Assalamulaikum..
Seorang kawan pernah bertanya pada saya...untungkah kalau buat bisnes Homestay ni?
Sejujurnya saya berterus terang kat sini, kalau buat sepenuh masa tu, mungkin banyak keuntungannya..macam jiran satu perumahan saya ni...dia pesara kerajaan...kutipan Homestay setiap bulan mencecah RM 4,000.00. Beliau dan anak dia memang rajin betul buat "marketing"....
Macam kami suami isteri ni masing-masing bekerja, kami cuma ambik tempahan bergantung pada masa dan keadaan. Tempahan pun mesti dibuat seminggu lebih awal. Kalau nak masuk hari tu baru call, memang saya tak ambik.
Tempahan sebenarnya tidak bergantung pada musim kenduri saja. Contohnya pada bulan puasa baru ni, ingatkan tak adalah orang yang nak menyewakan...tapi syukur...rezeki dari Allah...pertengahan Ramadhan kami mendapat tempahan selama satu minggu untuk penyewa dari Negara China. Depa yang duduk ni orang Cina muslim. Bila raya pulak, selalunya jiran-jiran akan menyewa untuk anak-anak depa yang balik beraya.
Homestay kamipun bukanlah cantik sangat. Sewapun murah saja. Perabot pun kami sediakan yang biasa-biasa dan termampu oleh kami saja. Walaupun banyak jugak Cik Abang saya habiskan untuk Hstay ni, tapi dia cakap, rezeki kita semua Allah sudah tentukan, kalau ada, adalah, kalau tak ada, tak adalah...yang penting, rumah tu, milik kita.
Alhamdullilah, setakat ni, kutipan sewaan bolehlah menampung bayaran bulanan pada pihak bank dan jelaskan bayaran bil seperti Astro, Internat, air dan elektrik.
Setiap minggu memang ada tempahan. Minggu ni ada tempahan dari Pahang. Gambaq yang saya ambik nipun selepas kerja-kerja mengemas selesai pagi Jumaat hari tu. Penyewa akan masuk pukul 2.00 petang.
Sebab utama Cik Abang saya buat rumah ni Homestay sebab tak mahu sewakan pada orang. Pengalaman lalu buat dia lebih berhati-hati.
Selain Homestay ni, saya ada jugak rumah yang disewakan . Penyewa rumah 1 tak ada masalah...yang rumah 2 tu, penyewa dia lari macam tu saja tak jelaskan bil sewa bulanan, bil air dan elektrik. Desposit yang dia beri, memang dah lama habis . Dia janji nak keluar selepas habis deposit tu, tapi minta tangguh sebulan ke sebulan...bila keluar tu, jangan kata nak datang bayar, bila jumpa tu, boleh buat macam tak berhutang apa-apa pada kita....Tak apalahkan, saya dah halalkan semua hutang-hutang tu, mudah-mudahan Allah akan berikan lebih rezeki buat saya...
Mari kita cuci mata tengok gambaq-gambaq yang saya ambik hari tu.
Bilik Tidur 1
Bilik Tidur 2
Bilik Tidur 3
bilik air dibilik 3 disediakan "water heater".
Sebahagian ruang tamu. Kerusi kayu jati dua tempat duduk tu merupakan kerusi kesayangan saya.Dah 14 tahun usia dia.
Awal tahun ni 2013 (Januari) Cik Abang saya gantikan kerusi makan kat ruang ni.
Meja dia besar sikit berbanding meja lama.
Meja dia besar sikit berbanding meja lama.
Selain gula dan teh, biskut dan air mineral juga saya sediakan.
Bolehlah buat penghilang lapar tengah-tengah malam.
Masa ni biskut dn air mineral tak ada lagi.
Oklah ye, cukuplah sampai disini ye. Ada kesempatan kita berjumpa lagi
Pada yang sudi membaca coretan saya ni, terima kasih saya ucapkan.
Wassalam.
Bolehlah buat penghilang lapar tengah-tengah malam.
Masa ni biskut dn air mineral tak ada lagi.
Oklah ye, cukuplah sampai disini ye. Ada kesempatan kita berjumpa lagi
Pada yang sudi membaca coretan saya ni, terima kasih saya ucapkan.
Wassalam.
35 comments:
Kemas dan cantik walaupun tak mewah.
Kak Zai pun pernah mengalami penyewa yang berhutang yang buat2 lupa,tak apalah Allah ada untuk menggantikan yang lain.
Kak Zai..
Itulah kak, Homestay saya biasa-biasa saja, sebab tu sewanya murah saja...pada penyewa pun selalu saya maklumkan dan suruh depa pastikan betul-betul kat Mudah.com...takut depa tak selesa..
Assalam azie..yang penting bersih dan selesa..ada peluang memabg nak datang lagi jumpa azie
wsalam Akak..
saya dulu sebenarnya malu dengan akak semua, takut tak selesa...yelah..bukan hstay mewah...
nampak ok jer...bersih dan kemas..walaupun tak mewah yg pasti keselesaan..
Bunda a.k.a KN..
Terima kasihh..
kak azi...
kat mana homestay ni ye???
cantik...kemas jek...tp kl yan g sana tak nak duduk homestay taw...nak duduk umah akak...hihihi
Azian..
dekat rumah akak aja....dari dibiarkan macam tu aja, buatlah rumah inap..rumah pun stail lama, nak buat ubahsuai besar-besaran, akak tak mampu...:)
p/s bolehhh...kalau datang nak duduk rumah akak, cuma takut yan lagi tak selesa..he..he..
