa memang manja habis dengan kak Atin. Malam dia jatuh tu, menangis-nangis tak mau balik rumah , nak tiduq dengan Kak Atin jugak.

 Macam-macam posing yang depa buat.


 
Ni gambaq 3 hari selepas dia jatuh. Masih ada darah lagi kat luka tu.
(Sila abaikan buah durian kat tepi Adik Aishaa ye...Umi la tu yang dok makan sambil tonton TV..he..he..)

Oklah ye . Semoga berjumpa lagi.
Wassalam.

12 comments:

Nafira usof said...

alahaiiii.. nampak teruk jugak tuh.. moga adik aishaa cepat sembuh yer~

Kakzakie said...

Aduhhh.... ngeri pulak kakak bila tahu kisahnya Azi. Kira banyak tempat yg luka -kesiannya.

Kadang bila kita leka sikit inilah jadinya kan Azi, dia belum berakal tak fikir buruk-baik.

Moga cepat sembuh ye sayang...

azi said...

Ye Zura..harap-harap parut kat muka tu cepat hilang la..

azi said...

Kak Zakie..
tulah, selalu saya akan bising kalau dia naik basikal jauh2...bila kita lalai sikit, inilah jadinya....harap parut tu akan hilang, kalau tak, jatuh le "saham"..he..he

Acik Erna said...

alahai sian sicomel adik aishaa ni..tak pe nanti dah baik..tinggal jaga jangan jadi parut kekal je kat muka tu

azi said...

Ye..akak..mudah-mudahan parut tu tak kekal...

Zaitun said...

Alahai kesiannya...semoga adik Aishaa cepat sembuh.

MulutPayau said...

siannya adik Aishaa....
Nampak teruk jugak tu...semoga cepat sembuh ya dear....

inazamri said...

siannya adik aishaa.nampak teruk juga lukannya tu.harap tak de la parut nnt.sapi bio oil selalu atau myk kelapa dara pun elok.

azi said...

Kak Zai...
memang kesian tengok Adik masa hari dia jatuh tu..

azi said...

MP..
Terima kasih Aunty MP....:)

azi said...

Inazamri...
Minyak Kelapa dara pun Ok ke...?.nanti akak cuba...Tq...