Assalamualaikum.
Selamat tengahari ..sihat ke semua?. Saya sewaktu menaip N3 ni masih lagi demam..suara pun dah sengau..mudah-mudahan saya akan sembuh esok dengan sepenuhnya ...tak mahu rasanya ketinggalan nak menunaikan terawih yang pertama malam esok. Adik Aishaa pun sangat teruja nak ke masjid bersama-sama saya...:)
Sebelum saya bercerita panjang, terima kasih saya ucapkan buat sahabat Kak Zaitun, Nafira Yusuf, Dwaty, KakZakie, MP dan Acik Erna yang memberikan kata-kata nasihat buat saya pada N3 yang lepas. Insyaallah , semua kata-kata itu saya akan sentiasa ingat dan cuba memperbaiki diri saya sendiri dari hari ke hari.
Semua komen-komen tak dapat saya publish kat sini demi kebaikan bersama.
Bersempena dengan kedatangan bulan yang memang kita nantikan, Ramadan Al-Mubarak, saya mengambil kesempatan memohon ribuan maaf andainya saya ada membuatkan kawan-kawan blogger semua terasa hati di atas komen-komen yang saya berikan di blog masing-masing dan apa yang ditulis di blog saya ini.
Kalau ada tu, saya harap, saya dapat dimaafkan kerana saya insan biasa yang tak terlepas dari melakukan kesalahan.
Semoga kita semua dapat bersama-sama menjalani ibadah puasa pada tahun ini dengan seribu keazaman dan ketaqwaan dan berlumba-lumba mengejar pahala malam Lailatul Qadar.
Sekian, semoga berjumpa lagi.
Wassalam.

11 comments:
Moga bulan penuh keberkatan yg akan muncul ini menambah kekuatan iman dan kesabaran yg lebih tinggi buat kita Azi..
Salam kemaafan dan selamat berpuasa juga dari kakak.
SALAM
Salam ramadhan buat azi sekeluarga...
Selamat mnyambut Ramadhan....
semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna..saya juga mohon maaf andai selama prshbtan maya ini saya ada mnyinggung hati Azie.
sama lah kita bermaafan ye azie..selamat menyambut bulan Ramadhan buat azie dan keluarga
Kakzakie..
Selamat Berpuasa Kakak. Semoga Ramadan kali ini akan memberikan seribu ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua dan semoga ikatan persahabatan kita ini berkekalan hendaknya...
p/s walau tidak pernah bersua muka namun kemesraan antara kita begitu kuat terasa ...:)
Ady..
Selamat Berpuasa buat Ady sekeluarga jugak.
MP..
Selamat menunaikan ibadah puasa buat Mp sekeluarga...semoga puasa kali ini akan dapat menguatkan lagi keimanan kita kepada Allah s.w.t.
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya walaupun hanya di alam maya ini...maafkan saya andai ada tersilap perkataan ye...
Acik Erna..
Maafkan saya ye akak andai perbuatan mahupun perkataan saya ada yang menguris hati akak semasa di blog ini mahupun waktu kita berjumpa dulu...semoga Ramadan ini akan membehagian kita semua.
Salam ramadan buat akak sekeluarga...:)
Emak kirim salammm..
Salam Ramadhan :)
Ditunggu kunjungan baliknya sobat :)
Amin ya rabbalalamin... akk jg kesihatan...
selamat berpuasa... akk mesti masak sedap2 kan masa berbuka??? :)
selamat berpuasa Azi... moga telah sembuh demamnya
Post a Comment