Kalau kakak ke utara kakak sewa homestay azi ye hihi... berangan dululah ni mana tahu kan.. tup-tup kakak call azi nak sewa hahaha...
cntik lah kak.. kat area mana homestay akak ni? mana lah tau kot2 memerlukan suatu hari nanti.
Kakzakie...
Sebagai tetamu memang saya alu-alukan, tapi hstay ni bukan 5 bintang tau..he..he..kalau kakak sekeluarga tak kisah, apa salahnya...:)
Nealopah..
Dekat rumah akak aja, dekat Sungai Petani, kedah...nanti kalau datang SP, singgahlah ye...:)
cantik dan kemas...yg penting selesa kan..
InsyaAllah, ada peluang ke SP, saya nak jugak tnggal kat hmestay azi..
MP....
Selalunya saya memilih penyewa tau MP, kalau rasa-rasa penyewa tu orang biasa-biasa macam saya ni, saya terima, kalau high class sikit, saya tak terima takut depa tak selesa nanti.....kalau MP sudi, saya lagi sudiii...:)
Salam Kak Azie..
Canteknye homestay akak~
cukup selesa dah tuh.. kalo zura ke mana2 memang carik homestay yang murah dah selesa camnih jer. sebab kalo pergi bercuti bukan nak duk kat homestay jer kan~ mesti asik berjalan jer.
salam puan,
seronok membaca tulisan puan... kalau ade rezeki, insyaallah tidak ke mane.. saya baru 2 minggu buat bisnes homestay, nak tanye kpd puan, kat mane puan buat promosi homestay puan selain dari mudah dan ibilik? moga memberi maklumbalas..tq
liza_jue@yahoo.com
Zura....hstay akak tu cuma 1 bintang aja kot.he..he...sesuailah untuk org. sederhana macam kita ni...:)
Liza..
akak dah tengok dah homestay Liza. Cantikk dan selesa tu...rumah barukan..mesti banyak penyewa nak sewa tu...:)
Akak cuma buat promosi dalam mudah aja..selain tu akak letakkan jugak nombor phone kat depan rumah...pelanggan akak selalunya datang dari pelanggan lama...orng kata "dari mulut ke mulut"....kalau Liza buat sepenuh masa, insyaallah, banyak "masuk"...macam akak ni, lepas bayar loan bulanan dan bil dah cukup dah... :)
cantiknye homestay akak.kemas sgt.Rumah ina yg ke2 ina sewakan kat budak2 uitm.Dah 6 thn jugkalah budak2 sewa dan alhamdulillah rumah still nampak elok lg coz ina hanya bg penyewa kat student ppuan je.Homestay akak ni kat taman apa ye kt SP tu?
Sewa kat student pompuan untungkan Ina...depa jaga ok...
p/s hstay akak satu Taman Perumahan dengan akak..dekat rumah aja..
kak azi...
yan nak g langkawi 23hb ni...lalu rumah akak tak???kikiki
Azian...
kalau yan lalu lebuhraya utara selatan, mesti lalu rumah akak punya.....macam ni, yan call akak atau tinggalkan nombor phone yan dalam email akak, waktu balik dari Langkawi boleh Yan singgah rumah akak....23 hb tu, akak sibuk sikit dengan org nak masuk hstay dan kenduri.....
email akak aziri2023@yahoo.com...
Cantiknya, kemas.. bersih.. klu teman gi sana mesti nk sewa punyalah..
Assalam... Kak..berape harge utk satu malam? Sekadar bertanya..mana tahu akan ke area sane nanti senang..
Saya sedang berusaha buat pinjaman kat kerajaan... buat 2 biji hstay kat kampung.... tepi sungai... depan sawah padi.... sblh atas ladang getah... apa pendapat akak..
Salam kak..Kalau ke port dickson jemput singgah ke homestay kami Homestay Warisan Bonda Port Dickson. Boleh search di fb/ig..
Cantik n kemas kak,,
Saya pun buat homestay kat SP...
Boleh sms/ call 0134734487 untuk tempahan.
Salam perkenalan....cantik homestay Puan..Homestay saya terletak di arau perlis
Salam persahabatan....Ustaz Homestay Kuantan ( 013-3604802 )... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 saja....terima kasih kerana anda membaca hebahan ini.
Assalamualaikum,
Saya baru je belajar2 nak buka homestay..kalau tak keberatan nak sgt minta tunjuk ajar.. TQ!!
0177083809
Cantik homestay tu. Kami juga ada buat homestay area Changlon dtejahomestay masih baru jgk la. Nak cari customer tu yg agak sukar coz byk jgk pesaing Cuma ingat 1 saja ada rezeki kita adalah.
jika ada urusan di Bangi, Kajang, Putrajaya dan Serdang...boleh cuba di Homestay saya Homestay Melur Apartment, Bangi.
boleh cuba di Homestay Melur Apartment jika ada urusan di Bangi, Kajang, Putrajaya dan Serdang.
Cantik homestay kak Azi kemas dan bersih je nampak, no wonder ramai yg berminat utk menginap :)
Kepada sesiapa yg nak bercuti or berkunjung ke Melaka tu..
Jom Terjah: Homestay Muslim Murah di Bandar Hilir Melaka
Saya pon baru buat homestay kecik2 je kat bandar puncak alam... homestay apartment ada swimming pool.if berminat call/whatsapp saya iwan 0124522057
https://homestaypuncak-alam-allamanda-suite.blogspot.com
Post a Comment